PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20080605

Kerajaan umum kadar baru cukai jalan pada bajet 2009

Kerajaan dijangka mengumumkan kadar baru cukai jalan pada bajet 2009 yang akan dibentangkan pada Ogos ini, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Ong Tee Keat. Bagaimanapun, beliau berkata ia tertakluk kepada keadaan kewangan fiskal secara menyeluruh dan bukan hanya kemahuan kementerian saja. Sehubungan itu, katanya beliau telah mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menyediakan input atau butiran yang lebih lengkap dan menyeluruh berkenaan hasil kutipan cukai jalan kategori-kategori kenderaan bagi setahun.

"Saya akan berikhtiar untuk memberi input yang lengkap tersebut kepada Kementerian Kewangan supaya dapat mempertimbangkan pengurangan cukai jalan itu sekiranya dapat dikurangkan,” katanya kepada pemberita selepas melawat Malaysia Airlines Cargo Sdn Bhd (MASKargo) di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Urusan Malaysia Airlines System (MAS), Datuk Idris Jala, Pengerusi MASKargo, Datuk N. Sadasivan dan Pengarah Urusan MASKargo, Shahari Sulaiman. Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen menjadikannya RM2.70 seliter dan kenaikan RM1 bagi diesel menjadi RM2.58 seliter berkuat kuasa hari ini.

Perdana Menteri turut mengumumkan, bagi mengurangkan beban golongan berpendapatan rendah dan sederhana berikutan kenaikan harga bahan api itu, kerajaan bersetuju memberi bayaran tunai RM625 setahun bagi kenderaan persendirian berkapasiti enjin sehingga 2,000cc serta trak pikap dan jip sehingga 2,500cc manakala motosikal persendirian sehingga 250cc akan dibayar RM150 setahun.

Bagi kenderaan persendirian lebih 2,000cc, cukai jalan dikurangkan RM200 manakala pemilik motosikal persendirian kapasiti lebih 250cc, cukai jalan dikurangkan RM50, tertakluk kepada cukai jalan minimum RM2. Ong berkata pengurangan cukai jalan itu adalah salah satu usaha untuk meringankan bebanan kewangan yang dihadapi rakyat. ”

Sekurang-kurangnya, saya memainkan peranan saya. Kami belum lagi mengkaji perkara-perkara tertentu. Sudah tentu kami akan melakukannya secara bersepadu. Beberapa input dan inisiatif atau beberapa cadangan inisiatif akan dibincangkan dengan lanjut pada Jawatankuasa Kabinet mengenai Pengangkutan Awam,” katanya.

Dalam pada itu, Ong meminta pengusaha pengangkutan awam di negara ini khasnya kereta api dan komuter supaya meningkatkan tahap perkhidmatan mereka menjelang 2009 supaya dapat menampung permintaan yang semakin meningkat. Katanya mereka harus menunjukkan kemajuan dan penambahbaikan dari pelbagai segi termasuk dalam perkhidmatan pelanggan, ketepatan masa dan kapasiti penumpang.

Beliau berkata pengangkutan awam ini perlu mesra pelanggan dan mewujudkan jaringan antara pelbagai jenis pengangkutan awam yang terdapat di negara ini. Katanya beliau juga telah mengeluarkan arahan supaya satu audit menyeluruh dijalankan ke atas landasan-landasan kereta api yang terdapat di negara ini.

- Bernama

No comments: