PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20080121

Sarawak: Jalan raya di Sarawak dikecualikan kurang had laju

Sarawak akan dikecualikan daripada mengurangkan had kelajuan di jalan raya Persekutuan sebanyak 10 kilometer sejam (km/j) sempena Perayaan Tahun Baru Cina yang disambut pada 7 dan 8 Februari ini.

Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya, Datuk Yong Khoon Seng, berkata pengecualian itu bagi mengelakkan kekeliruan kepada penduduk negeri ini setelah pengurangan kelajuan had laju berkenaan diumumkan kementeriannya, baru-baru ini.

"Arahan untuk mengurangkan kelajuan sebanyak 10 kilometer sejam di semua jalan Persekutuan adalah tidak termasuk bagi jalan raya itu di negeri ini," katanya selepas merasmikan blok bangunan baru Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Batu 10, di Kota Padawan, di sini, kelmarin.

Kementeriannya mengumumkan had laju di semua jalan Persekutuan akan dikurangkan 10 kilometer sejam (km/j) kepada 80 km/j selama 15 hari sepanjang musim cuti perayaan Tahun Baru Cina mulai 31 Januari ini bagi mengurangkan kadar kemalangan.

Larangan sementara had laju itu sudah diwartakan selaras Seksyen 69 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Jabatan Kerja Raya (JKR) diarah mengambil tindakan meletakkan papan tanda di semua lokasi bagi memaklumkan pengguna jalan raya mengenainya.

Yong berkata, larangan terbabit tidak sesuai dikuatkuasakan di negeri ini kerana keadaan jalan raya di sini berbeza dengan keadaan di Semenanjung yang membolehkan kenderaan dipandu laju terutama di lebuh raya.

"Kita di negeri ini tidak ada jalan raya yang membolehkan pengguna kenderaan melebihi kelajuan lebuh raya 110 km/j, dengan jalan bersimpang dan ada yang sempit," katanya. Beliau berkata, masalah kesesakan juga selalu berlaku sepanjang lebuh raya Pan Borneo dari Sematan hingga Limbang apabila musim perayaan sekali gus menghalang kebanyakan kenderaan di negeri ini dipandu terlalu laju.

Katanya dijangkakan dua juta kenderaan akan berada di jalan raya negeri ini pada perayaan Tahun Baru Cina yang akan datang dan berhasrat menumpukan kepada kempen kesedaran mengurangkan had laju kenderaan bagi mengelakkan kemalangan.

Yong berkata, bagi menambah baik keadaan jalan raya dan infrastruktur lain di negeri ini, kementeriannya akan memohon lebih banyak peruntukkan dari Kerajaan Pusat pada Kajian Pertengahan Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) pada April depan.

Katanya, pihaknya percaya pihak kerajaan negeri sedang membuat anggaran peruntukkan tambahan yang diperlukan untuk dipohon pada kajian itu nanti.

No comments: