Beliau berkata jumlah pekerja asing sekarang sebanyak 2.2 juta orang dan ia akan diturunkan
"Kerajaan berharap dengan tindakan ini akan memberi galakan terutama di kalangan remaja untuk mengisi kekosongan itu,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pejabat Tenaga Kerja dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di sini hari ini.
Beliau berkata gaji yang kini ditawarkan oleh sektor perladangan kini agak menarik disamping kemudahan rumah percuma, pendidikan dan perubatan.
"Majikan ladang bersedia menerima pekerja tempatan kerana mereka tidak perlu membayar levi, pembayaran agensi dan pemeriksaan perubatan seperti yang diberikan kepada buruh asing,” katanya. Sehubungan itu, beliau berkata satu perubahan minda perlu ada di kalangan rakyat tempatan supaya mereka dapat mengubah sikap untuk sedia bekerja di sektor perladangan dan pembuatan.
Katanya, jika perubahan itu dapat dilakukan, matlamat kerajaan untuk mengurangkan tenaga buruh asing di kedua-dua sektor itu akan mencapai sasaran lebih awal dari 2010.
Seramai 300,000 pekerja ladang yang didaftarkan oleh Persatuan Pengeluar-Pengeluar Pertanian Tanah Melayu (MAPA) dan 50 peratus daripadanya adalah pekerja tempatan dan 50 peratus lagi pekerja asing. Mengenai kenaikan harga minyak, Subramaniam berharap majikan sedia menaikkan gaji pekerja bagi mengimbangi kos sara hidup terutama mereka yang berpendapatan rendah.
Beliau berkata kenaikan harga minyak di pasaran pasti akan mengundang kesan terutama di kalangan pekerja yang bergaji rendah.
"Kita akan memantau dan bekerjasama dengan pihak pengusaha dan industri agar tidak sewenang-wenangnya mengambil tindakan membuang pekerja bagi tujuan pengurangan kos pengeluaran dan sebagainya,” katanya.
Subramaniam berkata industri yang banyak bergantung kepada penggunaan minyak seperti industri pengangkutan tentunya akan dibebani kenaikan harga minyak dan pihaknya akan memantau sekiranya ada majikan yang mengambil jalan mudah dengan memberhentikan pekerja.
Bernama
No comments:
Post a Comment