PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20080320

Najib ketuai angkat sumpah - Timbalan Perdana Menteri


19 Mac – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mendahului barisan menteri Kabinet dan timbalan menteri mengangkat sumpah jawatan, taat setia dan menyimpan rahsia.

Istiadat itu berlangsung di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara di sini.

Najib adalah antara 32 menteri dan 35 timbalan menteri yang dilantik menganggotai pentadbiran baru pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selepas Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Acara penuh istiadat itu diadakan di Balairung Seri, Istana Negara pada pukul 11.05 pagi.
Abdullah, 68, telah mengangkat sumpah jawatan dan menyimpan rahsia di hadapan Tuanku Mizan pada 10 Mac lalu, dua hari selepas BN memenangi 140 kerusi Parlimen daripada 222 kerusi yang dipertandingkan.

Najib, 54, yang pertama kali dilantik Timbalan Perdana Menteri pada 7 Januari 2004 mengekalkan jawatan itu dan jawatan Menteri Pertahanan.

Najib seterusnya menandatangani watikah pelantikan dengan disaksikan Ketua Hakim Negara, Datuk Abdul Hamid Mohamad dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.
Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah turut berangkat ke majlis itu. Abdullah dan isteri Datin Seri Jeanne Abdullah turut hadir.

Selepas Najib, lima menteri kanan kemudian mengangkat sumpah jawatan dan menyimpan rahsia yang dipimpin oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Dua timbalan menteri yang disenaraikan oleh Perdana Menteri semalam, Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar (Luar Negara) dan Datuk Anifah Aman (Pengangkutan) menolak pelantikan masing-masing.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abdul Rahman Mohamad.

No comments: