Sudah lebih setahun melanggan perkhidmatan Streamyx pakej 1Mbps. Masalah yang saya hadapi ialah perkhidmatan itu kerap terputus (hanya lampu modem untuk kuasa dan LAN saja yang menyala, lampu yang lain akan tiba-tiba padam atau berkelip-kelip selama lima hingga 30 minit).
Ketika ini, internet tak berfungsi selain perkhidmatan internet yang perlahan.
Berdasarkan spedoometer TMNET, kelajuan muat turun hanya 600-610 Kbits/ saat. Sepatutnya, pakej 1Mbps kelajuan muat turun dalam 720Kbits/saat.
Soalan saya kepada pihak penyedia Streamyx, ialah bila masalah saya ini boleh diselesaikan (sudah lebih setahun).
Kedua, bilakah pihak terbabit akan pulangkan duit saya yang terlebih bayar, saya melanggan pakej 1Mbps/RM88 sebulan, tapi kelajuan Streamyx di rumah saya tak mencecah kelajuan muat turun 720Kbits/saat.
Pakej 512kbps/RM66 adalah yang sepatutnya untuk rumah kerana Streamyx gagal menyediakan infrastruktur bagi kelajuan 1Mbps. Bagi memudahkan pihak pengendali Streamyx menyiasat, sila semak laporan yang saya buat sebelum ini bernombor, 6835476; 6786104; 6746532 dan 909220.
PELANGGAN STREAMYX YANG KECEWA,
Kota Bharu, Kelantan. BH 14/01/98
1 comment:
yer lah saya setuju dengan aper yg diperkata kan dengan mutu streamyx.kegagalan mereka sangat acap kali tak percaya cuber call 100 pilih internert pasti operator siang siang akan beritahu kegagalan stremyx di mana mana sahaja..mereka sepetut nya mempunyai system yang lebih pratikal dan perlu lah win win situation.contoh line stremyx problem atau melebihi 2 minggu dan kadar kemerosotan@internet lembab.bil yang dicas tetap sama.itu system yg ader di tm.win win yg dimaksudkan jika kegagalan streamyx berlaku secara automatik system akan detect cut atau diskaun terus diberikan. kepada pengguna.juga berlaku apabila menefon 100 bahagian bantuan teknikal steramyx aada diantara operator yg lansung tidak dapat mebantu menyelesaikan masalah disebabkan kurang mahir diantara contoh mereka tidak menguasai window atau os operating system pengguna mereka hanya tahu window xp.bagaimana yg menggunakan window vista window 98,me atau selain window.dan terlalu lama menyelesaikan masallah di telefon.juga merumitkan terlalu banyak prosedur untuk menyelesaikan masalah stremyx.banyak lagi masalah yg dihadapi oleh pengguna streamy.saya yakin jika ader ruangan compalain..
pasti nyer..sekian sajer pengguna streamyx yg begang.no choice!!!
Post a Comment