PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20080629

Program Rakan Muda akan jadi kokurikulum sekolah

Program Rakan Muda bakal dijadikan sebahagian daripada kegiatan kokurikulum sekolah dalam usaha untuk mendekati belia dari peringkat awal remaja, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, perkara itu kini di peringkat rundingan antara Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pelajaran termasuk beberapa isu teknikal dari segi pengurusan pelajar yang perlu dibereskan.

“Kami kini sedang mengkaji peringkat umur belia kerana kementerian mengklasifikasikan belia sebagai mereka yang berumur antara 15 dan 25 tahun sedangkan sistem di sekolah menengah bermula pada umur 13 tahun.

“Di samping itu, kami mahu mendekati belia tanpa mengganggu jadual pembelajaran mereka terutama yang dalam persiapan untuk menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia,” katanya selepas majlis pelancaran Rakan Muda Remaja Siber oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah di sini hari ini.

Ismail berkata, program Rakan Muda Remaja Siber bertujuan mendekatkan remaja dengan gaya hidup remaja siber iaitu untuk berkomunikasi dan berinteraksi secara maya terutama remaja di luar bandar.

“Tahun ini, dalam fasa pertama, pusat siber akan diwujudkan di 16 kompleks rakan muda dan empat pusat kegiatan rakan muda bagi menampung minat dan keperluan remaja.

“Dalam fasa kedua dan ketiga nanti kementerian akan pastikan semua 114 pejabat belia dan sukan daerah dan pusat kegiatan rakan muda dilengkapi dengan pusat siber,” katanya.

Beliau berkata, kos dan pengurusan untuk fasa kedua dan ketiga akan menelan belanja RM5.6 juta setahun dengan RM830,400 lagi disediakan untuk menyewa kelengkapan ICT.

“Pusat siber itu akan dikendalikan anggota rakan muda sendiri dengan pemantauan pihak berkuasa bagi mewujudkan rasa tanggungjawab di kalangan belia,” katanya.
- Bernama

No comments: