PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20071118

21. Pengusaha industri wajib kitar semula

Pengusaha industri tertentu akan diwajibkan mengambil balik bahan pembungkus produk mereka untuk dikitar semula atau dilupuskan melalui sistem terima balik apabila Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 dikuatkuasakan April tahun depan.

Antara pembungkus produk yang dicadang wajib diambil balik ialah pembungkus yang berasaskan plastik dan tin aluminium.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting berkata, melalui sistem terima balik itu juga, setiap pengeluar dan pengilang akan dikehendaki mengambil balik atau menerima semula daripada pembeli barangan yang telah luput jangka hayat dan tidak boleh digunakan lagi.

Beliau berkata, untuk memantapkan sistem terima balik itu, sistem bayaran balik deposit yang nilainya ditetapkan oleh kementerian turut akan diperkenalkan.

‘‘Semua sistem tersebut merupakan antara peraturan yang telah dibuat oleh kerajaan apabila Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 diwartakan pada 30 Ogos lalu.

‘‘Bagaimanapun peraturanperaturan tersebut dan yang sedang digubal ini akan ditapis lulus oleh Jabatan Peguam Negara bagi memastikan ia betul-betul membayangkan semangat akta supaya akta ini dibuat dengan tepat dan berkesan.

‘‘Dijangka pada permulaan April barulah akta ini dapat dikuatkuasakan dengan sepenuhnya dan semua peraturan yang digubal di dalamnya dapat dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Kitar Semula Peringkat Kebangsaan dan Ekspo Kitar Semula 2007 di Dataran Kemerdekaan di sini hari ini.

Utusan Malaysia 18 November 2007

No comments: