PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20080605

Unjuran KDNK dijangka kekal 5%

Malaysia dijangka mampu mengekalkan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara lima hingga enam peratus pada tahun ini walaupun harga petrol dan diesel dinaikkan.

Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, kenaikan bahan bakar itu akan menyebabkan ekonomi negara lebih efisien, sekali gus mampu menarik pelabur menanam modal.

"Apa yang lebih penting adalah mewujudkan ekonomi yang efisien iaitu bergerak ke hadapan, ini akan membolehkan kita mencapai peningkatan pertumbuhan (ekonomi)," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas pengumuman pakej penstrukturan semula subsidi minyak dan gas oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di sini hari ini.

Pada sidang akhbar itu, Abdullah berkata, Malaysia yakin mampu mengekalkan KDNK sebanyak lima peratus pada tahun ini.

Nor Mohamed ditanya bagaimana kerajaan dapat mengekalkan KDNK antara lima hingga enam peratus pada tahun ini sedangkan kos menjalankan perniagaan pasti meningkat berikutan kenaikan harga petrol dan diesel.

Menurut Menteri Kewangan Kedua itu, ekonomi Malaysia dijangka berkembang berikutan pemberian rebat tunai sebanyak RM625 setahun kepada pemilik kenderaan yang layak.

"Penerima akan membelanjakan wang ini," katanya.

Nor Mohamed juga berkata, kerajaan akan menjana pendapatan sebanyak RM1.5 bilion setahun ekoran langkah mengenakan levi keuntungan berlebihan kepada penjana tenaga bebas (IPP) dan pengeluar minyak kelapa sawit (POP).

Menurutnya, daripada jumlah itu, sebanyak RM500 juta diperoleh daripada IPP dan RM1 bilion diraih daripada POP.

No comments: