PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20071130

39. PENGGUNA TELEFON BIMBIT-BERHATI HATI

Worker may have been killed by mobile phone

SEOUL- A 33-year old South Korean quarry worker was found dead with a burning mobile phone stuck to his chest, police and the doctor who examined the man said yesterday.

The man, who was pronounced dead on arrival at a hospital, had burns on his chest, fractured ribs and internal bleeding, the doctor said.

"When he was admitted into the emergency room, the melted mobile phone was stuck to the left side of his shirt,"said Kim Hoon, professor at emergency department at Chungbuk National University Hospital, who examined the victim.
Ï cannot think of any cause of his death other than his mobile phone exploding, Kim Hoon said.

Police said they are investigating that as a possible cause and whetehr it was triggered by a faulty battery, Yonghap news agency reported. It will take about 10 days to complete the probe into what led to the death. - Reuters.

Borneo Post 30 November 2007 P.A2

20071129

36. Murid perempuan wajar dirotan

Beberapa pertubuhan guru dan ibu bapa bersetuju dengan saranan supaya murid perempuan yang melakukan kesalahan disiplin berat di sekolah boleh dirotan kerana yakin ia dapat membantu menangani masalah disiplin di kalangan murid sekolah.

Yang Dipertua Majlis Pemuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hasan, berkata langkah itu perlu kerana realitinya murid perempuan di sekolah tidak terkecuali melakukan kesalahan yang memerlukan bentuk hukuman setimpal.

“Tidak perlu dibeza-bezakan antara murid perempuan atau lelaki kerana setiap kesalahan dilakukan perlu dikenakan hukuman setimpal, termasuk merotan,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas laporan akhbar semalam yang memetik Seminar Peraturan-Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) Peringkat Kebangsaan 2007 yang berlangsung tiga hari di Kajang berakhir kelmarin menyarankan murid perempuan yang terbabit melakukan kesalahan disiplin berat di sekolah boleh dikenakan hukuman rotan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar pada sidang media selepas menutup seminar itu pula berkata, setakat ini murid perempuan yang melakukan kesalahan disiplin berat hanya diambil tindakan gantung atau buang sekolah.

Mohamad Ali yakin Kementerian Pelajaran akan meneliti semua aspek sebelum menguatkuasakannya dan pihaknya bersedia membantu mencari kaedah pelaksanaan terbaik.

Yang Dipertua Majlis Gabungan Guru Besar Malaysia, Zamzuri Zakaria, pula berkata apa juga tindakan guru, termasuk merotan bertujuan mendidik.

“Merotan tidak harus dijadikan amalan hukuman di sekolah dan ia hanya dilaksanakan sebagai pilihan terakhir berdasarkan garis panduan disediakan,” katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Persidangan Kebangsaan Pengetua Sekolah-sekolah Menengah Malaysia, Azam Md Atan mengakui cadangan merotan murid perempuan itu perlu kerana masalah disiplin mereka juga tidak kurang hebatnya.

Beliau yang tidak menafikan ada kes disiplin berat membabitkan murid perempuan termasuk merokok dan ponteng sekolah, berkata ada kala pihak sekolah serba salah dan sukar menentukan bentuk hukuman setimpal kerana tiada peraturan atau hukuman khas untuk mereka.

“Keadaan ini juga menyebabkan pelajar terbabit lebih berani dan berasa kebal walaupun melakukan pelbagai kesalahan kerana menganggap mereka tidak akan dihukum,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, Kementerian Pelajaran wajar membuat pindaan terhadap peraturan disiplin murid sedia ada yang dianggap terlalu lama dan memerlukan perubahan besar dalam membantu semua pihak menangani masalah disiplin murid secara lebih berkesan.

Berita Harian 29/11/07

20071128

34. Bermula dengan anda tingkatkan kesedaran HIV/AIDS

DIANGGARKAN sebanyak 39.5 juta orang di seluruh dunia hidup dengan virus HIV/AIDS. Pada tahun lalu sahaja, kira-kira 2.9 juta orang mati kerana AIDS di seluruh dunia.

HIV/AIDS merupakan salah satu cabaran kesihatan yang paling kronik dihadapi oleh dunia hari ini. Di Malaysia, sebanyak 76,389 kes HIV positif dilaporkan sejak tahun 1986 dan 9,155 daripadanya telah meninggal dunia akibat HIV/AIDS.

Peningkatan bilangan kes yang semakin membimbangkan ini tidak dapat ditampung lagi oleh bilangan doktor yang ada bagi membantu dan merawat pesakit HIV/AIDS.

Kebimbangan terhadap peningkatan kes telah mendorong syarikat farmaseutikal Merck Sharp & Dhome (MSD) Malaysia berkerjasama dengan Persatuan Perubatan HIV Malaysia (MaSHM) dan Majlis AIDS Malaysia (MAC) bagi mengadakan program Bermula Dengan Anda.

Menurut Pengarah MSD Malaysia, Ewe Kheng Huat, program itu dilancarkan untuk memenuhi keperluan menambah nisbah pakar perubatan dengan pesakit.

“Program ini akan melibatkan pelajar jurusan perubatan bagi menggalakkan mereka meningkatkan kesedaran dan pendidikan mengenai cabaran berkaitan kes HIV/AIDS di negara ini.

“Melalui program ini, pihak penganjur berharap penglibatan para pelajar akan merapatkan jurang-jurang yang dibina melalui tanggapan orang ramai dan pesakit sendiri mengenai HIV/AIDS,’’ katanya

Sementara itu, Presiden MaSHM, Dr. Christopher Lee berkata, sudah banyak program dilakukan sejak tahun 1986 untuk menangani isu HIV/AIDS di negara ini, namun mengubah persepsi dan ragam pemikiran pesakit, masyarakat dan ahli profesional tentang stigma dan diskriminasi terhadap HIV/AIDS menjadi penghalang kepada usaha menghadapi cabarannya.

“Melalui program yang direncana, kami berharap mampu menangani isu tersebut dengan penglibatan pelajar jurusan perubatan daripada peringkat awal lagi.

“Tanpa sokongan para pelajar, perjuangan menentang HIV/AIDS pada tahun-tahun akan datang tidak akan berjaya,’’ ujarnya.

Presiden MAC, Dr. Adeeba Kamarulzaman memberitahu, stigma dan diskriminasi terus menghalang pesakit daripada menampilkan diri bagi mendapatkan rawatan dan sokongan.

“Tanpa rawatan, pesakit akan menjadi terasing dan takut, tidak berpengetahuan dan gagal mendapat galakan bagaimana cara mengurus penyakit tersebut.

“Sungguhpun kemajuan daripada segi rawatan dan pendidikan, bilangan pesakit terus meningkat dan kes-kes baru didiagnosis setiap hari.

“Kemajuan diagnostik dan terapeutik perubatan HIV wajar disusuli dengan kemajuan yang sama dari segi semangat kemanusiaan dan komitmen semua pihak,’’ katanya.

Program Bermula Dengan Anda telah dimulakan pada tahun 2005 dengan menggabungkan kepakaran dan penglibatan MSD, MaSHM dan MAC, pelajar jurusan perubatan daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU).

Program perintis pada tahun 2005 adalah agenda ringkas yang bertujuan mendidik pelajar perubatan tentang senario HIV/AIDS terkini.

Pada tahun lalu, program tersebut telah dikembangkan untuk tinjauan lebih meluas dan seimbang, merangkumi perspektif rawatan, penglibatan organisasi bukan kerajaan dan pengalaman pesakit.

Bagi tahun ini, program bermula pada 24 November lalu menjurus kepada pertandingan fotografi di kalangan pelajar dari universiti-universiti yang turut serta bertemakan Hentikan AIDS:Kotakan Janji.

Para pemenang akan menerima hadiah wang tunai, plak dan pendaftaran untuk menghadiri Persidangan AIDS Kebangsaan Malaysia yang pertama kali diadakan sempena Hari AIDS Sedunia pada 1 Disember akan datang.

Penyertaan yang memenangi pertandingan akan dipamerkan di persidangan tersebut dan kempen dijangka akan menarik 300 pelajar jurusan perubatan dari IMU, UPM dan Pusat Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM).

20071122

32. Fakta - 106,000 lepaskan kerakyatan Malaysia sejak Merdeka

Seramai 106,000 rakyat Malaysia telah melepaskan kerakyatan mereka sejak negara mencapai kemerdekaan sehingga kini, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Setiausaha Parlimen Kementerian Hal-Ehwal Dalam Negeri, Datuk Paduka Abdul Rahman Ibrahim berkata, antara sebab mereka melepaskan kerakyatan ialah mahu menjadi warganegara negara lain dan faktor pekerjaan yang menawarkan pendapatan lumayan.

“Sebab-sebab lain yang dikenal pasti ialah peluang persekolahan anak-anak yang lebih baik dan keadaan-keadaan lain yang mendorong mereka membuat pilihan secara sukarela,” katanya menjawab soalan Datuk Firdaus Muhammad Rom (BN-Rembau).

Menjawab soalan tambahan Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading), Abdul Rahman berkata, dari tahun 2000 hingga Disember tahun lepas, seramai 16,474 warganegara Malaysia telah melepaskan kewarganegaraan mereka di bawah Perkara 23 Perlembagaan Malaysia.

Daripada jumlah itu 14,316 orang adalah kaum Cina, Melayu (1,098 orang), India (822 orang) dan kaum-kaum lain (238 orang).

Beliau berkata, kerakyatan negara yang mereka pohon ialah India, Sri Lanka, Singapura, Jepun, Britain, Australia, Denmark, Pakistan, Kanada, Indonesia, Arab Saudi, Hong Kong, Amerika Syarikat, Taiwan, Thailand, Jerman dan New Zealand.

Negara lain yang turut menjadi pilihan mereka ialah Perancis, Sweden, Austria, Ireland, Belgium, Norway, Brunei, Switzerland, Itali, Mesir, Fiji, Filipina, Kenya, Korea, Finland, Cyprus, Belanda, Luxembourg, Venezuela dan Jordan.

- Bernama (Utusan Malaysia 22/11/2007)

30. Ekonomi - ECER sediakan 560,000 peluang kerja

Projek-projek pembangunan yang akan dilaksanakan secara berperingkat di bawah Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dijangka mampu menyediakan lebih 560,000 peluang pekerjaan sehingga tahun 2020.

Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Romli Hassan berkata, jumlah itu adalah berdasarkan pasaran kerja melalui pelaksanaan 227 projek pembangunan di empat negeri terbabit iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan utara Johor.

Sehubungan itu, katanya, JTM sedang merangka pelan tindakan khusus bagi melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir bagi menyokong keperluan modal insan dalam pelaksanaan projek- projek berkenaan.

Katanya, dua lagi zon pembangunan ekonomi di Semenanjung iaitu Wilayah Ekonomi Koridor Utara (Koridor Utara) dan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) juga memerlukan tenaga kerja yang ramai.

“Dengan rancangan yang diatur, JTM akan dapat meningkatkan lagi kapasiti latihan dan beberapa kursus baru akan diwujudkan bagi memenuhi keperluan pasaran masa kini,” katanya kepada pemberita selepas majlis konvokesyen Institut Latihan JTM Wilayah Utara di sini hari ini.

Pada majlis itu, seramai 2,135 graduan menerima sijil dan diploma masing- masing meliputi beberapa kursus termasuk teknologi kejuruteraan, mekanik industri, teknologi pengeluaran, pembuatan, elektrikal dan jaminan kualiti.

Romli memberitahu, pelan tindakan tersebut juga meliputi pengenalan kursus-kursus baru termasuk teknologi maritim, penyelenggaraan kapal terbang, minyak dan gas, mikroelektronik dan hospitaliti.

Katanya, pengenalan kursus-kursus baru penting terutamanya dalam menyediakan keperluan guna tenaga dan menyokong Pelan Induk Perindustrian (PIP), sejajar dengan perkembangan ekonomi dan peningkatan pelabur asing.

“Pada masa yang sama, saya percaya JTM mampu menyediakan keperluan guna tenaga untuk menjayakan pelaksanaan projek-projek di ketiga-tiga zon pembangunan ekonomi berkenaan,” tambahnya.

Beliau memberitahu, kerajaan juga sudah meluluskan cadangan untuk membina Institut Latihan Perindustrian di Tanjung Malim, Perak, Marang (Terengganu), Sungai Petani (Kedah) selain Pusat Teknologi Tinggi (ADTEC) di Jerantut (Pahang), Kemaman (Terengganu) dan Bintulu (Sarawak).

Komen: JANGAN BANYAK KERJA SEMAKIN BANYAK PEKERJA ASING

29. Jenayah - Minuman tin guna logo halal palsu




Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berjaya membongkar kegiatan sebuah syarikat memproses minuman dalam tin yang menggunakan logo halal palsu.

Kegiatan tersebut dikesan selepas sepasukan anggota penguat kuasa KPDNHEP melakukan serbuan ke atas sebuah kilang memproses minuman di Taman Selamat, Jalan Alma di sini hari ini.

Sebanyak 12 anggota KPDNHEP terlibat dalam serbuan kira-kira pukul 10.30 pagi itu dengan dibantu oleh anggota penguat kuasa dari Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Dalam serbuan itu, sebanyak 200,000 tin minuman pelbagai perisa jenama Keika disita bernilai kira-kira RM200,000.

Ketua Pegawai Penguat kuasa KPDNHEP, M. Guna Selan berkata, serbuan tersebut dilakukan selepas pihaknya mendapat aduan daripada Jakim bahawa syarikat pengeluar minuman berkenaan menggunakan logo halal tanpa kebenaran.

"Pemeriksaan yang dijalankan membuktikan syarikat ini melanggar peraturan di mana tiga jenis minuman dalam tin yang dikeluarkannya menggunakan logo halal Jakim tanpa kebenaran.

"Tiga lagi jenis minuman dalam tin termasuk satu dari jenis sama yang dibotolkan mempunyai sijil halal yang telah tamat tempoh, tetapi masih dikeluarkan dan dipasarkan," katanya ketika ditemui di lokasi serbuan di sini.

Guna Selan memberitahu, pihaknya sedang mengesan pemilik kilang berkenaan yang tiada di kilang berkenaan semasa serbuan dijalankan.

Beliau menambah, pemilik terbabit boleh didakwa mengikut Akta Perihal Dagangan 1972 atas kesalahan menggunakan logo halal Jakim tanpa kebenaran.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan dan Pendakwaan JAIPP, Jaafar Ismail yang turut serta dalam serbuan itu berkata, pihak kilang terbabit ada membuat permohonan untuk menyambung sijil halal tersebut yang telah tamat tempoh.

Bagaimanapun, katanya, pemeriksaan di kilang berkenaan menunjukkan ada beberapa faktor yang tidak memuaskan terutamanya dari segi kebersihan sehingga memaksa Jakim menarik semula sijil halal bagi tiga jenis minuman tersebut.

Utusan Malaysia 22/11/2007

20071120

27. Ekonomi - Negara harus sedia hadapi harga minyak sebenar

Kerajaan tidak mahu negara berada dalam keadaan yang tidak bersedia menghadapi pelaksanaan harga sebenar minyak dan gas di peringkat domestik, sama paras dengan pasaran global.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, persediaan itu perlu dilakukan mulai dari sekarang bagi menghadapi keadaan sekiranya simpanan minyak negara terus berkurangan dan sistem subsidi sedia ada tidak lagi mampu bertahan.

Malaysia tidak boleh alpa dengan status pengeluar minyak sekarang, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muzakarah Penasihat Kewangan Islam KLIFF 2007 kedua, di sini hari ini.

Sebagai contoh, katanya, Indonesia sebuah negara anggota OPEC (Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum) yang pernah menjadi antara pengeksport minyak terbesar, kini adalah pengimport bersih minyak.

(Harga minyak mentah global hari ini meningkat sebanyak AS$0.95 (RM3.21) kepada AS$94.79 (RM320.54) setong di pasaran hadapan New York.)

Jadi, Malaysia perlu bersedia untuk menghadapi masa depan dan jangan fikir sebagai sebuah negara pengeluar minyak, Malaysia tidak perlu menaikkan harga minyak, katanya, sambil menyatakan sistem subsidi hari ini tidak lagi berdaya maju, tak berdaya tahan dan tidak boleh tahan.

“Adakah kita nak biarkan sahaja sampai masa itu datang dan kita tidak bersedia. Atau pun, kita membentuk satu sistem yang lebih berdaya maju, lebih berdaya tahan dan lebih menyerupai sistem di dunia,” katanya.

Menurut Awang Adek, Malaysia merupakan satu-satunya negara yang memberi subsidi sejumlah RM35 bilion, walaupun harga minyak di luar semakin melambung naik.

“Di dunia ini, tidak ada (negara yang memberi) subsidi sebanyak itu. Kita sahaja sudah (memberi subsidi) hampir RM40 bilion, kalau diambil kira harga minyak yang akan naik lagi,” katanya.

Awang Adek berkata, masyarakat sudah boleh menerima bahawa subsidi yang besar tidak boleh diteruskan kerana akan memberi kesan negatif kepada negara.

Petronas telah mengeluarkan subsidi hampir RM50 bilion untuk gas sahaja dalam masa 10 tahun lalu.

“Hari ini kita boleh bertahan kerana Petronas dapat bagi dividen. Tapi kita tahu hasil minyak dan gas ini tidak meningkat. Kita kena cari dan nak jumpa satu-satu (tempat yang mempunyai minyak) itu lambat. Tetapi permintaan penggunaan semakin meningkat,” katanya.

Bernama (Utusan Malaysia 20/11/07)

20071118

21. Pengusaha industri wajib kitar semula

Pengusaha industri tertentu akan diwajibkan mengambil balik bahan pembungkus produk mereka untuk dikitar semula atau dilupuskan melalui sistem terima balik apabila Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 dikuatkuasakan April tahun depan.

Antara pembungkus produk yang dicadang wajib diambil balik ialah pembungkus yang berasaskan plastik dan tin aluminium.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting berkata, melalui sistem terima balik itu juga, setiap pengeluar dan pengilang akan dikehendaki mengambil balik atau menerima semula daripada pembeli barangan yang telah luput jangka hayat dan tidak boleh digunakan lagi.

Beliau berkata, untuk memantapkan sistem terima balik itu, sistem bayaran balik deposit yang nilainya ditetapkan oleh kementerian turut akan diperkenalkan.

‘‘Semua sistem tersebut merupakan antara peraturan yang telah dibuat oleh kerajaan apabila Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 diwartakan pada 30 Ogos lalu.

‘‘Bagaimanapun peraturanperaturan tersebut dan yang sedang digubal ini akan ditapis lulus oleh Jabatan Peguam Negara bagi memastikan ia betul-betul membayangkan semangat akta supaya akta ini dibuat dengan tepat dan berkesan.

‘‘Dijangka pada permulaan April barulah akta ini dapat dikuatkuasakan dengan sepenuhnya dan semua peraturan yang digubal di dalamnya dapat dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Kitar Semula Peringkat Kebangsaan dan Ekspo Kitar Semula 2007 di Dataran Kemerdekaan di sini hari ini.

Utusan Malaysia 18 November 2007

20071115

16. Ke arah memupuk tabiat membaca

SEBAGAI remaja, kita perlu memupuk tabiat membaca untuk menambahkan ilmu pengetahuan, menajamkan pemikiran dan meningkatkan ketakwaan kepada Allah s.w.t.. Tamadun Islam itu sendiri bertunjangkan budaya ilmu yang berpandukan petunjuk al-Quran dan sunah.

Ilmuwan Islam terdahulu menghidupkan budaya ilmu melalui kegiatan membaca, bermuzakarah serta penulisan.

Wahyu pertama yang diterima oleh Nabi Muhammad s.a.w. iaitu ayat pertama surah al-Alaq ialah Iqra’ yang bermaksud Bacalah. Justeru Islam sendiri mengisyaratkan budaya membaca sebagai salah satu lorongan ke arah menuntut ilmu.

Terdapat remaja yang menyedari akan kebaikan membaca tetapi tidak mengamalkannya. Alasan yang diberikan adalah seperti ketiadaan minat membaca, sentiasa sibuk, halangan bahasa atau sebagainya. Maka persoalannya apakah kaedah yang boleh digunakan dalam usaha menyuburkan tabiat membaca.

Satu Buku Setiap Masa

Satu cara utama yang berkesan ialah dengan sentiasa membawa sebuah buku walau ke mana kita pergi. Apabila kita mempunyai masa senggang seperti ketika menunggu bas, buku tersebut boleh kita baca. Di samping mengisi masa, kita juga dapat menambah ilmu pengetahuan.

Tetapkan Matlamat Dalam Membaca

Kita boleh menetapkan matlamat dari segi berapa lama dalam sehari kita ingin membaca atau berapa banyak buku kita ingin membaca dalam sesuatu tempoh masa. Sebagai contoh kita boleh menetapkan matlamat untuk beristiqamah membaca sesebuah buku itu walaupun sekadar lima atau 10 minit sehari. Atau kita boleh meletakkan matlamat untuk menghabiskan pembacaan sebuah buku dalam sebulan.

Matlamat pembacaan tersebut haruslah mencabar tetapi realistik. Apabila tabiat membaca semakin bercambah, kita boleh menetapkan matlamat pembacaan yang lebih mencabar. Matlamat juga boleh ditulis di atas sehelai kertas dan ditampal di tempat yang mudah dilihat sebagai pencetus motivasi.

Pilih Buku Menarik Dan Bermutu

Membaca adalah satu pengalaman yang menyeronokkan, khasnya apabila buku tersebut adalah daripada genre yang diminati serta dapat difahami. Sekiranya buku tersebut begitu sukar difahami, kita mungkin cepat terasa jemu atau resah walaupun baru beberapa minit menatapnya.

Setelah kegiatan membaca telah menjadi tabiat, maka kita boleh memilih buku yang lebih mencabar. Namun sebagai permulaan, dapatkan buku yang buku yang sesuai dengan minat serta tahap kefahaman kita. Seperkara yang perlu diambil perhatian, buku yang dipilih perlulah mempunyai pengisian yang bermutu dan bukan sekadar bercorak picisan atau popular sahaja.

Melawat Perpustakaan, Kedai Buku

Perpustakaan atau kedai buku menyediakan pelbagai jenis buku daripada pelbagai genre. Remaja boleh menjadikan kegiatan mengunjungi perpustakaan atau kedai buku sebagai salah satu amalan mingguan.

Bagi remaja yang ke tempat tersebut, mereka boleh mengambil masa untuk mengimbas pelbagai buku di samping mencari buku dengan tajuk yang kelihatan menarik. Dengan mengimbas isi kandungan buku yang terpilih, remaja dapat mengenali pelbagai idea baru serta mendapat sebanyak mungkin maklumat.

Rumusan Buku Tugasan Pelajar

Para guru serta pensyarah boleh menugaskan pelajar mereka untuk membuat rumusan buku. Setiap pelajar boleh diberikan satu tajuk buku yang berbeza daripada yang diberi kepada pelajar-pelajar lain. Kemudian mereka boleh ditugaskan untuk membuat rumusan buku serta mengaitkannya dengan subjek diajar atau kehidupan seharian.

Melalui kaedah tersebut pelajar dapat didedahkan kepada bahan-bahan penulisan yang tinggi mutunya. Impaknya pelajar akan dapat mengenali lebih dekat serta dibiasakan dengan bahan ilmiah yang mencabar minda. Kelak diharapkan mereka dapat menemui keseronokan membaca bahan sedemikian dan akhirnya minat dan tabiat membaca dapat bercambah dengan sendirinya.

Tugasan mengaitkan buku yang dibaca dengan mata pelajaran diajar pula dapat melatih pelajar untuk berfikir secara kritis dan analitis. Maka ilmu yang didapati hasil pembacaan dapat dikembangkan lagi serta dapat diadaptasi dalam realiti kehidupan semasa. Hal ini turut dapat membantu menyelesaikan permasalahan pembelajaran yang bersifat teori yang kurang diminati oleh sesetengah pelajar.

Dalam usaha menyediakan senarai tajuk buku yang perlu dibaca oleh para pelajar, para guru juga perlu terlebih dahulu menelusuri buku-buku yang dicadangkan tersebut. Hal ini penting untuk guru tersebut bagi tujuan pemarkahan hasil kerja pelajar. Malah pada masa yang sama mereka juga dapat meningkatkan ilmu berkenaan subjek diajar lalu menyumbang ke arah pengajaran yang lebih berkesan serta menarik.

Kesimpulan

Saranan seperti di atas adalah sebahagian dari pelbagai lagi kaedah yang boleh dicuba ke arah meningkatkan tabiat membaca di kalangan remaja. Dengan menggunakan kreativiti sendiri, kita boleh memikirkan banyak lagi cara berguna yang boleh diaplikasikan untuk menanam tabiat membaca.

Namun sebanyak mana idea atau saranan bernas dapat dicetuskan tetapi seandainya tidak diikuti dengan tindakan, maka idea akan kekal menjadi idea dan kita akan terus kekal ditakuk lama tanpa ada perubahan. Justeru kepada para remaja, ayuh dapatkan sebuah buku sekarang dan jadikan ia teman setia anda!

15. Menangani disiplin remaja

MASALAH disiplin di kalangan pelajar sekali lagi menyentak perhatian seluruh rakyat Malaysia. Umumnya, guru-guru disiplin di sekolah barangkali terbiasa dengan kesalahan pelajar-pelajar seperti memonteng sekolah, melawan guru, menghisap rokok di sekolah dan sebagainya.

Namun, fenomena kini adalah amat membimbangkan kerana mengikut mengikut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), peratusan disiplin moral di kalangan pelajar walaupun menurun iaitu 1.74 peratus daripada 5.5 juta pelajar pada 2005 berbanding 2 peratus pada 2004, ia mewakili 100,000 bilangan pelajar daripada 5.5 juta.

Bilangan yang kecil ini sepatutnya tidak menyebabkan kita berasa selamat dan selesa. Sebabnya bilangan 100, 000 ini boleh mempengaruhi bilangan yang ramai itu. Banyak faktor yang mempengaruhi perlakuan remaja melakukan salah laku moral ini dan beberapa pihak harus sama-sama menangani permasalahan ini.

Faktor-faktor salah laku disiplin

Rata-rata remaja yang bermasalah datang daripada keluarga yang tidak bahagia dan kucar-kacir. Rumah bukan syurga untuk mereka meluahkan perasaan dan berkongsi pengalaman. Kurangnya perhatian daripada ibu bapa menjadikan anak-anak lepas bebas untuk membuat keputusan sendiri.

Lebih menyedihkan jika ada anak- anak yang membesar dengan asyik melihat pertengkaran dan pergaduhan di rumah mereka. Ketiadaan saluran yang betul untuk meluahkan perasaan tidakpuas hati remaja mendorong remaja ini untuk meluahkannya bersama rakan sebaya di luar rumah, terutamanya di sekolah. Akibatnya kepincangan dari rumah dibawa ke sekolah dan masalah amat sukar diatasi melainkan akar masalah tersebut dapat diatasi.

Selain itu remaja juga mengalami fasa perubahan, di mana kadangkala remaja mengalami masalah konflik diri dan mencari-cari identiti diri. Keperluan diri mula bertambah dan remaja mula meminta pandangannya dihormati sedangkan sekelilingnya menolak. Kurangnya pengetahuan dalam mengawal emosi menyebabkan remaja memberontak dan kadangkala bertindak di luar batasan. Emosi remaja umumnya tidak stabil pada peringkat ini dan kefahaman yang tinggi daripada ibu bapanya amatlah perlu dalam menangani sebarang isu yang dikemukakan.

Remaja yang bermasalah juga seringkali berada di bawah pengaruh rakan yang memberi contoh tidak baik.

Ketiadaan sokongan, nasihat dan pemantauan yang berterusan menyebabkan kecenderungan remaja melakukan perkara-perkara yang tidak baik lebih kuat. Banyak masa dihabiskan di sekolah, justeru rakan-rakan adalah terdekat yang mereka ikuti. Guru-guru mempunyai keterbatasan waktu, dalam mengimbangi tugas menghabiskan subjek dan mendidik pelajar.

Fahaman bahawa rakan-rakan lebih memahami perasaan mereka menyebabkan remaja lebih mempercayai rakan-rakan dalam membuat suatu keputusan. Budaya berseronok dan suka mencuba sesuatu yang baru juga antara lain menjadi faktor penggalak kepada permasalahan ini.

Maka langkah-langkah yang proaktif dan kolektif harus diambil untuk menangani masalah ini. Kerajaan pada tahun lalu telah mencadangkan suatu jawatankuasa untuk membendung permasalahan ini iaitu Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin untuk memerangi masalah disiplin pelajar melalui 10 kementerian. Kementerian itu ialah Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dan Kementerian Penerangan.

Langkah ini seharusnya disambut dengan kerjasama yang baik daripada semua pihak untuk menjayakannya. Namun begitu, langkah-langkah untuk menangani masalah disiplin pelajar perlu dilakukan secara menyeluruh (holistik) dan memerlukan perhatian seluruh lapisan sosial dan masyarakat.

Peranan remaja

* Mencari kawan sebaya (peers) yang betul. Umumnya, remaja banyak menghabiskan masa di sekolah bersama rakan-rakan. Pemilihan rakan sebaya yang betul dapat mengelakkan daripada terpengaruh dengan unsur-unsur yang salah. Rakan yang baik adalah rakan yang mengingatkan kita semasa kita tersalah arah dan laku. Selalunya rakan-rakan terdiri daripada orang yang sebaya dan bersependapat dalam banyak hal. Maka remaja harus berhati-hati dalam memilih rakan.

* Mendapatkan bantuan jika ada masalah. Remaja perlu mendapatkan nasihat daripada orang lain selain rakan sebaya jika menghadapi masalah di rumah atau dengan rakan-rakan. Kebanyakan remaja lebih suka mendiamkan diri dengan masalah mereka ataupun hanya menceritakan kepada rakan sebaya. Akibatnya, kadangkala langkah yang diambil menjadi masalah kepada orang lain kerana tidak selari dengan tuntutan agama dan undang-undang. Berbincang dengan kaunselor atau guru dapat membantu sekiranya ibu bapa dan penjaga tidak memahami masalah remaja.

* Berusaha menjadi contoh yang baik. Sikap ini harus ada pada setiap remaja kerana ia dapat membantu remaja untuk mengawal diri. Sekurang-kurangnya jka tidak boleh menjadi contoh yang baik kepada orang lain, jadilah contoh dalam ahli keluarga sendiri dan juga pada diri sendiri. Rasa bersalah sekiranya melakukan kesalahan harus dibayar dengan azam untuk tidak mengulanginya lagi dan tidak berharap orang yang terdekat melakukannya.

Peranan sekolah

* Subjek yang diajar harus ada nilai tambah, iaitu menerapkan nilai-nilai murni dalam setiap kelas. Kelas boleh dijalankan dengan interaktif supaya pelajar lebih berminat untuk datang ke sekolah dan meneruskan kelas. Elemen subjek agama dan sivik seharusnya ada dalam setiap subjek supaya remaja akan terdidik dengan nilai-nilai murni dalam setiap apa yang dipelajarinya.

* Sentiasa berbincang dengan ibu bapa. Guru kelas boleh mengambil langkah yang proaktif dengan menyelidik latar belakang pelajar-pelajar kelasnya dan menghubungi ibu bapa untuk berbincang jika timbul apa-apa masalah yang boleh membawa kepada perlakuan disiplin. Melabel murid jahat bukanlah penyelesaiannya, tetapi guru seharusnya berusaha untuk memahami punca pelajar bertindak sedemikian. Guru kaunseling juga harus ditambah kerana pelajar boleh merujuk kepada mereka di atas apa-apa masalah yang mereka hadapi.

Peranan Keluarga

* Contoh yang baik. Ibu bapa perlu menunjukkan contoh yang baik untuk diteladani. Elakkan pertengkaran di hadapan anak-anak serta perlakuan yang menyebabkan anak-anak berdendam dan tidak berpuas hati. Setiap ibu bapa pastinya menginginkan anak-anak mereka menjadi baik, tetapi ibu bapa seharusnya terlebih dahulu menunjukkan teladan yang baik untuk diikuti. Selain itu ibubapa harus prihatin dengan pergerakan serta rakan anak-anak untuk mengelakkan kejadian yang tidak di ingini berlaku.

* Berusaha memahami keperluan emosi dan jasmani anak-anak. Boleh dikatakan masalah banyak berpunca daripada masalah dalaman iaitu masalah keperluan psikologi. Justeru itu adalah wajar bagi ibu bapa untuk mempelajari keperluan psikologi anak-anak dan cara-cara menangani setiap isu. Ibu bapa juga harus berperanan memperlengkapkan anak-anak dengan ilmu agama dan kekuatan spiritual supaya lebih kuat berdepan dengan cabaran-cabaran masa kini.

Peranan masyarakat dan media

* Masyarakat juga harus berperanan dalam hal ini. Membantu remaja-remaja yang bermasalah seharusnya bermula dengan memahami situasi keluarga remaja berkenaan. Jiran-jiran misalnya boleh membantu dalam mengenal pasti remaja yang bermasalah dan cuba membawa mereka ke jalan yang baik melalui teguran yang berhemah. Media massa juga dapat membantu dari segi pengisian rancangan di televisyen, radio dan juga di suratkhabar. Program-program yang disediakan seharusnya lebih berinformatif dan menjana pemikiran remaja.

Kesimpulan

Dalam hal ini, semua pihak harus menanganinya secara kolektif dan bijaksana. Aliran fahaman remaja berubah dari zaman ke zaman dan cara menanganinya akan turut berubah. Ibu bapa, pihak sekolah, masyarakat dan media harus sentiasa menyumbang kepada penyelesaian masalah ini. Menghadapi cabaran globalisasi yang tiada sempadan ini memungkinkan semua maklumat sama ada baik atau benar disalurkan secara terus kepada remaja.

Remaja mungkin mempunyai akses melakukan apa yang mereka mahu, tetapi hanya dengan keimanan yang tinggi dan kesedaran sivik.

20071113

6. SEJARAH MALAYSIA

Pengaruh Hindu-Buddha

Lokasi Tanah Melayu yang strategik di persimpangan antara Timur dan Barat, telah menarik minat ramai pengembara dari seluruh pelosok dunia. Bukti sejarah menunjukkan Tamadun Purba seperti batu bersurat yang dijumpai di Lembah Bujang dan Lembah Merbok di Negeri Kedah menandakan sejarah silam wujudnya kerajaan-kerajaan Negara Kota di Tanah Melayu bermula sejak awal kurun Masihi, yang mempunyai pengaruh Hindu-Buddha dari Negara India dan China.

Kesultanan Melayu Melaka (1400-1511)

Pada abad ke-14, pedagang-pedagang Islam dari Timur Tengah dan India belayar ke Tanah Melayu dan telah memperkenalkan Agama Islam kepada penduduk tempatan. Penerimaan Agama Islam oleh Sultan Melaka telah memudahkan Islam tersebar kepada hampir seluruh masyarakat Melayu di seluruh negara. Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka juga telah mewujudkan hubungan perdagangan dengan negeri China.

Penjajahan Portugis (1511-1641)

Pada tahun 1511, Melaka diserang Portugis kerana perdagangan rempah ratusnya dan telah mengakibatkan kejatuhan pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka. Penjajahan diperkenalkan Portugis menyebabkan juga kemasukan agama Kristian Katolik kepada penduduk tempatan.

Penjajahan Belanda (1641-1824)

Kuasa terhadap pemerintahan Melaka telah bertukar kepada orang-orang Belanda pada tahun 1641. Persaingan dan perebutan British-Belanda ke atas perluasan kuasa dan tanah jajahan di Asia menyebabkan kedua-dua kuasa ini menandatangani Perjanjian Inggeris-Belanda (Perjanjian London) pada tahun 1824 dan Melaka menjadi wilayah penguasaan British secara rasmi.

Penjajahan Inggeris (1824-1942)

Pihak Inggeris pula telah datang pada penhujung abad ke-18, ketika bermulanya Revolusi Eropah. melaka telah menubuhkan tanah Jajahan bagi negeri-negeri Semenanjung yang dikenali sebagai Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Tanah Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu serta mencampuri urusan pentadbiran Negeri-negeri Melayu yang dahulunya merdeka. Sementara itu, pada waktu yang sama, pihak Inggeris juga mempunyai pengaruh ke atas Sabah dan Sarawak. Sabah menjadi negri di bawah perlindungan British North Borneo Chartered Company, manakala, keluarga Brooke memerintah Sarawak sebagai White Rajah bermakna Raja Putih.

Penjajahan Jepun (1942-1945)

Pada tahun 1941, Jepun telah memerintah Malaya selama kira-kira tiga tahun sebelum mereka menyerah kalah kepada Tentera Bersekutu selepas pengeboman Hiroshima dan Nagasaki.

Parti Komunis Malaya (PKM)
Parti Komunis Malaya (PKM) melalui Bintang Tiga (berfahaman komunis) cuba menguasai Tanah Melayu selepas tentera Jepun berundur dari Tanah Melayu pada 15 Ogos 1945.

Penjajahan Semula Inggeris (19450-1957)

Pada bulan September 1945, British kembali semula ke Tanah Melayu sebaik sahaja Perang Dunia Ke-II dan berusaha mengawal keadaan dengan memerangi Kumpulan Berideologi komunis.

Darurat (17 Jun 1948-31 Julai 1960)
darurat merujuk kepada suatu situasi huru-hara di Tanah Melayu yang dicetuskan oleh PKM. darurat telah diisytiharkan pada 17 Jun 1948 dan tamat pada 31 Julai 1960. British berjaya memperkenalkan Rancangan Briggs dan Rancangan Templer serta PKM diharamkan pada 23 Julai 1948. Semua rancangan tersebut adalah untuk melumpuhkan aktiviti ganas PKM dan memulihkan semula keadaan di Tanah Melayu.

Perjuangan Menuntut Kemerdekaan

Pada awal tahun 1956, satu persidangan telah diadakan di London untuk membincangkan Kemerdekaan Malaya. Antara lain telah dipersetujui untuk melantik Suruhanjaya Perlembagaan bagi merangka satu Perlembagaan untuk pemerintahn sendiri sepenuhnya dan kemerdekaan dalam Komanwel tidak lewat daripada bulan Ogos, 1957.

Perisytiharan Kemerdekaan

Pada tanggal 31 Ogos 1957, Malaysia telah ditubuhkan dengan kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura. Walau bagaimanapun, Singapura telah menarik diri dari menyertai Persektuan pada 7 Ogos 1965 untuk menjadi sebuah kerajaan yang merdeka.

Negara Malaysia

Malaysia terdiri dari 13 buah negeri dan 1 kerajaan Persekutuan (Wilayah Persekutuan). 9 dari negeri-negeri di Semenanjung Malaysia adalah dibawah pemerintahan Raja-Raja Melayu (Sultan). Pemerintahan Raja Berpelembagaan diketuai oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang dilantik di antara sembilan orang Raja-Raja Melayu mengikut susunan setiap lima tahun. Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen yang diselenggarakan oleh Jemaah Menteri diketuai oleh Perdana Menteri. Pilihan Raya Umum diadakan setiap lima tahun sekali. Parti yang memerintah sekarang, Parti Barisan Nasional merupakan parti campuran terdiri dari berberapa parti politik yang mewakili berbagai kumpulan etnik.

20071108

3. What are the signs and symptoms of AIDS?

Basic Answer: Only a doctor can tell if someone has AIDS (a result of HIV infection). At first, many people with HIV begin by having flu-like symptoms, followed by no signs or symptoms at all. Later, some people may have severe or prolonged--

Fever
Fatigue
Diarrhea
Skin rashes
Night sweats
Loss of appetite
Swollen lymph glands
Significant weight loss
White spots in the mouth or vaginal discharge (signs of yeast infection)
Memory or movement problems

Detailed Answer: AIDS is a result of HIV infection. People with HIV have different signs and symptoms as their infection progresses. Only a doctor can tell what the signs and symptoms mean. At first, many people with HIV have flu-like symptoms, followed by a period of no symptoms at all. As a result, people may not even know they have HIV infection. Later, some people may have severe or prolonged--

Fever
Fatigue
Diarrhea
Skin rashes
Night sweats
Loss of appetite
Swollen lymph glands
Significant weight loss
White spots in the mouth or vaginal discharge (signs of yeast infection)
Memory or movement problems

People with HIV may suffer from a variety of opportunistic infections, as well as from cancers (including invasive cervical cancer in women, Kaposi’s sarcoma and lymphoma), pneumonias and tuberculosis. Many of these illnesses do not readily occur in someone with a healthy immune system. In addition, people with AIDS may have trouble with certain body organs, such as the lungs, liver, kidneys, intestines and heart. Each person with AIDS may have a distinct set of signs and symptoms.
People need to know the following:

Even if they look and feel healthy, all HIV-positive people (even those who are on combination drug therapy) should be considered able to infect others with the virus.
Having the signs or symptoms listed above may indicate symptomatic HIV infection or AIDS.

SOURCES:

Centers for Disease Control and Prevention. MMWR, 2002; vol. 51, no. RR-8. "Guidelines for Preventing Opportunistic Infections Among HIV-Infected Persons--2002: Recommendations of the U.S. Public Health Service and the Infectious Diseases Society of America."
Centers for Disease Control and Prevention. MMWR, 1998; vol. 47, no. RR-5. "Report of the NIH Panel to Define Principles of Therapy of HIV Infection."
DeVita, V., Jr., et al., eds. AIDS: Etiology, Diagnosis, Treatment and Prevention, 4th ed. 1997.

2. PENGUNDI BARU, MENDAFTAR LAH SEKARANG


KENAPA ANDA PERLU MENDAFTAR ?



Untuk mendapat hak anda mengundi dalam pilihan raya serta menggunakan hak anda sebagai seorang warganegara.

SIAPA YANG LAYAK MENJADI PEMILIH ?
• Warganegara Malaysia;
• Sudah mencapai umur 21 tahun;
• Menetap di mana-mana Bahagian Pilihan Raya di Malaysia; dan
• Tidak hilang kelayakan.

BAGAIMANA UNTUK MENDAFTAR ?
• Pergi sendiri ke Pusat Pendaftaran;
• Bawa bersama Kad Pengenalan anda;
• Pastikan Borang A diisi dengan betul oleh petugas sebelum anda menandatangani borang; dan
• Simpan satu salinan borang berkenaan sebagai bukti pendaftaran anda.

DI MANA BOLEH MENDAFTAR ?
• Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
• Pejabat-pejabat Pilihan Raya Negeri
• Semua Pejabat Pos Berkomputer di seluruh negara;
• Unit bergerak Suruhanjaya;
• Tempat-tempat lain yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya sebagai Pusat Pendaftaran.

TEMPOH URUSAN PENDAFTARAN PEMILIH
Anda boleh mendaftar pada waktu pejabat di sepanjang tahun.

20071101

1. Masukkan kreativiti, elemen seronok dalam proses pelajaran

SISTEM pendidikan di Malaysia telah mengalami beberapa anjakan paradigma dalam usaha menyampaikan maklumat daripada pengajar kepada pelajar. Pelancaran Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 menuntut agar semua pihak berganding bahu untuk sama-sama merencanakan teras strategi PIPP ke arah membina negara bangsa; membangunkan modal insan; memperkasakan sekolah kebangsaan; merapatkan jurang pendidikan; memartabatkan profesion keguruan; dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan.

Sekiranya semua elemen ini berjaya dilaksanakan dengan baik maka sistem pendidikan negara akan menjadi lebih dinamik dan akan melahirkan pelajarpelajar yang berkualiti dan berketerampilan serta mampu berdiri sama tinggi di peringkat antarabangsa.

Namun begitu, amaran oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar kepada pelajar-pelajar sekolah supaya jangan ponteng sekolah dilihat sebagai sesuatu yang tidak kena dengan sistem pendidikan negara.

Pada 26 Julai 2006, sebagai Timbalan Menteri Pelajaran, Noh Omar muncul dengan kenyataan bahawa Kementerian Pelajaran akan memperluaskan penubuhan Pasukan Petugas Antiponteng ke seluruh negara sebagai satu pendekatan baru untuk mengatasi gejala ponteng dan lepak di kalangan pelajar sekolah.

Keputusan tersebut diambil berikutan hingga kini pihak guru disiplin, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak mempunyai kuasa di bawah Ordinan Pelajaran 1957 untuk menahan pelajar ponteng atau lepak.

Isu ponteng di kalangan pelajar ini dengan nyata menunjukkan bahawa sistem pendidikan negara sudah tidak menyeronokkan lagi disebabkan berorientasikan peperiksaan.

Hakikatnya, kepintaran serta kecerdasan setiap individu pelajar berbeza jika lemah akademik sekalipun mereka mempunyai kemahiran lain.

Kemahiran lain ini tidak semestinya dalam bidang akademik semata-mata tetapi melibatkan kecenderungan dalam bidang teknik, vokasional serta bidang seni dengan memberi penekanan kepada penyediaan pendidikan yang inovatif dan kreatif setanding dengan sistem pendidikan di negara-negara maju.

Sistem pendidikan yang berkonsepkan kerjasama misalnya boleh dijadikan modul pengajaran di kalangan pelajar. Ini penting kerana logiknya, kesedaran bahawa keadaan di luar bilik darjah memerlukan lebih banyak aktiviti kolaboratif yang menggunakan kerja-kerja berpasukan dalam kehidupan seharian dan juga kesedaran tentang nilai interaksi sosial yang kreatif untuk menjadikan pembelajaran lebih bermakna.

Pelajar bekerja dalam kumpulan yang kecil dan yang lebih penting ialah tahap interaksi yang mendalam dan bersepakat, bertukar idea dengan pelajar lain bagi meningkatkan mutu pembelajaran yang bermakna dan mengekalkannya. Ini juga akan menggalakkan kemahiran berfikir dan interaksi secara kreatif antara pelajar. Aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dilaksanakan melalui pembelajaran koperatif adalah seperti permainan, simulasi dan pembelajaran kemahiran.

Pada umumnya di negara-negara maju, konsep sistem pendidikan kreatif yang menitikberatkan emosi para pelajar agar sentiasa fokus kepada pengajaran dan pembelajaran dilihat membolehkan pelajar menjadi lebih bermaklumat, mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam, lebih berfikir serta pada masa yang sama menggalakkan budaya berfikir secara kritis dan kreatif serta lebih aktif mencari dan menguji ilmu serta menjalankan penyelidikan.

Sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan harus diubah dengan memasukkan elemen kreatif dan menyeronokkan agar para pelajar tidak merasa bosan dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang mengabaikan unsur kekreatifan.

Langkah ini harus dilaksanakan jika hasrat yang terkandung dalam Misi Nasional dan penekanan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang menetapkan pembangunan modal insan yang memiliki minda kelas pertama hendak digapai. Harus diingat bahawa gagasan ini mungkin sukar atau tidak akan berjaya, sehinggalah pelajar digilap dengan elemen kreatif yang diselitkan dalam sistem pendidikan itu sendiri.


Petikan - Utusan Malaysia 31 Oktober 2007