PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20080121

Sarawak: CCTV di kawasan tumpuan jenayah

Kerajaan negeri akan memasang kamera litar tertutup (CCTV) di kesemua kawasan kerap berlaku jenayah di negeri ini dan akan mengemukakan permohonan peruntukan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi tujuan itu.

Sehubungan itu juga, enam pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini diminta mengemukakan senarai kawasan kerap berlaku jenayah di kawasan pentadbiran masing-masing dalam tempoh dua minggu dari sekarang, Enam PBT terbabit ialah Majlis Perbandaran Padawan (PMC), Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Majlis Bandaraya Miri (MBM), Majlis Perbandaran Sibu (MPS) dan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA).

Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam, Datuk Michael Manyin Jawong, berkata pihaknya kini sedang dalam perbincangan dengan kesemua PBT berkenaan bagi mengenalpasti jumlah kamera yang perlu dipasang untuk menentukan kosnya.

"PBT diberi masa dua minggu untuk memberikan senarai kawasan kerap berlaku jenayah di kawasan masing-masing, dan kita masih dalam perbincangan dengan mereka di sini, di Sibu, Bintulu dan Miri," katanya ketika berucap merasmikan Pertandingan Landskap Majlis Daerah Padawan (PMC) di SMK Siburan, di Siburan dekat sini.

Manyin berkata, tugas mengenal pasti kawasan kerap berlaku jenayah terbabit bukanlah sesuatu yang rumit dan kementeriannya yakin PBT dapat menyelesaikan tugas itu dalam tempoh dua minggu.

"Setelah kita mengenal pasti kawasannya, barulah anggaran kos memasang CCTV akan diserahkan kepada KPKT," katanya. Beliau berkata, anggaran kos terbabit penting dikaji dengan teliti kerana kerja pemasangan kamera itu adalah mahal dan turut memerlukan tenaga manusia untuk mengawasi kawasan terbabit.

Katanya, disebabkan keperluan tenaga manusia ini, kerajaan negeri juga akan memohon peruntukan tambahan dari KPKT yang baru-baru ini diperuntukkan RM75 juta untuk memasang CCTV di kawasan kerap berlaku jenayah, termasuk untuk 25 PBT di Johor, Pulau Pinang dan Lembah Klang.

No comments: