PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20080118

Sarawak: Projek perumahan terkawal

Sarawak tidak memerlukan sistem penarafan untuk menilai risiko sesebuah projek perumahan kerana kerajaan negeri sentiasa mengenakan prasyarat ketat terhadap semua projek perumahan baru di negeri ini.

Menteri Perumahan, Datuk Seri Abang Johari Openg, berkata prasyarat itu termasuk kajian kesan penilaian alam sekitar (EIA) dan kajian impak sosial (SIA).

Katanya, usaha itu bertujuan memastikan projek perumahan tidak mendatangkan kesan buruk kepada alam sekitar dan masyarakat dalam jangka panjang. Beliau berkata, kerajaan negeri mengenakan pelbagai syarat terhadap pengusaha projek perumahan di negeri ini. "Kesan daripada prasyarat ketat itu, Sarawak jarang berdepan masalah bangunan atau kediaman runtuh.

"Kalau ada pun, bangunan berkenaan memang dibina tanpa mengikut arahan dan spesifikasi yang ditetapkan kerajaan," katanya pada sidang media di sini, kelmarin. Beliau diminta mengulas mengenai cadangan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar untuk memperkenalkan sistem penarafan untuk menilai risiko sesebuah projek perumahan.

Terdahulu, beliau merasmikan Persidangan Seni Gunaan dan Kreatif Antarabangsa 2008 (ICACA 08) di Universiti Sarawak Malaysia (Unimas) di sini. Hadir sama, Dekan Fakulti berkenaan, Profesor Bersekutu Mohd Fadzil Abdul Rahman. Persidangan itu dianjurkan Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif Unimas dengan kerjasama Petronas.

Abang Johari berkata, pembangunan di Sarawak masih terkawal dan kerajaan tiada masalah memantau perkembangan projek termasuk perumahan yang dilaksanakan. Katanya, peruntukan undang-undang sedia ada mampu melindungi orang ramai, terutama pembeli hartanah dan pengusaha projek perumahan tempatan.

Sementara itu, Profesor Mohd Fadzil, berkata persidangan bertaraf antarabangsa itu adalah kali kedua diadakan selepas 2005.

Katanya, ia bertujuan menyediakan ruang kepada pencinta seni untuk bertukar fikiran, selain membincangkan hala tuju bidang berkenaan. Persidangan itu berjaya menarik penyertaan 200 delegasi tempatan, Sabah, Semenanjung Malaysia, India dan Singapura.

No comments: