Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam, berkata ketika ini pembangunan teknologi itu sedang dilaksanakan secara agresif diseluruh negeri selepas kejayaan projek perintisnya di Miri dua tahun lalu.
Malah katanya, usaha itu akan diteruskan dengan menyediakan kira 250 `zon panas' untuk menyokong pembangunan teknologi itu dalam tempoh dua tahun ini.
"Kita juga yakin dengan kesediaan Kerajaan Pusat membantu khususnya dari aspek bantuan kewangan bagi membolehkan kita merealisasikan hasrat mahu melihat semua bandaraya dan bandar utama dapat menikmati kemudahan ini (wi-fi) tahun depan.
"Secara langsung kemudahan ini juga akan memberikan manfaat kepada rakyat negeri ini apabila ia turut diperluaskan ke sekolah, pusat pendidikan tinggi, kawasan perumahan dan juga perpustakaan," katanya di sini, semalam.
Dr Chan berkata, sejak projek itu dibangunkan Febuari 2006, ia mencatatkan lebih 30,000 pelanggan berdaftar dengan sebahagian besarnya di bandar raya ini.
Bilangan itu katanya, dijangka akan bertambah dalam tempoh dua bulan ini apabila projek itu diperluas ke lebih banyak kawasan perumahan khususnya di Miri.
"Sekarang, kita juga sedang berusaha memperluaskan kemudahan ini ke kawasan lain di Sarawak seperti Kuching dan bahagian tengah Sarawak.
Dr Chan bagaimanapun optimis pelaksanaan projek wi-fi akan membantu usaha untuk mengwujudkan Kerajaan e-elektronik sepenuhnya di Sarawak.
"Ketika ini, kita sedang giat mempromosikan penggunaan kemudahan teknologi terkini di kalangan rakyat termasuk pembayaran bil, pengiklanan jawatan kosong serta permohonan biasiswa secara elektronik," katanya.
Pada masa sama katanya, rakyat di kawasan luar bandar juga tidak akan disisih daripada menikmati kemudahan teknologi berkenaan dengan adanya usaha menyediakan rangkaian internet di kawasan terbabit.
BH 14/01/08
No comments:
Post a Comment