PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20080120

Elaun pelatih PLKN naik 50 peratus

Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kenaikan elaun pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sebanyak 50 peratus, berkuat kuasa serta-merta, sebagai menghargai komitmen dan sumbangan mereka menjalani program itu.

Berikutan itu, Timbalan Perdana Menteri, berkata elaun bulanan RM100 yang diterima ketika ini dinaikkan kepada RM150 atau keseluruhan RM450 sepanjang tempoh tiga bulan mengikuti latihan, berbanding RM300 sebelum ini. Beliau berkata, pembayaran pertama elaun latihan kadar baru itu akan dibuat bulan ini membabitkan 31,848 pelatih Kumpulan Pertama 1 Siri 5/2008 yang sudah mendaftar di 83 kem latihan di seluruh negara.

Katanya, kenaikan itu menyebabkan peningkatan peruntukan daripada RM30 juta bagi pembayaran elaun kepada 100,000 pelatih tahun lalu, kepada RM49.5 juta bagi 110,000 pelatih tahun ini. "Kenaikan kadar baru elaun latihan pelatih PLKN itu menyebabkan pertambahan peruntukan RM19.5 juta tahun ini.

"Kerajaan berharap, kenaikan elaun latihan ini akan memberi kesan positif serta mampu menjadikan pelatih lebih bersemangat untuk mencapai objektif pelaksanaan PLKN," katanya pada sidang media selepas menyampaikan sumbangan wang ihsan pertama kepada mangsa banjir di sini, semalam.

Akhbar sebelum ini melaporkan seramai 31,848 pelatih Kumpulan Pertama PLKN Siri 5/2008 sudah melaporkan diri di 83 kem PLKN di seluruh negara untuk menjalani program selama tiga bulan, manakala 5,000 lagi yang turut tersenarai masih gagal berbuat demikian.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Abdul Hadi Awang Kechil, berkata jika pelatih terbabit gagal memberikan maklum balas mengenai keengganan mereka menyertai PLKN, pihaknya akan membuat laporan polis. Najib berkata, peningkatan kadar elaun itu dibuat selepas kerajaan mendapati program PLKN yang dilaksanakan selama ini, berjaya memberi kesan positif seperti ditetapkan.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara, Tan Sri Lee Lam Thye mengalu-alukan kenaikan elaun pelatih PLKN sekali gus mengurangkan beban tanggungan ibu bapa dan penjaga pelatih dalam menyediakan duit poket untuk membeli keperluan asas sepanjang menjalani latihan.

Beliau berkata, kenaikan RM50 sebulan itu disifatkan sebagai kenaikan yang munasabah dan berita gembira itu akan membuatkan pelatih lebih bersemangat untuk meneruskan latihan. Beliau berkata dengan kenaikan elaun, pelatih tiada alasan untuk menjadikan kekangan kewangan sebagai sebab untuk mereka tidak menghadiri latihan.

Katanya, kenaikan itu akan dapat dirasai 110,000 pelatih siri 5/2008 dan beliau juga tidak menolak kemungkinan kenaikan elaun akan mendorong dan menggalakkan penyertaan lebih ramai daripada pelatih sukarela. Namun, katanya penempatan pelatih sukarela bergantung pada kekosongan pelatih yang terbabit dalam kes pengecualian dan penangguhan.

"MLKN sudah meluluskan lebih 600 permohonan daripada lebih 700 permohonan yang diterima. Mulai tahun ini, pelatih sukarela ditempatkan dalam kumpulan pertama hingga ketiga berbanding hanya kumpulan ketiga sebelum ini," katanya di sini, semalam.

Lee berkata, beliau berterima kasih kepada Najib yang mengambil berat mengenai aduan elaun tidak mencukupi diterima pelatih. Katanya, sebaik menerima aduan, beliau berbincang dengan

Ketua Pengarah PLKN, Abdul Hadi Awang Kechil sebelum mengemukakan rayuan supaya elaun dinaikkan ke pejabat Timbalan Perdana Menteri. Sehubungan itu beliau meminta supaya pelatih menggunakan elaun dengan sebaik mungkin dan mengguna pakai konsep menabung supaya apabila pelatih keluar daripada kem latihan, mereka mempunyai duit simpanan.

FAKTA NOMBOR PLKN 2008
RM49.5j - Peruntukan elaun
110,000 - Pelatih

No comments: