PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20071025

14. Ponteng Sekolah: Pengusaha Kafe Siber Diberi Amaran

MELAKA 23 Okt. – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan bertindak tegas terhadap pengusaha kafe siber di kawasan pentadbirannya yang membenarkan premis itu menjadi sarang pelajar ponteng sekolah.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Zaini Md. Nor berkata, pihaknya boleh menggunakan pelbagai akta untuk membawa pengusaha berkenaan ke muka pengadilan jika mereka terbukti melanggar peraturan ditetapkan.

Menurutnya, pengusaha pusat kafe siber perlu mematuhi peraturan yang terkandung pada lesen Jabatan Pelesenan MBMB bagi memastikan operasi perniagaan mereka berjalan lancar dan tidak menimbulkan masalah kepada orang ramai.

‘‘Golongan itu perlu bertanggungjawab dengan memastikan premis mereka tidak dikunjungi kanak-kanak bawah umur atau menjadi tumpuan pelajar ponteng sekolah,” katanya di sini hari ini.

Menurut Zaini, amaran itu telah disampaikan kepada kira-kira 118 pengusaha kafe siber pada satu perjumpaan di pejabatnya baru-baru ini.

Beliau turut mengingatkan pengusaha kafe siber agar menyediakan program dan peraturan tertentu untuk menghalang pelanggan daripada memasuki portal lucah dan perjudian.

‘‘Pengusaha perlu memastikan keadaan sekeliling premis mereka sentiasa terang dan penggunaan cermin gelap adalah dilarang.

‘‘Selain itu, kedudukan komputer pula disediakan di tempat terbuka, tidak berbilik, berpintu atau diadakan sekatan antara komputer,’’ katanya.

Zaini turut meminta pengusaha kafe siber agar berdaftar dengan mana-mana syarikat yang memberikan perkhidmatan talian Internet (Internet Service Provide – ISP) bagi memudahkan kawalan undang-undang siber dijalankan di premis masing-masing.

‘‘Pelesen perlu mempunyai kawalan secara langsung ke atas semua komputer yang terdapat di premis mereka bagi memudahkan usaha pemantauan dilakukan,” katanya.

Katanya, kafe siber hanya dibenarkan beroperasi di tingkat bawah bangunan manakala penjualan minuman keras dan rokok adalah dilarang malah barangan tersebut tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam premis.

‘‘Had umur pengunjung pusat siber perlu di atas 12 tahun dan pemilik premis perlu memastikan pengunjung yang di bawah had umur perlu ditemani ibu bapa atau penjaga mereka,’’ katanya.

Beliau berkata, MBMB akan menggerakkan operasi dan pemantauan ke pusat-pusat siber di dalam kawasan pentadbirannya bagi memastikan golongan itu mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Petikan : Utusan Malaysia 24 Oktober 2007

Komen : Jangan bikin tidak seperti cakap, pihak lain harus mencontohi ini.

No comments: