PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20080626

Stesen minyak operasi 18 jam

Berkuat kuasa 1 Julai ini, stesen minyak di seluruh negara akan beroperasi selama 18 jam mulai 6 pagi hingga 12 tengah malam, kecuali di sepanjang lebuh raya yang masih dibenarkan dibuka 24 jam.

Ini adalah antara tiga langkah baru yang diumumkan kerajaan semalam bagi mengurangkan beban pengusaha stesen minyak berikutan peningkatan kos operasi. Dua lagi langkah ialah:

Menaikkan margin komisen jualan petrol kepada 12.19 sen seliter manakala diesel 7 sen seliter mulai semalam, berbanding 9.5 sen dan 4.5 sen sebelum ini.

Melaksanakan sepenuhnya Sistem Khidmat Layan Diri (SKLD) di semua stesen minyak berjenama, kecuali stesen mini tanpa jenama di luar bandar mulai 1 Ogos ini.

Mengumumkan langkah itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad, bagaimanapun berkata pengusaha stesen minyak boleh memohon kepada cawangan kementerian di peringkat negeri jika ada keperluan untuk beroperasi 24 jam.

Dalam kenyataannya, Shahrir menjelaskan penstrukturan semula subsidi bahan api yang diumumkan kerajaan 5 Jun lalu menyebabkan peratusan komisen pengusaha stesen minyak semakin kecil hingga tidak dapat menampung kos operasi.

"Masalah ini memberi kesan negatif kepada pengusaha stesen minyak dan ia boleh menjejaskan pembekalan petrol dan diesel untuk kegunaan orang ramai.

"Bagi menangani isu berkaitan, kerajaan memutuskan untuk mengambil tiga langkah berkenaan," katanya yang turut menggariskan tatacara pelaksanaan SKLD.

Kelmarin, Persatuan Pengusaha-Pengusaha Stesen Minyak Tempatan (PDAM) yang dianggotai 3,500 ahli menghentikan sementara urus niaga menggunakan kad kredit sehingga kerajaan memenuhi tuntutan mereka berhubung kenaikan komisen jualan minyak.

Presiden PDAM, Mejar (B) Abdul Wahid Bidin, berkata tindakan itu diambil bagi mengurangkan beban pengusaha stesen minyak berikutan peningkatan kos operasi, termasuk caj kad kredit yang dikenakan bank.

No comments: