PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20080111

Bomba Sibu semai kesedaran cegah kebakaran di rumah panjang

Jabatan Bomba dan Penyelamat Sibu, akan menumpukan usaha mewujudkan kesedaran mencegah kebakaran di kalangan penghuni rumah panjang di bahagian itu, sepanjang tahun ini.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Sibu, Abdul Mutalib Rashid, berkata program kesedaran itu ekoran kerapnya berlaku kes kebakaran membabitkan rumah panjang di negeri ini tahun lalu dan bahagian ini mempunyai banyak kediaman seumpama itu.

"Kami akan bekerjasama dengan Jabatan Penerangan mengadakan perjumpaan dengan penghuni rumah panjang, sepanjang tahun ini, bagi mencapai sasaran, menerangkan kepada penghuni terbabit mengenai pencegahan kebakaran," katanya kepada pemberita di pejabatnya, di Sibu.

Beliau berkata, pengetahuan mengenai langkah menyelamatkan nyawa, harta benda dan barang berharga juga akan diberikan kepada penghuni terbabit sementara menunggu ketibaan kakitangan dan jentera jabatan itu bagi memadamkan kebakaran.

Katanya, ini kerana sesetengah rumah panjang terletak jauh dari pekan dan balai bomba, serta pasukan penyelamat akan mengambil masa agak lama untuk tiba di rumah panjang terbabit sekiranya berlaku kecemasan.

"Menyedari hakikat itu, setiap penghuni rumah panjang perlu mempunyai kemahiran dan pengetahuan mengenai cara pencegahan kebakaran dan menyelamat nyawa serta harta benda bagi mengurangkan kerugian atau kehilangan nyawa," katanya.

Sepanjang 11 bulan tahun lalu, tujuh rumah panjang musnah dalam kebakaran di Sri Aman, Saratok, Limbang dan Bintulu membabitkan kerugian harta benda dianggarkan mencecah sekitar RM3.56 juta. Pada 2006 pula, sebanyak tujuh rumah panjang musnah dalam kebakaran di Mukah, Kanowit, Bintangor, Betong, Sibu dan Bintulu membabitkan kerugian dianggarkan mencecah RM6.87 juta.

Mutalib berkata tahun lepas sebanyak 49 kes kebakaran telah dilaporkan di bahagian Sibu membabitkan kerugian harta benda berjumlah RM5,320,854 dan jabatan itu menyelamatkan harta benda berjumlah RM9,971,730.

BH 11/1/08

No comments: