PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20080109

Pemeriksaan asap kenderaan diesel dipertingkat

Kerajaan negeri mahu semua pemilik dan pemandu kenderaan enjin diesel di negeri ini memastikan kenderaan mereka diselenggara dengan baik agar tidak mengeluarkan asap berlebihan daripada had yang dibenarkan. Menteri Muda Alam Sekitar dan Kesihatan Awam, Dr Abang Abdul Rauf Abang Zen, berkata mereka yang didapati mengabaikan perkara itu boleh diambil tindakan tegas seperti ditetapkan kerajaan. Beliau berkata pemilik kenderaan berenjin diesel yang didapati mengeluarkan asap lebih tinggi dari 50 Unit Asap Hartridge (HSU) had dibenarkan, boleh dikompaun tidak melebihi RM2,000.

"Untuk memastikan semua pemilik dan pemandu kenderaan berenjin diesel di negeri ini sentiasa menyelenggarakan kenderaan masing-masing, jabatan dan pihak berkaitan akan memperhebatkan pemeriksaan melalui sekatan jalan raya.

"Pemandu kenderaan yang didapati ingkar arahan juga boleh didakwa di mahkamah dan sekiranya didapati bersalah boleh dikenakan denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kempen pemeriksaan kenderaan berenjin diesel di Sibu, kelmarin. Turut hadir Pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sibu, Ching Yuan Kong; Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Shafie Ismail dan Pegawai Tadbir Sarawak, Mohd Azlan Madihi.

Abdul Rauf berkata, Perintah Larangan juga boleh dikenakan terhadap kenderaan terbabit sekiranya mengeluarkan asap melebihi 70 HSU seperti yang dinyatakan dalam Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, Pengawalan Pengeluaran dari Enjin Diesel dan Enjin Petrol 1996. Beliau berkata, sepanjang tahun lalu, 4,605 kenderaan berenjin diesel di negeri ini diperiksa secara pemerhatian oleh JAS, dan 1,915 menjalani pemeriksaan pengeluaran asap eksos serta 347 pemilik kenderaan dikenakan kompaun," katanya. Katanya, tindakan tegas itu diharapkan akan menggalakkan pemilik kenderaan berenjin diesel lain mengambil langkah menjaga pengeluaran asap eksos kenderaan masing-masing.

"Seterusnya usaha itu menyumbang kepada pengurangan pengeluaran gas karbon monoksida dan hidro karbon dari kenderaan yang bukan saja membahayakan kesihatan manusia malah menyebabkan pemanasan suhu dunia yang berkaitan dengan peningkatan paras air laut, perubahan cuaca, banjir serta ribut taufan dan pelbagai bencana alam lain.

No comments: