PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20071029

18. ECER - Lonjakan


WILAYAH Ekonomi Pantai Timur (ECER merupakan satu lagi inisiatif bagi meningkatkan taraf hidup rakyat.

Dengan menumpukan kepada usaha mengatasi ketidakseimbangan antara wilayah, ECER cuba merapatkan jurang pendapatan dan pembangunan antara Pantai Barat dan Pantai Timur.
Isu ekonomi yang tidak setara antara bandar dan luar bandar juga akan cuba ditangani melalui inisiatif ini dengan membawa dan menyediakan lebih banyak peluang untuk penduduknya. Wilayah Pantai Timur yang terlibat dalam ECER terdiri daripada Kelantan, Terengganu, Pahang dan daerah Mersing di Johor mewakili 51 peratus daripada keluasan Semenanjung Malaysia.

Di sebalik segala sumber alam dan keistimewaan yang dimiliki, kawasan ini sebenarnya terus ketinggalan dari segenap lapangan.
Apa yang tidak ada di Pantai Timur? Kawasannya cukup pelbagai. Pantai dan lautnya saujana mata memandang dengan pulau-pulau yang indah dan menawan.
Gunung-ganang, bukit-bukau dan paya rawanya berpotensi untuk dimajukan bagi memberikan hasil yang mampu meningkatkan kehidupan penduduk tempatan.
Kawasannya yang luas juga cukup sesuai untuk dimajukan dengan pelbagai aktiviti pertanian, daripada penanaman sayur-sayuran kepada penternakan haiwan dan perikanan yang mampu memberi pendapatan lumayan.

Tetapi di sebalik segala kelebihan itu, Pantai Timur kekal tertinggal di belakang. Wilayah ini dihuni kira-kira 35,319 penduduk miskin tegar iaitu hampir separuh daripada jumlah kemiskinan di negara ini. Kira-kira 57 peratus daripada kemiskinan tegar di kawasan ini dari peringkat umur yang masih produktif iaitu di bawah 64 tahun.

Terengganu pula yang kaya dengan hasil petroleum mencatatkan angka kemiskinan kedua tertinggi di negara ini selepas Sabah, diikuti Kelantan.
Walaupun Pahang agak baik dari segi kadar kemiskinan, namun angkanya masih tinggi. Malah Kelantan dan Terengganu berada di senarai terbawah dari segi purata pendapatan isi rumah di seluruh negara.
Data-data ini menunjukkan bahawa penduduk di negeri-negeri Pantai Timur kebanyakan masih lagi hidup dalam serba kekurangan.
Sehubungan itu kerajaan melalui Petronas telah merangka pelan pembangunan ECER bagi merapatkan jurang pembangunan dan membasmi kemiskinan.
Pelan ECER akan menumpukan usaha menangani cabaran-cabaran tersebut yang akan menjadi panduan pembangunan di wilayah ini untuk tempoh 12 tahun akan datang hingga 2020.

Ia akan meliputi tiga Rancangan Malaysia, iaitu Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), RMK-10 dan RMK-11.
Sebanyak RM112 bilion bakal dilaburkan melalui inisiatif ECER, dengan 27 peratus pembiayaan daripada sektor swasta, 26 peratus inisiatif kewangan swasta dan bakinya daripada peruntukan di bawah Rancangan Malaysia.
ECER bukan tentang projek mega. Walaupun diterajui oleh Petronas, ia bukan hanya membabitkan industri minyak dan gas sahaja.

Petikan – Utusan Malaysia 29 Oktober 2007

No comments: