PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20080401

Penduduk tak perlu panik

Penduduk di Bintulu diminta tidak panik berikutan kekurangan bekalan petrol di bandar itu sehingga ada pengusaha stesen minyak yang terpaksa menutup kedai mereka akibat terputus bekalan bahan mentah berkenaan.

Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing, berkata masalah kekurangan bekalan itu hanya berlaku di stesen minyak milik satu syarikat saja sedangkan stesen minyak syarikat lain masih beroperasi seperti biasa.

"Walaupun petrol kehabisan di stesen minyak di sini kelmarin, masalah itu hanya sementara disebabkan kesilapan teknikal satu syarikat pembekal minyak yang tiada kaitan dengan stesen minyak yang lain," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kelmarin.

Tiong berkata, penduduk bandar itu perlu bertenang kerana sejak petang kelmarin, ramai penduduk mula berasa cemas setelah menyedari masalah terbabit tanpa memahami situasi sebenar.

Beliau sendiri merujuk masalah itu kepada pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) cawangan Bintulu, setelah menerima banyak aduan daripada orang ramai.

No comments: