PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20080118

ECER rangsang sektor pertanian

RANCANGAN Malaysia Kesembilan (RMK-9) menyasarkan pertumbuhan sektor pertanian lima peratus setahun, dengan perolehan nilai RM49.7 juta atau 14.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang tahun 2010.

Antara ciri-ciri dalam sektor pertanian yang berpotensi dikembangkan industri penanaman limau Cina (tangerine). Ia kini mewakili satu daripada sektor paling dinamik di dunia bagi perdagangan dan pengeluaran buah-buahan sitrus.

Antara tahun 1991 dan 2002, pengeluaran limau Cina dunia meningkat 2.96 peratus manakala eksport bertambah 3.91 peratus. Perkembangan itu didorong oleh peningkatan permintaan di kalangan pengguna dan perniagaan yang menggunakan ekstrak limau Cina untuk menghasilkan kosmetik, makanan tambahan dan ubat-ubatan.

Permintaan semasa bagi buah yang mudah dikopek itu kini melebihi pengeluaran. Ini kerana ia terbukti lebih menguntungkan berbanding buah-buahan tempatan seperti duku langsat kerana ia menawarkan potensi hiliran yang lebih memberangsangkan.

Untuk menggalakkan peladangan limau Cina, kerajaan mewartakan kawasan seluas 1,414 hektar di Dungun, terletak di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) sebagai ‘Taman Pengeluaran Makanan Kekal’, khusus untuk peladangan limau madu atau Citrus Suhuiensis.

Kini terdapat lapan syarikat peladangan di kawasan seluas 550 hektar dalam pelaksanaan fasa pertamanya. Fasa kedua akan bermula tahun ini.
Di bawah pelan induk ECER, taman buah-buahan sitrus yang serba lengkap akan mengeluarkan sehingga 28,280 tan hasil dengan nilai RM56.6 juta dan akan mewujudkan 600 pekerjaan.

No comments: