PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20080616

Keputusan UPSR 2008 penanda aras tetapkan dasar penggunaan BI untuk Sains dan Matematik

Keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini akan menjadi penanda aras bagi Kementerian Pelajaran untuk menetapkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, berkata kementerian sedang membuat kajian terperinci terhadap pelajar Tahun Enam yang mula menggunakan bahasa Inggeris untuk sains dan matematik sejak 2003 dan akan menduduki UPSR tahun ini.

Bercakap kepada pemberita selepas meninjau kaedah penggunaan bahasa Inggeris bagi sains dan matematik di Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Indah di sini hari ini, beliau berkata penggunaan bahasa Inggeris dalam sains dan matematik bukan untuk mempelajari dan menguasai bahasa Inggeris sebaliknya diperlukan untuk menguasai konsep sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.

Pelaksanaan penggunaan bahasa Inggeris bagi sains dan matematik di sekolah itu menunjukkan kesan positif apabila 91.4 peratus pelajar lulus dalam mata pelajaran sains semasa peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2006 berbanding 89.5 peratus lulus pada tahun sebelumnya ketika peperiksaan masih dijalankan dalam bahasa Melayu.

Untuk mata pelajaran sains bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2007, sebanyak 92 peratus pelajar lulus berbanding 88.8 peratus pada tahun sebelumnya semasa peperiksaan masih dijalankan dalam bahasa Melayu, katanya.

- Bernama

No comments: