
"Kini adalah masanya untuk pelaksanaan secara berkesan dan ini perubahan yang dimahukan rakyat. Kali ini, kita mahu memastikan segala janji kepada rakyat dikotakan sepenuhnya," katanya.
Kami bawa anda mendekati, mendalami dan menghayati isu-isu dan fakta terkini.

Perserta bengkel sedang sibuk menyedia presentasi
Kumpulan 4 bengkel berbincang kertas yang akan dibentang
Ahli ahli Kumpulan 4

PERDANA Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menunjukan senarai nama anggota Kabinet baru yang diumumkan
Pelajar cemerlang dan terbaik bergambar bersama anugerah masing-masing pada majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan STPM dan Pelajar Cemerlang STPM dan Muet 2007
Seramai 56,896 atau 91.62 peratus daripada 66,047 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2007, lulus penuh atau peringkat prinsipal bagi sekurang-kurang satu subjek, meningkat 0.75 peratus berbanding 90.87 peratus pada tahun sebelumnya.
Daripada jumlah itu, 3,687 atau 5.94 peratus calon lulus penuh lima subjek, 23,101 (37.2 peratus) empat subjek, 12,418 (20 peratus) tiga subjek, 9,234 (14.87 peratus) dua subjek serta 8,456 (13.62 peratus) satu subjek.
Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Prof Datuk Dr Dzulkifli Abdul Razak, berkata 386 calon memperoleh prinsipal A dalam semua subjek yang diambil, iaitu 25 calon mendapat lima subjek dan 361 mendapat empat subjek.
Semua calon yang cemerlang dalam lima subjek itu adalah dari sekolah bandar mencakupi 15 pelajar aliran sains dan 10 lagi sastera. Beliau berkata, bilangan itu merosot berbanding 34 calon mendapat prinsipal A dalam lima subjek dan 414 memperoleh keputusan sama bagi empat subjek yang diambil pada 2006.
Dzulkifli berkata, 59 calon lagi mendapat empat A daripada lima subjek yang diambil, juga merosot berbanding 63 pelajar pada tahun sebelumnya.
"Secara umum, prestasi calon memperoleh keputusan purata nilai gred kumulatif (PNGK) 3.00 atau lebih pada kali ini rendah sedikit, berbanding 2006," katanya pada sidang media di sini, semalam. Hadir sama, Ketua Eksekutif MPM, Omar Abu Bakar.
Berdasarkan keputusan STPM 2007, hanya 1.15 peratus calon mendapat PNGK 4.00 berbanding 1.19 peratus tahun sebelumnya. 10.66 peratus memperoleh PNGK 3.50 berbanding 11.14 peratus pada 2006 dan 32.11 peratus meraih PNGK 3.00 berbanding 32.47 peratus sebelum ini.
Tahun lalu, 37,837 atau 60.93 peratus calon peperiksaan STPM adalah Bumiputera, 18,741 atau 30.18 peratus Cina, 4,750 atau 7.65 peratus India dan 772 atau 1.24 peratus kaum lain.
Dzulkifli berkata, jurang prestasi antara calon bandar dan luar bandar dalam kedua-dua aliran sains serta sastera juga masih ketara dengan 13.71 peratus calon bandar mendapat 5A, 4A dan 3A berbanding 4.62 peratus calon luar bandar.
Bagi pencapaian keputusan 5A, 4A dan 3A, calon bandar aliran sains mencatat 16.94 peratus berbanding calon luar bandar 6.85 peratus, manakala bagi aliran sastera, 10.96 peratus calon bandar berbanding 4.29 peratus calon luar bandar mencatat keputusan itu.
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan, Barisan Nasional (BN) masih mencatat keputusan yang baik pada Pilihan Raya Umum Ke-12 dan mampu membentuk kerajaan yang kuat walaupun tidak memperoleh majoriti dua pertiga di Parlimen.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengangkat tangan Abdullah sambil diperhatikan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah di Menara PWTCBentuk kerajaan dengan majoriti dua pertiga di enam negeri, kejutan di lima negeri
Barisan Nasional (BN) mendapat mandat baru pada Pilihan Raya Umum Ke-12 apabila memperoleh 132 kerusi Parlimen pada jam 3 pagi ini bagi membolehkannya membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.
Bagaimanapun, gabungan 14 parti itu menerima kejutan apabila pembangkang menang di lima negeri, manakala beberapa pemimpin parti komponen, menteri dan timbalan menteri gagal mempertahankan kerusi mereka.
Sehingga jam 3 pagi ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan Pas kekal berkuasa di Kelantan dengan majoriti dua pertiga apabila parti itu dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) memenangi 39 daripada 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). DAP pula, bersama Pas dan PKR, buat pertama kali dapat membentuk kerajaan negeri di Pulau Pinang. Sehingga berita ini ditulis, kerajaan negeri bagi Kedah, Selangor dan Perak belum dibentuk. BN turut kehilangan banyak kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan. Daripada 13 kerusi yang dipertandingkan, BN hanya menang tiga kerusi - Putrajaya, Setiawangsa dan Labuan. BN melalui MCA dan Gerakan kalah di semua kerusi yang dimenangi sebelum ini.
DAP pula menang lima kerusi, PKR empat dan Pas satu di Wilayah Persekutuan. BN bagaimanapun menubuhkan kerajaan negeri dengan majoriti dua pertiga di enam negeri - Terengganu, Johor, Melaka, Sabah, Perlis dan Pahang, manakala di Negeri Sembilan, BN menubuh kerajaan dengan majoriti mudah. Pada sidang akhbar selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengisytiharkan kemenangan BN dengan majoriti mudah, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Isnin ini bagi membentuk kerajaan.
“Apa-apa pandangan mengenai keseluruhan keputusan pilihan raya ini, saya akan buat hanya selepas selesai keputusan semua kerusi,” katanya pada jam 2.20 pagi selepas BN mendapat 127 kerusi Parlimen.
Ditanya sama ada keputusan itu menggambarkan undi tidak percaya rakyat terhadap kepimpinannya, Perdana Menteri berkata: "Saya tidak melihat itu. Ini hanya pendirian rakyat yang mahu saya meningkatkan lagi kekuatan.
" Mengenai wujud tekanan pihak dalam parti supaya beliau meletakkan jawatan, Abdullah berkata: "Tak tahu siapa yang tekan saya." Abdullah tidak menolak kemungkinan keputusan pilihan raya ini memberi isyarat bahawa rakyat tidak berpuas hati dengan beberapa isu, termasuk kenaikan harga barang. “Ini memberi mesej yang penting dan saya akan lihat isu berkenaan,” katanya yang ditemani isterinya, Datin Seri Jeanne Abdullah.
Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Di Terengganu, BN memenangi 24 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala Johor (38 daripada 56 kerusi), Melaka (23 daripada 28 kerusi), Perlis (11 daripada 15 kerusi), Sabah (40 daripada 60 kerusi) dan Pahang (28 daripada 42 kerusi). Di Negeri Sembilan, BN membentuk kerajaan dengan majoriti mudah pada jam 11.45 malam selepas memenangi 21 daripada 36 kerusi DUN, manakala DAP mendapat 10 kerusi, PKR (empat) dan Pas (satu).
BN menang besar di Sarawak apabila meraih 29 daripada 31 kerusi Parlimen. DAP hanya menang di Parlimen Bandar Kuching manakala satu lagi kerusi, Hulu Rajang, ditangguhkan sehingga petang ini.
Sehingga jam 3 pagi ini, DAP memenangi 26 kerusi Parlimen, 22 oleh Pas dan 22 PKR. Sebanyak 112 daripada 222 kerusi Parlimen perlu dimenangi bagi membentuk kerajaan dengan majoriti mudah, manakala majoriti dua pertiga sebanyak 148 kerusi. Sebelum Parlimen dibubarkan pada 13 Februari lalu, BN menguasai 199 daripada 219 kerusi Parlimen, DAP (12), Pas (enam), PKR (satu) dan Bebas (satu).
Pada pilihan raya kali ini, Sarawak mempunyai tambahan tiga kerusi Parlimen - Sibuti, Limbang dan Igan. Keputusan rasmi pertama diumumkan pada jam 8.30 malam tadi membabitkan kerusi Parlimen Julau, Sarawak yang dimenangi calon BN, Datuk Joseph Salang Gandum dengan majoriti 7,584 undi.
Perdana Menteri yang mempertahankan kerusi Parlimen Kepala Batas, Pulau Pinang menang bagi penggal kelapan sejak kali pertama bertanding pada pilihan umum 1978. Abdullah yang juga Pengerusi BN memperoleh 23,445 undi, menumpaskan pencabarnya daripada Pas, Subri Md Arshad dengan majoriti 11,246 undi. Pada pilihan raya umum 2004, Abdullah yang bertanding di Parlimen Kepala Batas bagi kali pertama sebagai Perdana Menteri, mengalahkan Abdul Khalid Rasid daripada Pas dengan majoriti 18,122 undi.
Najib pula mengekalkan kerusi Parlimen Pekan dengan majoriti 26,464 undi. Najib memperoleh 36,262 undi, menewaskan Khairul Anuar Ahmad yang mendapat 9,798 undi.
BN sebelum ini memenangi lapan kerusi Parlimen tanpa bertanding - lima di Sarawak, dua di Sabah dan satu di Johor, serta tiga kerusi DUN - dua di Sabah dan satu di Selangor. Seramai 10,922,139 pemilih termasuk 221,085 pengundi pos layak mengundi pada pilihan raya umum kali ini berdasarkan
Daftar Induk Pemilih 2007 yang diwartakan pada 5 Februari lalu selepas dikemas kini sehingga 31 Disember lalu. Sebanyak 72 peratus pengundi keluar mengundi sehingga tempoh pengundian berakhir pada jam 5 petang semalam.
Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu dan Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon adalah antara pemimpin kanan Barisan Nasional (BN) yang tewas selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 diumumkan setakat jam 3 pagi ini.