PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20071029

15. Malaysia Pertimbang Nuklear Sumber Tenaga Baru

Satu perancangan tenaga bagi Malaysia, yang merangkumi nuklear, sedang disediakan bagi memastikan bekalan yang mencukupi memandangkan harga minyak yang semakin meningkat dan telah melepasi paras AS$90 setong, malah mungkin mencecah AS$100 setong menjelang akhir tahun.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis berkata, kementerian itu dan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi telah diarah untuk menyedia dan mengemukakan satu kertas kerja bersama mengenai perancangan tenaga kepada Kabinet selepas mengambil kira sumber-sumber tenaga yang terhad di Malaysia dan kenaikan harga minyak.
“Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengarahkan kedua-dua kementerian untuk mengemukakan satu kertas kerja, untuk mengkaji pilihan yang ada bagi Malaysia berhubung tenaga bagi masa depan memandangkan harga minyak yang semakin meningkat,” katanya kepada wartawan Malaysia selepas menyampaikan ucaptama bertajuk “Mobilising Science and Technology: Malaysia’s Path to the Future (Menggerak Atur Sains dan Teknologi: Laluan Malaysia Menuju Masa Depan) pada Persidangan Memperingati 50 Tahun Perkongsian Malaysia-Britain, di sini kelmarin.
Semasa sesi soal jawab, seorang hadirin bertanya mengenai reaksi Malaysia terhadap kenaikan harga minyak dan apakah pilihan sumber tenaga bagi masa depan.
Jamaludin berkata, Malaysia sedang mengkaji sumber-sumber tenaga lain dan kerajaan akan membuat keputusan sama ada mahu menggunakan tenaga nuklear bagi mengurangkan penggunaan minyak yang membebani orang ramai dengan harganya yang semakin meningkat.
“Satu-satunya opsyen yang kita ada ialah tenaga hidro, tetapi keupayaannya juga terbatas. Perdana Menteri telah meminta kita mengkaji tenaga boleh diperbaharui.
“Jika negara lain memutuskan untuk menggunakan nuklear, kerajaan perlu menimbangkannya, tetapi buat masa ini kita belum mahu memilih nuklear,” katanya.
Beliau menjangka kertas kerja itu akan dikemuka kepada Kabinet sebelum akhir tahun ini atau awal tahun depan.

Petikan – Utusan Malaysia 29 Oktober 2007

No comments: