PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20100315

Skim pencen pekerja swasta 2011

Caruman KWSP tak cukup tampung kehidupan selepas bersara: Subramaniam

Kira-kira 11 juta individu pekerja swasta dan persendirian dijangka menikmati skim pencen mulai pertengahan tahun depan bagi membolehkan mereka mempunyai saraan hari tua.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, berkata Pertubuhan Keselamatan Sosial Malaysia (Perkeso) sedang merangka skim pencen itu, mirip skim pencen sektor awam, terutama bagi golongan berpendapatan rendah. “Kajian mendapati jangka hayat rakyat Malaysia kini semakin meningkat, sehingga menyebabkan ramai warga tua yang memasuki kategori miskin tegar selepas menghabiskan wang simpanan tua mereka dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Malah, ada banyak kes ibu bapa tidak mendapat pembelaan sewajarnya daripada anak mereka kerana keadaan sosioekonomi yang sudah berubah dan terpaksa mencari perlindungan di rumah orang tua.

“Golongan miskin ini memerlukan jaringan keselamatan sosial mirip kepada skim pencen sektor awam. Jadi, kerajaan memutuskan sudah tiba masanya pekerja swasta dan persendirian turut mempunyai skim pencen apabila bersara,” katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis penyampaian sijil program latihan kemahiran anjuran Wanita MIC di sini, semalam.

Subramaniam berkata, caruman KWSP sebahagian besar pekerja biasa atau berpendapatan sederhana tidak mencukupi untuk menampung kehidupan mereka selepas bersara.
“Bagaimanapun, untuk melaksanakan skim pencen swasta itu kita perlu meminda akta berkaitan dan kaji kadar sumbangan Perkeso yang setimpal bagi membolehkan penerimaan pencen munasabah mengikut keperluan semasa. Saya jangka satu kerangka asas dapat disiapkan pada pertengahan tahun depan untuk pertimbangan kerajaan.

“Selain itu, kementerian saya juga sedang menyelaras skim bantuan khusus bagi mereka yang diberhentikan kerja,” katanya.

Dr Subramaniam berkata, potongan 2.25 peratus daripada gaji, termasuk 0.5 peratus sumbangan pekerja sekarang, adalah untuk skim insurans yang hanya dibayar apabila seseorang hilang upaya kekal.

Jelas beliau, individu bekerja sendiri pula tidak mempunyai skop masa bekerja yang khusus manakala lokasi tempat kerja mereka sukar ditentukan, sekali gus memerlukan rumusan lebih terperinci sebelum skim pencen bersesuaian dapat dilaksanakan.

Katanya, modul yang diguna pakai negara Scandinavia, di mana seseorang pekerja menyumbang 30 hingga 40 peratus daripada gaji bulanan untuk skim pencen didapati tidak sesuai digunakan di negara ini kerana perbezaan tangga gaji dan faktor sosioekonomi.

No comments: