PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20071122

32. Fakta - 106,000 lepaskan kerakyatan Malaysia sejak Merdeka

Seramai 106,000 rakyat Malaysia telah melepaskan kerakyatan mereka sejak negara mencapai kemerdekaan sehingga kini, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Setiausaha Parlimen Kementerian Hal-Ehwal Dalam Negeri, Datuk Paduka Abdul Rahman Ibrahim berkata, antara sebab mereka melepaskan kerakyatan ialah mahu menjadi warganegara negara lain dan faktor pekerjaan yang menawarkan pendapatan lumayan.

“Sebab-sebab lain yang dikenal pasti ialah peluang persekolahan anak-anak yang lebih baik dan keadaan-keadaan lain yang mendorong mereka membuat pilihan secara sukarela,” katanya menjawab soalan Datuk Firdaus Muhammad Rom (BN-Rembau).

Menjawab soalan tambahan Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading), Abdul Rahman berkata, dari tahun 2000 hingga Disember tahun lepas, seramai 16,474 warganegara Malaysia telah melepaskan kewarganegaraan mereka di bawah Perkara 23 Perlembagaan Malaysia.

Daripada jumlah itu 14,316 orang adalah kaum Cina, Melayu (1,098 orang), India (822 orang) dan kaum-kaum lain (238 orang).

Beliau berkata, kerakyatan negara yang mereka pohon ialah India, Sri Lanka, Singapura, Jepun, Britain, Australia, Denmark, Pakistan, Kanada, Indonesia, Arab Saudi, Hong Kong, Amerika Syarikat, Taiwan, Thailand, Jerman dan New Zealand.

Negara lain yang turut menjadi pilihan mereka ialah Perancis, Sweden, Austria, Ireland, Belgium, Norway, Brunei, Switzerland, Itali, Mesir, Fiji, Filipina, Kenya, Korea, Finland, Cyprus, Belanda, Luxembourg, Venezuela dan Jordan.

- Bernama (Utusan Malaysia 22/11/2007)

No comments: