PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20080114

ISU : Maklumat promosi Celcom D98 layar internet mengelirukan

BARU-BARU ini saya ke Pusat Khidmat Celcom di Petaling Jaya untuk bertanyakan promosi baru Celcom 3G yang menawarkan pelan D98 layaran internet tanpa had dengan hanya membayar RM98 sebulan.

Saya adalah pelanggan Celcom 3G pelan D120, iaitu dengan membayar RM120 sebulan, saya boleh melayari internet tanpa had.

Selepas beberapa ketika bertanya di kaunter, saya agak terkejut apabila pegawai perhubungan pelanggan di kaunter terbabit menyatakan tiada perbezaan antara pelan D120 dan pelan promosi D98 dari segi kelajuan atau had layaran internet.

Terkejut dengan kenyataan itu, saya membuat keputusan untuk bertukar daripada pelan D120 kepada pelan D98 bagi mengelakkan pembaziran sebanyak RM22 untuk khidmat yang sama.

Setibanya di rumah, saya agak kecewa kerana apa yang dinyatakan pegawai di Pusat Khidmat Celcom itu tidak benar. Perbezaan di antara pelan D120 dan D98 jelas dari segi kelajuan melayari internet.

Jika sebelum ini di kawasan kediaman saya (menyokong khidmat HSDPA) kelajuan internet boleh menjangkau sehingga 1.2mbps menggunakan pelan D120, kini langsung tidak mencecah 360kbps dengan menggunakan pelan D98!

Tidak puas hati dengan apa yang berlaku, saya memanggil seorang rakan yang masih menggunakan pelan D120 untuk membuat pengesahan dengan melakukan ujian kelajuan internet di kawasan sama dan hasilnya sungguh mengejutkan.

Kelajuan untuk pelan D120 mencapai sehingga 1.1mbps! Saya sebagai pelanggan setia Celcom berasa tertipu dengan sikap pegawai Celcom yang merahsiakan kenyataan sebenar di sebalik promosi hebat mereka.

Apabila saya membuat panggilan ke Celcom Careline, mereka membuat pelbagai helah dengan menyatakan semua pelanggan yang mengubah pelan dari D120 ke pelan D98, tidak boleh mengubah semula kepada pelan D120 yang asal.

Mereka menyatakan, hanya pelanggan asal pelan D120 saja boleh mengekalkan pelan D120 terbabit.

Seolah-olah pihak Celcom ingin menyembunyikan sesuatu daripada pelanggan mereka di sebalik promosi yang dijalankan.

Seorang rakan yang bekerja di bahagian teknikal Celcom 3G mengakui pelan D98 ini memang melalui piawai QoS (Quality Of Service) supaya kelajuan melayari internet disekat tidak melebihi daripada 384kbps!

Saya harap pegawai tertinggi Celcom menyiasat perkara ini.

ADDIN 2,
Petaling Jaya, Selangor.

1 comment:

Anonymous said...

mmg celcom menipu dlm setiap promosi dorang....aku pun baru je ditipu tp aku cancel registration n mintak duit blk