PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20071122

29. Jenayah - Minuman tin guna logo halal palsu




Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berjaya membongkar kegiatan sebuah syarikat memproses minuman dalam tin yang menggunakan logo halal palsu.

Kegiatan tersebut dikesan selepas sepasukan anggota penguat kuasa KPDNHEP melakukan serbuan ke atas sebuah kilang memproses minuman di Taman Selamat, Jalan Alma di sini hari ini.

Sebanyak 12 anggota KPDNHEP terlibat dalam serbuan kira-kira pukul 10.30 pagi itu dengan dibantu oleh anggota penguat kuasa dari Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Dalam serbuan itu, sebanyak 200,000 tin minuman pelbagai perisa jenama Keika disita bernilai kira-kira RM200,000.

Ketua Pegawai Penguat kuasa KPDNHEP, M. Guna Selan berkata, serbuan tersebut dilakukan selepas pihaknya mendapat aduan daripada Jakim bahawa syarikat pengeluar minuman berkenaan menggunakan logo halal tanpa kebenaran.

"Pemeriksaan yang dijalankan membuktikan syarikat ini melanggar peraturan di mana tiga jenis minuman dalam tin yang dikeluarkannya menggunakan logo halal Jakim tanpa kebenaran.

"Tiga lagi jenis minuman dalam tin termasuk satu dari jenis sama yang dibotolkan mempunyai sijil halal yang telah tamat tempoh, tetapi masih dikeluarkan dan dipasarkan," katanya ketika ditemui di lokasi serbuan di sini.

Guna Selan memberitahu, pihaknya sedang mengesan pemilik kilang berkenaan yang tiada di kilang berkenaan semasa serbuan dijalankan.

Beliau menambah, pemilik terbabit boleh didakwa mengikut Akta Perihal Dagangan 1972 atas kesalahan menggunakan logo halal Jakim tanpa kebenaran.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan dan Pendakwaan JAIPP, Jaafar Ismail yang turut serta dalam serbuan itu berkata, pihak kilang terbabit ada membuat permohonan untuk menyambung sijil halal tersebut yang telah tamat tempoh.

Bagaimanapun, katanya, pemeriksaan di kilang berkenaan menunjukkan ada beberapa faktor yang tidak memuaskan terutamanya dari segi kebersihan sehingga memaksa Jakim menarik semula sijil halal bagi tiga jenis minuman tersebut.

Utusan Malaysia 22/11/2007

No comments: