PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20080125

SUPP jangka laluan sukar kali ini

Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) menjangka berhadapan laluan sukar untuk memenangi enam kerusi Parlimen yang diperuntukkan kepada parti itu pada pilihan raya akan datang.

Presiden SUPP, Tan Sri George Chan Hong Nam berkata, ini disebabkan maklum balas serta laporan daripada peringkat akar umbi parti itu menunjukkan mereka bakal menempuh cabaran sengit untuk menang.

Bagaimanapun, kata beliau, SUPP sudah bersiap sedia untuk menghadapi tentangan sengit daripada pembangkang.

“Peringkat akar umbi sudah siap sedia dengan pilihan raya, tidak kira bila pilihan raya akan dilaksanakan sama ada bulan depan atau tahun depan, kita di SUPP sudah bersiap sedia.
‘‘Malah saya berpuas hati dengan persiapan yang dilakukan oleh jentera parti dalam memastikan kerusi yang ditandingi akan membawa kemenangan kepada Barisan Nasional (BN),” katanya kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat SUPP di sini hari ini.
SUPP yang merupakan parti berasaskan masyarakat Cina merupakan satu daripada tonggak parti komponen Barisan Nasional Sarawak.

Enam kerusi Parlimen yang diperuntukkan kepada SUPP di Sarawak adalah Bandar Kuching, Stampin, Serian, Sarikei, Sibu dan Miri. SUPP dijangka berdepan tentangan daripada DAP yang telah mengisytiharkan calonnya bertanding di kawasan berkenaan.

Hong Nam berkata, bagi Parlimen Sibuti pula, calon untuk kerusi tersebut akan diputuskan oleh Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sama ada diserahkan kepada SUPP atau sebaliknya.

Dalam pada itu, katanya, SUPP masih belum menamakan sebarang calon untuk bertanding di Parlimen Sarikei selepas penyandangnya, Tan Sri Law Hieng Ding mengumumkan untuk tidak mempertahankan kerusi Parlimen yang diwakilinya sejak tahun 1982 pada pilihan raya umum akan datang.

Difahamkan SUPP telah memiliki calon untuk kerusi Parlimen tersebut tetapi enggan mendedahkan identitinya pada masa ini.

Bagi Parlimen Bandar Kuching pula, SUPP telah mengumumkan Alan Sim iaitu Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak sebagai calon yang akan mewakili BN di kerusi tersebut.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Peter Chin Fah Kui pula akan mempertahankan kerusi Parlimen Miri yang disandangnya sejak 21 tahun lalu. Sementara itu, penyandang bagi kerusi Parlimen Stampin ialah Datuk Yong Khoon Seng, Datuk Richard Riot untuk Parlimen Serian dan Datuk Robert Lau Hoi Chew (Sibu).

U.M. 25/01/08

No comments: