PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20071017

8. EKONOMI

Harga minyak rekod tertinggi AS$87.96

KUALA LUMPUR 16 Okt. – Harga minyak mentah global merekodkan paras tertinggi dalam sejarah apabila melonjak menghampiri AS$87.96 (RM295.54) setong, berikutan ketegangan politik antara Turki dan puak militan Kurdish.
Harga minyak mentah `Light Sweet’ bagi penghantaran November meningkat 65 cent atau 0.8 peratus ke paras AS$86.78 (RM291.58) setong selepas dagangan elektronik di New York Mercantile Exchange (NYMEX) ditutup hari ini.
Kadar itu merupakan paras tertinggi yang dicapai setakat ini, sejak komoditi tersebut mula didagangkan di NYMEX pada 1983.
Semasa urusniaga di NYMEX awal pagi ini, kontrak tersebut ditutup pada AS$86.16 (RM289.49) setong atau 2.89 peratus lebih tinggi berbanding penutup semalam pada AS$86.13 (RM289.39) setong.
Pengurus Kanan Pelaburan Institusi Inter-Pacific Securities Sdn. Bhd., Deti Affendi A. Kadir berkata, kenaikan drastik harga minyak itu disebabkan ketegangan politik antara Turki dan militan Kurdish.
“ Kebimbangan mengenai gangguan bekalan minyak ekoran krisis itu (politik antara Turki dan Kurdish) menyebabkan kenaikan drastik harga minyak sehingga melepasi paras halangan AS$85 setong,” katanya.
Deti berkata, keadaan bertambah buruk apabila Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan meminta kerajaan negara itu meluluskan tindakan ketenteraan ke atas pemberontak Kurdish.
Tayyip merancang untuk meminta kebenaran Parlimen bagi menggunakan tindakan ketenteraan bagi memaksa militan Kurdish berundur ke wilayah Iraq.
Kebimbangan ketika ini adalah jika konflik itu tercetus, maka ia akan memburukkan lagi ketidakstabilan di rantau itu, yang kini masih bergolak berikutan penaklukan Amerika di Iraq, kata Deti.
Iraq merupakan negara yang memiliki simpanan minyak mentah ketiga terbesar di dunia.
“ Jika rantau itu bergolak dan keadaan di Iraq bertambah teruk, sudah tentu ia mengganggu pengeluaran minyak mentah terutama menjelang musim peningkatan permintaan komoditi itu pada akhir tahun,” katanya.
Selain itu, Deti berkata, kejatuhan nilai mata wang dolar AS juga menyumbang kepada peningkatan harga komoditi itu.

Petikan- Utusan Malaysia 17 Oktober 2007

No comments: