PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20071231

KAMI MENGUCAPKAN "SELAMAT TAHUN BARU " KEPADA SEMUA PELANGGAN AND PEMBACA BLOG KAMI


WISHING ALL READERS AND SURFERS
"HAPPY NEW YEAR 2008"
PMR SIBU

20071230

124. Disiplin warga Sydney bersih bandar raya wajar dicontohi

BERKUNJUNG ke Sydney, Australia yang cukup masyhur dengan Sydney Opera House dan Sydney Harbour Bridge, membuka mata penulis bahawa kecantikan dan keindahan setiap bandar raya bukan saja bergantung kepada kebijaksanaan pihak berkuasa tempatan (PBT), malah turut dipikul warganya.

Gabungan reka bentuk bangunan moden kontemporari dan kolonial yang boleh dilihat di merata tempat bandar raya itu mengingatkan penulis kepada bandar raya Kuala Lumpur. Namun, apa yang membezakan antara dua bandar raya ini ialah sikap warganya terutama apabila membabitkan pengurusan sampah, keramahan penduduk dan etika pemanduan warganya yang perlu dicontohi rakyat negara ini.

Penduduk Sydney memperlihatkan sikap kelas pertama dalam aspek pengurusan sampah dan berhemah di jalan raya. Bandar raya Sydney yang cukup cantik itu bertambah indah apabila warganya mempunyai disiplin diri tinggi terutama menjaga kebersihan, malah untuk melihat sampah berlonggok pun sukar. Walaupun penduduk Sydney kelihatan lebih suka makan sambil berjalan ketika dalam perjalanan ke sesuatu tempat mereka seolah-olah dididik supaya membuang bekas makanan ke dalam tong sampah, bukannya dicampak merata-rata.

Di Kuala Lumpur, pandangannya pula agak berbeza. Kita pasti akan terserempak orang yang membuang sampah di dalam longkang, tepi jalan, dalam pengangkutan awam, di celah pokok bunga dan sebagainya sehingga mencacatkan pandangan. Bukan mahu mengata penduduk negara sendiri, tetapi itulah hakikat yang perlu diterima rakyat Malaysia.

Malah, apa yang lebih mengecewakan ialah apabila notis yang ditampal PBT mengenai larangan membuang sampah di sesuatu kawasan sekadar dipandang sepi. Ia berbeza sekali dengan apa yang berlaku di Sydney. Berdasarkan pengalaman ketika kunjungan singkat ke sana baru-baru ini, penulis mendapati sepanjang perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney menuju Hotel Rendezvous yang mengambil masa hampir 30 minit, sukar sekali untuk melihat sampah berlonggok atau bertaburan di bandar raya itu. Sememangnya, penulis sangat mengagumi semangat dan tanggungjawab warga Sydney yang peka dan prihatin dengan kebersihan.

Jika kebanyakan pemandu di Kuala Lumpur seolah-olah sentiasa mengejar waktu sehingga ada yang sanggup mengabaikan lampu merah dan sukar sekali memberi laluan kepada pengguna jalan raya yang di lintasan pejalan kaki, di Sydney pula berlaku sebaliknya. Di sana, pemandunya lebih beretika dan berhemah dalam mengutamakan keselamatan pejalan kaki, walaupun di laluan itu tiada disediakan lampu isyarat.

Pendek kata, etika pemanduan warga Sydney begitu menghormati dan mengutamakan keselamatan pejalan kaki apabila dengan mudahnya memberi laluan kepada pejalan kaki melintas jalan sambil mengucapkan selamat. Sekiranya di Kuala Lumpur janganlah diharap sangat untuk melintas jalan ketika kenderaan bertali arus, tentu saja ada pemandu yang memaki anda dengan kata-kata cukup menyakitkan hati seolah-olah jalan itu milik mereka.

Sebelum ini kita pernah mendengar sikap perkauman yang masih menebal di Australia terhadap orang Asia, seharusnya pandangan itu disingkirkan saja. Mereka sebenarnya sangat peramah dan mudah mesra dengan orang asing. Oleh itu, janganlah hairan sekiranya ada warga Sydney yang mengucapkan selamat dan beramah mesra dengan anda walaupun itu hanya pertemuan pertama. Sekiranya ucapan selamat bagi menyambut kehadiran anda di hotel adalah sesuatu yang biasa, namun di Sydney ucapan itu akan dituturkan di mana-mana saja termasuk di pasar, tepi jalan serta kawasan tumpuan pelancong. Lebih daripada itu, warga Australia terutama di kalangan lelaki sentiasa memberi keutamaan kepada wanita apabila mahu menaiki pengangkutan awam atau beratur di kaunter pembayaran.

Penulis sedar ramai rakyat negara ini mempunyai sikap budi bahasa dan hormat-menghormati yang tinggi walaupun hidup dalam masyarakat majmuk, tetapi dalam kemurnian sikap yang ada ini, ada juga yang langsung tidak mengendahkan perasaan orang lain. Malah, ada yang sanggup berebut dengan wanita ketika mahu mendapatkan tempat seperti dalam bas, tren, teksi atau berbaris ketika berurusan di kaunter.

Bagaimanapun, yang baik kita harus jadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan.

20071229

122. MALAYSIA'S PRIME MINISTERS


Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi
31 October 2003 - Today

Tun Dr. Mahathir Mohamad
16 July 1981 - 31 October 2003

Tun Hussien Onn
1976 - 1981

Tun Abdul Razak
1970 - 1976

Tunku Abdul Rahman
1963 - 1970

20071228

121. Benazir Bhutto terbunuh


Bekas Perdana Menteri Pakistan, Benazir Bhutto, terbunuh selepas terkena tembakan dan serpihan bom dalam serangan bunuh diri ketika mengakhiri kempen pilihan raya untuk Parti Rakyat Pakistan (PPP) pimpinannya di sini, semalam. (27/12/07)

Benazir, 54, yang pulang ke Pakistan Oktober lalu selepas lapan tahun hidup dalam buangan, meninggal dunia di Hospital Besar Rawalpindi akibat cedera parah dalam serangan yang turut mengorbankan 20 yang lain.

Dalam kejadian itu, seorang lelaki dikatakan mendekati beberapa pemimpin PPP termasuk Benazir dan melepaskan beberapa tembakan sebelum meletupkan bom.

Benazir sebelum ini terselamat dalam cubaan membunuhnya pada 19 Oktober 2007 lalu di Karachi ketika pulang daripada buangan dalam kejadian yang membunuh hampir 150 orang.

Militan dipersalahkan atas serangan itu, tetapi Benazir menegaskan keazamannya meneruskan kempen demokrasi sekalipun menghadapi ancaman.

Bapa Benazir, Zulfikar Ali Bhutto, adalah Perdana Menteri pertama Pakistan yang dipilih menerusi pilihan raya. Beliau dihukum bunuh selepas digulingkan tentera pada 1979.

Benazir yang memenangi pilihan raya 1988 pada usia 35 tahun, menjadi pemimpin wanita dunia Islam pertama. Beliau digulingkan pada 1990 dan terpilih semula sebagai pemimpin pada 1993 sebelum digulingkan sekali lagi pada 1996 atas tuduhan rasuah dan salah guna kuasa.

Keluarga Benazir juga tidak sunyi daripada kontroversi dan keganasan. Dua abangnya mati dalam keadaan yang tidak diketahui puncanya, manakala beliau mendakwa pembunuh al-Qaeda cuba membunuhnya beberapa kali pada 1990-an.

20071227

120. Dua mati dan dua masih hilang dalam insiden tanah runtuh


Dua mangsa disahkan mati sementara dua masih hilang dalam kemalangan tanah runtuh yang berlaku di Kampung Bukit Cina, di Jalan Airport kapit pada tengah malam Selasa (25.12.2007)lalu.

Ini adalah kejadian ketiga pada kampung yang sama yang mempunyai penduduk lebih 100 orang. Kejadian pertama ialah pada tahun 1972 dimana meragut nyawa seoarng mangsa dan dua orang mangsa pada kejadian kedua pada tahun 1992.

20071225

WISHING ALL MY BLOG SURFERS "MERRY CHRISTMAS"


"MERRY CHRISTMAS AND HAPPY HOLIDAYS"
From:
Pusat Maklumat Rakyat (PMR)
Information Department Malaysia,
Level 2, Federal Complex Block 3,
Brooke Drive,96000 Sibu,
Sarawak, MALAYSIA.

119. Sarawak State's Flag


State flag of Sarawak (since 1988)

Trisakti 1973-1988

Flag of state of Sarawak (1963-1973)


History

James Brooke, who was the first Rajah of Sarawak originally used the St George's Cross as the state's flag. The decision for Sarawak to have its own flag was made in 1845, but it was not hoisted until 21 September 1848. The first Sarawak flag was originally made up of half blue and half red cross on yellow, thought to be based on Brooke's coat of arms. There is a controversy on whether the first flag was made up of purple and red, or blue and red.

On 7 May 1870, the colour of the half blue cross was changed to black by the second Rajah, Charles Brooke, and was hoisted on 26 September, the birthday of the then Rajah Muda Charles Vyner Brooke. It was retained as a coat-of-arms on a Blue Ensign when Sarawak was ceded to the British Crown on 1 July 1946. The 1870 version saw continued use even after cession, flying side-by-side with the Union Flag. Upon the formation of Malaysia and subsequent independence of the state, the flag remained in use and unchanged until 1973.

The Trisakti was adopted on the 10th anniversary of Sarawak's independence in 1973, and was first hoisted by the then Chief Minister of Sarawak, Abdul Rahman Ya'kub who also designed the flag. Accompanying the new design of the flag is the new state anthem, Sarawak Bahagia.

In 1988, the flag was replaced again with the current version along with yet another new state anthem, Ibu Pertiwiku. The new design was adopted on the 25th anniversary of independence of Sarawak within Malaysia.

118. Ekonomi Sarawak terus mantap

Kadar pertumbuhan ekonomi negeri dijangka meningkat daripada 5.8 peratus pada tahun 2007 kepada 6 peratus pada 2008 kerana peningkatan dan perkembangan dari segi ekonomi domestik dan pertambahan eksport. menyumbang kepada perkembangan ekonomi negeri dan disokong dengan harga komoditi yang tinggi di pasaran eksport.

Sarawak amat bertuah kerana memiliki sumber asli yang banyak termasuk minyak dan gas yang mana menyumbang kepada perkembangan ekonomi negeri dan disokong dengan harga komoditi yang tinggi di pasaran eksport.

Bagi tahun 2007, Sarawak mencatatkan lebihan dagangan RM19.8 bilion, peningkatan sebanyak RM1.2 bilion berbanding tahun 2006. Ini disokong oleh harga komoditi yang tinggi terutamanya bagi harga minyak sawit, gas dan minyak. Manakala nilai eksport dijangka meningkat kepada 4.6 peratus pada tahun 2007.

Bagi tahun 2008, pertumbuhan eksport dijangka meningkat pada kadar 3.9 peratus setelah mencatat peningkatan yang berterusan bagi tahun-tahun sebelumnya.

Jumlah pendapatan negeri bagi tahun 2007 dianggarkan sebanyak RM3,246 juta, peningkatan sebanyak RM395 juta atau 12 peratus.

Hasil sumber yang banyak tersebut datangnya daripada royalti minyak dan gas, pelaburan dan cukai jualan kerajaan.

Ekonomi Sarawak dijangka akan terus memberangsangkan setelah Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (Score) dilaksanakan di kawasan tengah negeri ini.

116. Sibu lights up for Christmas


Sibu Town Square is transformed into a Christmas Wonderland with 11 giant Christmas trees lighting up the nights heralding the season of joy and peace.

The brightly lit trees are not the only signs of Christmas in the town as they also serve as a backdrop for string of activities to the festival.

20071224

115. CUEPACS yakin diberi sagu hati RM2,000

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) percaya rayuannya untuk mendapatkan sagu hati sebanyak RM2,000 bagi menggantikan bonus dapat meringankan beban 850,000 kakitangan awam yang berpendapatan rendah.

Presiden CUEPACS, Omar Osman berkata, kesatuan sekerja itu akan membincangkan rayuan tersebut dengan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan pada awal bulan depan.

“Kita sedang menunggu kepulangan Ketua Setiausaha Negara yang kini berada di Tanah Suci Mekah kerana mengerjakan haji,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Omar berkata demikian ketika mengulas perkembangan terkini penghantaran memorandum oleh kongres itu kepada kerajaan pada 10 September lalu berhubung pembayaran honorarium menggantikan bonus.

Menurut beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi turut memberikan reaksi positif berhubung perkara itu dan meminta kesatuan sekerja itu berbincang mengenai rayuan berkenaan dengan Mohd. Sidek.

CUEPACS bagaimanapun menegaskan bahawa kesatuan sekerja induk kakitangan awam itu tidak berniat untuk mendesak kerajaan berhubung perkara tersebut.

Omar menjelaskan, beliau memahami kerajaan perlu mengambil kira pelbagai faktor termasuk soal kewangan negara sebelum meluluskan pemberian sagu hati itu.

Pihaknya berharap kerajaan dapat memberi honorarium antara RM1,000 hingga RM1,500 jika permohonan untuk pembayaran honorarium sebanyak RM2,000 ditolak.

“CUEPACS percaya honorarium ini amat penting terutama kepada kakitangan awam kerajaan yang berpendapat rendah.

“Daripada 1.2 juta anggota sektor awam, kira-kira 850,000 merupakan kakitangan berpendapatan rendah.

“Sekurang-kurangnya ia (bayaran sagu hati daripada kerajaan) dapat membantu mereka membeli pakaian sekolah dan keperluan anak-anak yang akan menempuh sesi baru persekolahan pada tahun depan,” katanya.

Komen : Tolak pakaian, buku latihan, yuran sekolah anak; tolak bayar 'repair motorkar' kenak banjir dan belanja raya, krismas atau tahun baru.....abiss...dah. Kalau tiada pun...along pula senyum.

20071223

113. Amaran angin kencang

Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama dengan angin kencang timur laut mencapai kelajuan antara 40 hingga 50 kilometer sejam.

Ombak yang mencapai ketinggian 3.5 meter pula dijangka berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, Wilayah Persekutuan (WP) Labuan dan Sabah Barat dan berterusan hingga Sabtu depan.

Amaran yang disiarkan dalam laman web jabatan itu turut menyatakan bahawa kawasan pantai di Pantai Timur Semenanjung dan barat Sarawak terdedah kepada kejadian kenaikan paras air akibat fenomena air pasang besar. Keadaan itu dijangka berterusan hingga Sabtu depan (29 Disember).

112. Krisis Makanan Dunia Semakin Runcing


MAKANAN semakin berkurangan. Inilah hakikat yang sudah terbentang di depan mata biarpun laporan mengenainya ditenggelamkan pelbagai paparan krisis politik dan kemelut bencana alam yang berlaku saban hari.

Laporan yang berupa amaran langsung, mengaitkan perkembangan membimbangkan itu dengan pertambahan penduduk yang meningkat 3 bilion orang kepada 9.5 bilion orang dalam masa 50 tahun. Malangnya, ia tidak seimbang dengan hakikat sumber makanan yang semakin hari kian susut.

Tidak cukup dengan itu, keluasan tanah bagi setiap orang pula semakin susut iaitu daripada 0.38 hektar pada 1970 kepada 0.23 hektar pada 2000 dan cuma 0.15 hektar pada 2050.

Laporan Program Alam Sekitar PBB pula mendedahkan sumber air, daratan, tumbuhan, haiwan dan ikan semuanya semakin susut.

854 juta penduduk dunia yang kelaparan dan bilangan itu bertambah 4 juta orang, setiap tahun

Setiap hari 16,000 kanak-kanak mati kerana kelaparan - seorang setiap 5 saat. Ini disebabkan kemiskinan yang di alami mereka.

Fakta Populasi Dunia:- 6.55 billion orang.

Pada tahun 2004, kira-kira 1 billion hidup dibawah index kemiskinan, berpendapatn RM3 sehari menyebabkan mereka menghadapi kekurangan zat keperluan badan.

111. Pengguna telefon bimbit gelisah


Sekumpulan pakar Amerika Syarikat mendakwa ramai pengguna telefon bimbit mengalami kegelisahan atau sejenis masalah psikologi dengan menyangka telefon mereka berdering atau bergetar biarpun hakikatnya tidak.

Majoriti pengguna telefon bimbit yang kerap turut disenaraikan sebagai pesakit jantung serta masalah saraf lain.

Penghidap masalah ‘Ringxiety’ sering menjadi gelisah tidak menentu, memeriksa poket dan berulang kali melihat telefon bimbit kerana beranggapan ia berdering.

Akhbar Times of India memetik kajian saintis Universiti Alliant International di Los Angeles itu menyatakan, masalah psikologi berkenaan semakin ketara yang dikaitkan dengan penggunaan telefon bimbit secara keterlaluan sehingga mereka sukar mengawal diri dan keadaan.

Walaupun tiada sebarang kajian khusus ke atas sampel tertentu, kalangan doktor mendakwa kira-kira 25 peratus kes yang dirujuk ke klinik pakar jiwa atau psikiatrik, mendakwa mendengar nada dering atau getaran biarpun ia sebenarnya cuma imaginasi mereka semata-mata.

“Lebih kerap seseorang itu menggunakan telefon bimbit, lebih mudah bagi mereka berdepan masalah mendengar deringan telefon yang cuma imaginasi.

“Malah, bukan setakat gelisah, majoriti pengguna telefon bimbit itu juga turut mengalami masalah jantung dan saraf lainnya,” kata penyelidik Amerika berkenaan.

- Agensi 23/12/07

110. Perantau cemerlang


HASILKAN KAMUS: Kamarul menunjukkan kamus bahasa Urdu, Melayu, Inggeris dan Arab

Anak Malaysia di Pakistan, Kamarul Ariffin Ithnan, 33, yang berasal dari Bagan Datoh, Perak, berjaya menghasilkan kamus bahasa Melayu kepada bahasa Arab dan Urdu manakala bahagian keduanya dari bahasa Melayu kepada Inggeris, Arab dan Urdu. Kamus itu yang dicetak pada tahun ini dijual pada harga 800 rupees (RM44).

Belaiu mendapat idea membuat kamus itu pada tahun kedua pengajian Islam di Jamiah Allama Yusuf Binoory. Pakistan.

20071222

109. Ganjaran bonus

Setiap penghujung tahun, para pekerja akan berasa gembira dan lega kerana waktu ini lah mereka akan menerima wang lebih atau imbuhan dari majikan yang berbentuk bonus. Ini sebagai penghargaan keatas sumbangan dan khidmat bakti sepanjang tahun pekerja.
Ia juga antara faktor yang menjadi motivasi kepada seseorang pekerja untuk melaksanakan tugas seterusnya dengan baik dan setia kepada majikan dan syarikat.

Jumlah bonus mungkin minima atau berganda gaji bulanan mengikut prestasi keuntungan sesebuah syarikat. Walaupun bonus boleh dianggap sebagai rezeki tambahan atau ganjaran kepada penat-lelah bekerja selama ini, tidak bererti ia boleh digunakan sewenang-wenangnya.

Bagi mereka yang mempunyai tanggungan besar, ini dapat meringankan bebanan terutama sekali perbelanjaan persiapan persekolahan anak pada permulaan tahun. Wang lebih ini juga amat membantu penerima dalam mengatasi kos saraan hidup harian yang sedang meningkat disebabkan kenaikan harga barang keperluan harian yang kian mendadak dan sukar dikawal.

20071220

107. Indonesia bekal 100,000 pekerja ke Johor

Indonesia akan membekalkan 100,000 tenaga kerjanya secara berperingkat ke Johor bagi memenuhi keperluan pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) sehingga tahun 2020, kata konsul besarnya di Johor, Renvyannis Gazali, hari ini.

Menurutnya persetujuan tentang penghantaran pekerja republik itu ke Johor itu dibuat berikutan permintaan Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman untuk menjamin pembangunan di wilayah pembangunan khas itu berjalan lancar.

Pekerja-pekerja Indonesia yang akan dihantar itu terdiri daripada pekerja mahir dan separa mahir, yang telah dilatih secara profesional dalam sektor pembinaan dan hospitaliti, bertujuan memenuhi keperluan tenaga kerja di WPI.

Petikan -Benama - UM 20/12/07

20071218

106. Penduduk tanah rendah bersedia hadapi banjir

Penduduk di kawasan tanah rendah di Sarawak terutama di kawasan tengah membabitkan daerah Sibu, Kanowit, Selangau, Song dan Kapit diminta bersedia menghadapi ancaman banjir dengan jangkaan berlaku air pasang besar pada musim perayaan Hari Krismas antara 22 hingga 29 Dis ini ekoran pengaruh sederhana fenomena La Nina, yang membawa hujan lebat berterusan mulai sekarang hingga awal Januari.

Ramalan Jabatan Meteorological meramalkan akan berlaku hujan lebat di kawasan itu, selepas ini dan ia dijangka menyebabkan banjir berulang lagi.

Paras ketinggian air pasang besar yang kritikal antara 22 hingga 29 Disember nanti dijangka antara 5.7 dan 6.1 meter, serta hujan lebat boleh mengancam penduduk di kawasan tanah rendah dan kawasan sering dilanda banjir.

Sunting akhbar 18/12/07

20071217

105. PLKN benar daftar lewat

Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Siri 5/2008 yang bermula 29 dan 30 Disember ini, akan diberikan kelonggaran mendaftar lebih lewat, jika kediaman keluarga mereka terbabit banjir.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Abdul Hadi Awang Kechil, berkata pelatih terjejas banjir perlu memaklumkan masalah itu kepada JLKN bagi mendapatkan kelonggaran pendaftaran itu.

"Semua pelatih yang terjejas banjir akan diberi kelonggaran mendaftar lewat sedikit daripada tarikh sepatutnya, tetapi sebaik keadaan pulih, mereka perlu mendaftar di kem," katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Kem PLKN serta mengadakan pertemuan bersama Komandan Kem PLKN seluruh Kelantan dan Terengganu, di sini, semalam.

Bagi memudahkan pergerakan 37,000 pelatih siri itu, Abdul Hadi berkata, pihaknya akan menggunakan khidmat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di laluan yang ditenggelami banjir bagi membolehkan mereka dihantar ke kem latihan.

Katanya, setakat ini, 83 kem PLKN yang akan digunakan untuk penempatan pelatih siri akan datang tidak terjejas walaupun beberapa laluan menuju kem itu ditenggelami banjir.

UM17/12/07

104. PTPTN kaji bayar ketika belajar

Pelajar buat pinjaman dapat mengelak tanggung hutang tinggi, tunggakan.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mengkaji keperluan untuk melaksanakan sistem pembayaran pinjamannya sewaktu peminjam masih dalam sesi pengajian.

Pengerusi PTPTN, Datuk Razali Ismail, berkata langkah itu bertujuan mengelakkan pelajar menanggung hutang lebih tinggi dan mengelakkan daripada jumlah pinjaman tertunggak semakin meningkat.

Katanya, sistem yang dijangka dilaksanakan dalam masa beberapa tahun lagi itu adalah sama seperti dilaksanakan syarikat perbankan yang menawarkan pinjaman bagi tujuan melanjutkan pelajaran di peringkat institut pengajian tinggi (IPT).

"Bagaimanapun kadar caj pentadbiran kami kini iaitu tiga peratus akan dikekalkan dan ia lebih rendah berbanding dengan caj dikenakan mereka (syarikat perbankan) yang mencecah tiga hingga sembilan peratus.

"Ia belum lagi diputuskan secara muktamad tetapi hanya akan dilaksanakan jika mekanisme yang kami laksanakan sebelum ini antaranya menghadapkan peminjam tegar ke mahkamah didapati tidak memberi kesan kepada jumlah kutipan pinjaman tertunggak," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Isu kegagalan bekas pelajar menjelaskan pinjaman masing-masing mendapat perhatian sejak kebelakangan ini berikutan kedegilan sebahagian besar peminjam berbuat demikian.

Sejak beroperasi pada 1997 hingga tahun ini, agihan pinjaman pendidikan PTPTN mencecah RM20 bilion kepada kira-kira sejuta pelajar IPT dan daripada jumlah itu sebanyak RM11.2 bilion jumlah pinjaman, masih belum dikutip.

Keadaan itu menyebabkan PTPTN terpaksa mengetatkan langkah penguatkuasaan antaranya mengiklankan nama peminjam di media, menyenarai hitam peminjam, menghadapkan ke mahkamah, mengenakan caj peratus lebih tinggi dan melalui potongan gaji mulai 2010.

Razali menjelaskan cadangan seumpama itu pernah dikemukakan PTPTN, tetapi dibantah banyak pihak kerana bimbang ia akan membebankan pelajar untuk membayar pinjaman ketika masih belajar.

"Tetapi mereka harus tahu bahawa kami yang bertanggungjawab memberi pinjaman kepada lebih ramai pelajar lebih terasa 'bebannya' akibat sikap segelintir peminjam yang tidak membayar pinjaman.

"Kami memberi jaminan langkah itu hanya akan diperkenalkan jika keadaan benar-benar memerlukan dari segi jumlah pembayaran semula yang kurang atau tidak cukup untuk menaja pelajar lain," katanya.

Sementara itu, berhubung perkara lain, Razali berkata, semua peminjam PTPTN diwajibkan mempunyai mempunyai nombor fail cukai pendapatan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mulai bulan depan bagi memudahkan urusan mengesan peminjam pada masa akan datang.

Katanya, pelaksanaannya itu adalah selaras dengan pindaan Akta PTPTN 1997 yang diluluskan Parlimen, Mei lalu bagi memudahkan tugas mengesan semula peminjam tabung PTPTN.

"Selain itu, ia (pemberian nombor fail cukai pendapatan) juga adalah sebahagian daripada persediaan kami sebelum langkah mewajibkan semua peminjam membayar balik pinjaman secara potongan gaji melalui LHDN mulai 2010," katanya.

um17/12/07

103. Sarawak memerlukan tenaga kerja yang tinggi

Sarawak memerlukan sejumlah 2.5 juta tenaga kerja bagi memenuhi keperluan pelbagai sektor ekonomi menjelang 2020.

Jumlah itu meningkat berlipat ganda berbanding 912,623 tenaga kerja di negeri ini dicatatkan pada 2000.

Permintaan tinggi tenaga kerja di negeri ini dijangkakan berlaku dalam sektor perkhidmatan dan sektor pertanian. Jangkaan ini berdasarkan Kajian Pembangunan Tenaga Manusia Kedua 2000-2020, yang mendapati sektor perkhidmatan memerlukan 1 juta tenaga kerja pada 2020 berbanding sejumlah 393,594 pada 2000.

Ini diikuti sektor pertanian yang memerlukan 651,852 tenaga manusia pada 2020 berbanding 288,186 pada 2000. Sektor perindustrian turut memerlukan banyak tenaga kerja dan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia dalam kajian mereka menunjukkan Sarawak memerlukan 250,000 pekerja industri mahir pada 2020.

Antara tenaga mahir diperlukan negeri ini ialah saintis, jurutera, juruteknik dan profesional lain bagi memenuhi permintaan dalam bidang sumber biodiversiti selain keperluan perubahan ekonomi yang menjurus kepada sumber petrokimia, bioteknologi, elektronik, perhutanan dan perladangan.

Bagi memenuhi permintaan yang meningkat terhadap tenaga manusia ini, kerajaan menubuhkan 97 institut latihan kemahiran, daripada jumlah itu 44 institut dikendalikan kerajaan, manakala 53 pihak swasta. Dengan penubuhan institut institut ini, usaha memenuhi keperluan pembekalan dan permintaan tenaga manusia di negeri dan negara ini pada masa akan datang.