PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20080312

56,896 calon STPM lulus penuh

Pelajar cemerlang dan terbaik bergambar bersama anugerah masing-masing pada majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan STPM dan Pelajar Cemerlang STPM dan Muet 2007

Seramai 56,896 atau 91.62 peratus daripada 66,047 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2007, lulus penuh atau peringkat prinsipal bagi sekurang-kurang satu subjek, meningkat 0.75 peratus berbanding 90.87 peratus pada tahun sebelumnya.

Daripada jumlah itu, 3,687 atau 5.94 peratus calon lulus penuh lima subjek, 23,101 (37.2 peratus) empat subjek, 12,418 (20 peratus) tiga subjek, 9,234 (14.87 peratus) dua subjek serta 8,456 (13.62 peratus) satu subjek.

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Prof Datuk Dr Dzulkifli Abdul Razak, berkata 386 calon memperoleh prinsipal A dalam semua subjek yang diambil, iaitu 25 calon mendapat lima subjek dan 361 mendapat empat subjek.

Semua calon yang cemerlang dalam lima subjek itu adalah dari sekolah bandar mencakupi 15 pelajar aliran sains dan 10 lagi sastera. Beliau berkata, bilangan itu merosot berbanding 34 calon mendapat prinsipal A dalam lima subjek dan 414 memperoleh keputusan sama bagi empat subjek yang diambil pada 2006.

Dzulkifli berkata, 59 calon lagi mendapat empat A daripada lima subjek yang diambil, juga merosot berbanding 63 pelajar pada tahun sebelumnya.

"Secara umum, prestasi calon memperoleh keputusan purata nilai gred kumulatif (PNGK) 3.00 atau lebih pada kali ini rendah sedikit, berbanding 2006," katanya pada sidang media di sini, semalam. Hadir sama, Ketua Eksekutif MPM, Omar Abu Bakar.

Berdasarkan keputusan STPM 2007, hanya 1.15 peratus calon mendapat PNGK 4.00 berbanding 1.19 peratus tahun sebelumnya. 10.66 peratus memperoleh PNGK 3.50 berbanding 11.14 peratus pada 2006 dan 32.11 peratus meraih PNGK 3.00 berbanding 32.47 peratus sebelum ini.

Tahun lalu, 37,837 atau 60.93 peratus calon peperiksaan STPM adalah Bumiputera, 18,741 atau 30.18 peratus Cina, 4,750 atau 7.65 peratus India dan 772 atau 1.24 peratus kaum lain.

Dzulkifli berkata, jurang prestasi antara calon bandar dan luar bandar dalam kedua-dua aliran sains serta sastera juga masih ketara dengan 13.71 peratus calon bandar mendapat 5A, 4A dan 3A berbanding 4.62 peratus calon luar bandar.

Bagi pencapaian keputusan 5A, 4A dan 3A, calon bandar aliran sains mencatat 16.94 peratus berbanding calon luar bandar 6.85 peratus, manakala bagi aliran sastera, 10.96 peratus calon bandar berbanding 4.29 peratus calon luar bandar mencatat keputusan itu.

No comments: