PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20080114

Sarawak: Kanser hidung meningkat

300 kes baru dikesan setiap tahun dan orang ramai diminta kurangkan makanan diawet terutama ikan, telur masin

KUCHING: Kanser hidung semakin menjadi penyakit paling banyak dihidapi penduduk tempatan dengan 300 kes baru dikesan setiap tahun di negeri ini, sehubungan itu orang ramai perlu menjaga pemakanan mereka bagi mengelakkan penyakit berkenaan.

Pakar Perunding Bedah Telinga, Hidung dan Tekak, Pusat Perubatan Timberland, Dr Wong Howe Tung, berkata antara penjagaan pemakanan yang perlu ialah dengan mengurangkan makanan diawet terutama ikan, telur dan sayur masin bagi mengelakkan kanser hidung.


"Kanser hidung semakin meningkat di kalangan penduduk negeri ini, maka mereka perlu menjaga pemakanan dan mengurangkan makanan diawet cara moden termasuk ikan, telur dan sayur masin selain berhenti merokok," katanya pada ceramah umum Pengurusan Kanser Hidung kepada Pesakit Kanser anjuran Pertubuhan Kanser Kebangsaan Malaysia, di sini, kelmarin.

Dr Wong berkata, satu kajian perubatan telah dilakukan terhadap kesan makanan diawet dengan garam menggunakan tikus dan didapati makanan itu boleh menyebabkan kanser pada anggota tikus termasuk berdekatan hidung.

Katanya, makanan lain masih belum dikaji sama ada boleh menyebabkan kanser itu, namun beliau percaya perubahan kepada cara pemakanan moden yang diawet dan diproses mempunyai kaitan dengan peningkatan penyakit itu di kalangan penduduk tempatan.

Beliau berkata, tahap ketahanan badan seseorang dari menghidap kanser hidung akibat cara pemakanan mungkin berbeza-beza disebabkan faktor genetik, maka orang ramai dengan sejarah keturunan menghidap kanser itu pelu lebih menekankan penjagaan pemakanan harian.

Dari statistik Jabatan Kesihatan Negeri, didapati 40.2 peratus kes kanser hidung di negeri ini adalah di kalangan suku kaum Bidayuh, Iban 18.6 peratus, Cina (17.4), Melayu (10), Melanau (8.9) dan selebihnya bangsa lain.

Kebanyakan pesakit berusia antara 30 dan 60 tahun, paling muda enam tahun dan tertua 90 tahun.

"Dari pengalaman saya, 10 peratus pesakit tempatan dikesan menghidap kanser hidung pada peringkat paling awal iaitu peringkat pertama, 30 peratus semasa peringkat kedua, ketiga dan peringkat terakhir iaitu peringkat keempat," katanya.

Beliau berkata pesakit di peringkat awal boleh dibantu dengan rawatan kimoterapi dan radioterapi atau pembedahan serta pesakit diminta mengubah cara pemakanan mereka agar berpeluang pulih 100 peratus.

Katanya pesakit, kanser hidung boleh bernafas seperti biasa yang menyukarkan pengesanannya namun 55 peratus pesakit dikesan melalui gejala bengkak di tepi leher dan 35 peratus pesakit mengeluarkan kahak berdarah manakala selebihnya kerana menghidap masalah pendengaran.

Dr Wong menasihatkan orang ramai untuk tidak melakukan ujian darah dengan peralatan ringkas bagi mengesan penyakit itu yang mungkin mengelirukan kerana dari 100 kes positif melalui kaedah itu hanya dua atau tiga kes sahaja disahkan benar positif oleh pakar menggunakan ujian tisu hidung.

BH 14/01/08

1 comment:

armouris said...

info tentang kanser hidung kat sini - Kanser Hidung Sukar Dikesan.

Update terkini isu-isu semasa kesihatan ada di infokesihatan@twitter.