PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20080114

ISU : Pelbagai perubahan yuran Unisel membebankan

SAYA sebagai seorang pelajar di Universiti Industri Selangor (Unisel) ingin mewakili semua pelajar tidak kira di kampus Bestari Jaya atau Shah Alam. Saya terkilan kerana banyak perubahan dilakukan di kampus itu membebankan pelajar, khususnya dari segi kewangan.

Sebagai contoh, pelajar dikenakan yuran perkhidmatan teknologi maklumat (ICT) yang tidak munasabah, iaitu RM100 untuk setiap semester, dengan alasan tidak masuk akal seperti yang tertera dalam laman web rasmi Unisel dengan nombor rujukan UNiSEL/NC/SK-int/05.

Antara alasan yang diberi adalah pelesenan perisian, penyediaan perkhidmatan portal pelajar dan e-mel (dibuat secara percuma menggunakan website Google), capaian internet tanpa wayar (tapi tidak wujud langsung di mana-mana kawasan kampus ), dan penyelenggaraan peralatan ICT (mustahil kos penyelenggaraan terlalu tinggi berikutan keuntungan yang diambil daripada beribu-ribu pelajar).

Selain itu, pihak universiti juga mengenakan bayaran sewa penginapan dalam kampus yang sangat mahal iaitu RM800 untuk satu semester tanpa kemudahan internet walaupun mempunyai kemampuan hotspot TMNET dan tanpa pengawasan keselamatan yang tinggi.

Walaupun menyediakan pengawal keselamatan yang agak ramai, bangunan hostel retak di sana-sini.

Itu belum kira segala kerosakan yang bukan disebabkan oleh pelajar, seperti paip air lama, gelongsor tingkap ketat, masalah serangga dan pengutipan sampah tidak mengikut jadual.

Pelajar yang mendaftar pada semester baru, iaitu pada Disember lalu pula dikenakan caj RM1,000 untuk penginapan dengan alasan RM200 ditambah sebagai deposit untuk kerosakan dan sebagainya. Malah, ada segelintir pelajar baru juga tidak mendapat tempat penginapan walaupun sudah membayar penuh RM1,000, dengan alasan, sudah penuh.

Diharap pihak pentadbiran kampus melihat perkara ini kerana bebanan kewangan yang ditanggung pelajar sangat besar dan membebankan, terutama jika ibu bapa pelajar daripada golongan susah. Lihatlah jika berlaku kemungkinan penyalahgunaan wang pelajar.

SISWA BENGANG,
Bestari Jaya, Selangor. BH 14/01/08

2 comments:

Ejump17 said...

ler.. sikpa2.. biasalah ya.. sabar jak :D aku pun unisel juak dari tahun 2005 gik.. Unisel memang mcm ya.. sabar jak :D

Anonymous said...

Unisel mmg dah makin teruk..kroni makan duit,kiter kat bawah yang asyik tercekik.. ntah biler la nak 'bersih'...
Dunia akhirat tak halal..