PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20080605

Pengguna internet perlu berhati-hati apabila mendedahkan butir peribadi

Para pengguna internet perlu berhati-hati apabila memberi data peribadi mereka ketika melayari laman web kerana wujudnya banyak penipuan sejak akhir-akhir ini sehingga mangsa boleh kehilangan wang dalam bank, kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Fadillah Yusof.

Katanya taktik penjenayah siber ini sangat licik kerana mereka hanya memerlukan data seperti nombor kad pengenalan, nombor akaun bank, kata laluan dan sebagainya untuk mencuri wang mangsa dari bank.

"Antara contoh penipuan dalam laman web ialah mengatakan anda menang dalam satu pertandingan dan memerlukan anda memasukkan semua butiran peribadi untuk menuntut hadiah wang tunai atau hadiah," katanya kepada pemberita pada satu sidang media di sini hari ini.

Selain itu beliau menasihati orang ramai agar tidak mudah memuat turun gambar mereka dalam laman web kerana terdapat banyak kes membabitkan gambar 'superimpose' iaitu mengubah suai gambar mangsa kepada bentuk lucah, katanya.

Katanya gambar yang disebarkan melalui laman web mungkin akan digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk melakukan niat jahat seperti mengugut dan memalukan mangsa tersebut.

Justeru itu, CyberSecurity Malaysia, sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dipertanggungjawab oleh kerajaan untuk menyediakan bantuan keselamatan siber dalam bentuk pendidikan, promosi dan bimbingan kepada semua pengguna Internet di dalam negara.

Pengguna internet yang memerlukan bantuan atau ingin membuat aduan mengenai kes berkaitan keselamatan internet boleh melayari www.cybersecurity.org.my.

- Bernama

No comments: