Dr. Sheikh Muszaphar Shukor (kirI) berlepas pada 7.21 malam tadi waktu tempatan (9.21 malam waktu Malaysia) 10 Oktober 2007
Dengan iringan doa, perasaan bangga serta kesedaran bahawa tiada lagi perkara mustahil yang tidak dapat dilakukan oleh rakyat Malaysia, angkasawan pertama negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor meluncur ke angkasa dengan kapal angkasa Soyuz TMA-11 tepat pukul 7.21 malam waktu tempatan di sini malam ini.
Pelancaran roket Soyuz sepanjang 50 meter itu dilakukan dalam keadaan cuaca sejuk dan langit cerah tanpa awan.
Kapal angkasa Rusia, Soyuz TMA-11 yang membawa Sheikh Muszaphar, 35, bersama dua krew lain dilancarkan dengan jaya dari tapak pelancar di Baikonur Cosmodrome dekat sini.
Roket itu menuju ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) yang terletak 333 kilometer dari muka Bumi. Soyuz mengambil masa selama dua hari perjalanan mengelilingi orbit sebelum dijangka tiba di limbungan ISS.
Soyuz dijadualkan mendarat di ISS pada pukul 8 malam 12 Oktober ini di mana Sheikh Muszaphar akan berada di sana selama sembilan hari sebelum kembali ke Bumi.
Dua krew lain dalam Soyuz yang dilancarkan malam ini ialah Yuri Malenchenko, 45, dari Rusia yang merupakan veteran ISS dan Peggy Whitson, 47, dari Amerika Syarikat, iaitu wanita pertama yang bakal mengetuai operasi di ISS apabila mereka tiba di sana nanti.
Whitson pernah tinggal di ISS selama enam bulan.
Di ISS, Sheikh Muszaphar, seorang doktor bedah ortopedik yang berasal dari Negeri Sembilan, akan menjalankan tiga eksperimen berkaitan sel barah, bakteria dan pengkristalan protein.
Beliau akan kembali ke Bumi pada 21 Oktober dengan dua angkasawan Rusia yang telah berada di stesen itu sejak enam bulan lalu iaitu komander Fyodor Yurchikin dan jurutera penerbangan Oleg Kotov.
Yurchikhin dan Kotov tiba di ISS pada 9 April lalu dengan Soyuz TMA-10 manakala seorang lagi angkawasan yang berada di situ, Clayton Anderson pula mendarat dengan kapal angkasa Atlantis milik Amerika Syarikat (AS) pada 10 Jun lalu.
Sheikh Muszaphar dijadualkan meninggalkan ISS bersama Yurchikhin dan Kotov pada 21 Oktober dengan kapal angkasa Soyuz TMA-10 yang ketika ini berlabuh di ISS.
Whitson dan Malenchenko akan terus berada di ISS sebagai krew baru stesen angkasa itu bersama Anderson yang berada di situ sejak Jun lalu.
Program angkasawan Malaysia yang menyaksikan Sheikh Muszaphar dapat menerokai angkasa merupakan persetujuan timbal balik pembelian 18 jet pejuang Sukhoi SU-30 MKM bernilai RM3.4 bilion dari Rusia yang ditandatangani pada 5 Ogos 2003.
Beliau dan Kapten Dr. Faiz Khaleed merupakan dua calon terakhir daripada 11,275 rakyat Malaysia yang memohon menjadi angkasawan pertama negara ketika tawaran dibuka pada 2003.
Baikonur Cosmodrome merupakan tapak pelancaran yang digunakan oleh Rusia untuk menghantar Yuri Gagarin ke angkasa lepas pada 1961.

Satu hari nanti, tidak mustahil kita akan menaiki roket buatan sendiri ke angkasa dan ini akan lebih membanggakan kita.
No comments:
Post a Comment