PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20091104

Pinda Perlembagaan Persekutuan bukti semangat 1Malaysia

Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan berkata, pindaan Artikel 161(A) Perlembagaan Persekutuan adalah bagi membuktikan semangat 1Malaysia.Menurut beliau, masyarakat akan berasa lebih selesa dengan konsep 1Malaysia jika Perlembagaan Persekutuan itu dipinda dan persoalan mengenai status Bumiputera dan bukan Bumiputera tidak akan disebut lagi.

“Bila kita bercakap tentang 1Malaysia, kita akui Artikel 161(A) perlu dipinda dan semua rakyat kita tidak dipinggirkan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui dalam perasmian Persidangan Minggu Tenaga Antarabangsa (IEW) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini semalam.

Mengulas isu Marina Undau yang gagal memasuki institusi pengajian tinggi atas alasan bukan Bumiputera, Dr Chan menjelaskan jika kita menggunakan perbezaan status itu, maka kita tidak menganggap ia konsep 1Malaysia.

Beliau menarik perhatian, dalam masyarakat kita yang majmuk seharusnya peluang pendidikan diberikan sama rata kepada semua rakyat.

“Kita mahu membangunkan modal insan, adalah perlu bagi kita memberi pendidikan yang menyeluruh kepada semua rakyat,” katanya.

Dr Chan menegaskan bahawa generasi muda perlu diberi peluang untuk meneruskan cita-cita mereka, justeru apa gunanya kita menghalang mereka daripada meningkatkan pelajaran.


Borneopost 04/11/09

No comments: