PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20080128

Projek kereta kabel ke Gunung Santubong perlu disegerakan

Projek kereta kabel bernilai RM50 juta ke puncak Gunung Santubong antara destinasi pelancongan popular di sini, perlu dipercepatkan pembinaannya agar dapat menarik lebih ramai pelancong ke sana, sekali gus memberikan manfaat kepada penduduk sekitarnya.

Ahli Parlimen Santubong, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata pihaknya akan membincangkan perkara itu secara terperinci dengan syarikat yang akan melaksanakan projek terbabit, tidak lama lagi.

"Kita akan mendapatkan maklum balas syarikat terbabit mengenai kemajuan pelaksanaan projek dan mahu pengambilan penduduk dari kawasan Santubong sebagai pekerja yang mengendalikan kemudahan kereta kabel itu nanti," katanya kepada pemberita selepas ditemuduga oleh Radio Cats.FM di sini, kelmarin.

Projek yang diumumkan pada Mei tahun lalu dilaksanakan oleh Santubong Cable Car Sdn Bhd dan pembinaannya membabitkan gerabak lapan penumpang bergerak menuju ketinggian 769 meter dari stesennya berdekatan kaki bukit di Kampung Budaya Sarawak serta ketiga di negara ini di Genting Highlands dan Pulau Langkawi.

Junaidi berkata, beliau tidak mahu pelaksanaannya tergendala serta memastikan penduduk di kawasan diberikan keutamaan menjadi pekerja atau memberikan peluang perniagaan kepada mereka. "Oleh itu, saya berhasrat menjalankan bengkel keusahawanan secara besaran bagi golongan belia di kawasan Santubong dalam usaha mewujudkan 2,000 usahawan,” katanya.

Beliau berkata, ini perlu kerana penduduk yang kebanyakannya nelayan perlu mempelbagaikan sumber pendapatan dan tidak hanya bergantung kepada pembuatan makanan tradisi seperti belacan dan ikan masin.

Katanya, mereka perlu didedahkan dengan pelbagai peluang ekonomi yang bakal muncul di kawasan itu dengan pembinaan kemudahan kereta kabel berkenaan, termasuk menjalankan aktiviti berkaitan pelancongan, sukan memancing atau industri pemerosesan makanan.

No comments: