PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20080609

Kerajaan berusaha tangani kenaikan harga petrol

Kerajaan berusaha mencari pelbagai mekanisme untuk menangani kesan kenaikan harga minyak di pasaran dunia dan tidak akan bergantung kepada kaedah penstrukturan semula harga bahan api itu semata-mata.

Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, berkata memandangkan harga pasaran minyak sedunia dijangka terus meningkat, kerajaan perlu mencari beberapa kaedah lain untuk memastikan beban yang ditanggung kerajaan dan rakyat tidak begitu ketara.

Katanya, kerajaan sudah membelanjakan RM33 bilion untuk subsidi petrol dan setakat ini tiada tanda harga itu akan turun.

"Penstukturan semula harga minyak baru-baru ini membolehkan kerajaan menjimatkan RM4 bilion daripada subsidi yang diberikan kepada bahan api tetapi apabila harga naik lagi kepada RM450.25 pada Jumaat, penjimatan itu sudah tiada lagi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Khidmat Anggota Parlimen Tasek Gelugor di Taman Merbau Indah, Sungai Dua di sini.

Katanya, dengan peningkatan harga pada setiap hari, jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan boleh mencecah sehingga RM40 bilion dan ini adalah satu jumlah yang amat besar dan sama dengan nilai yang diperuntukkan bagi pembangunan negara untuk tempoh setahun.

- Bernama

No comments: