PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20091124

Tawar kursus keperluan semasa

Institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di negeri ini diminta bergerak proaktif dengan menawarkan kursus-kursus yang menepati kehendak dan keperluan pasaran kerja semasa.

Penekanan kepada aspek kebolehpasaran kerja itu penting bagi memastikan semua pelajar mendapat pekerjaan seterusnya mengurangkan masalah pengangguran.

Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sentiasa peka dengan perkembangan semasa sejajar dengan perubahan landskap ekonomi negara dan dunia.

Kursus-kursus yang ditawarkan perlulah mengambil kira perkembangan dan perubahan yang berlaku agar ia sentiasa relevan bagi keperluan jangka panjang. IPTS juga perlu menyuntik elemen-elemen kemahiran bagi melahirkan graduan yang berpengetahuan tinggi dan berketerampilan kerana langkah ini penting bagi memberi kelebihan kepada graduan sekali gus meningkatkan peluang mereka bersaing dalam pasaran kerja.

Semua IPT perlu menyediakan kemudahan pembelajaran terbaik bagi melahirkan lebih ramai tenaga mahir dan profesional dalam meningkatkan daya saing di peringkat global dan harus sedar bahawa sektor pendidikan negara hendaklah terus diperkasakan untuk melahirkan tenaga-tenaga mahir dan profesional.

No comments: