PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20100324

KESAN KEMASUKAN AWARGA ASING YANG TIDAK DIKAWAL

KEMASUKAN warga asing secara tidak sah sudah tentu menyusahkan banyak pihak. Ia pastinya menjejaskan aspek keselamatan, kesan sosioekonomi serta perkhidmatan kesihatan. Mereka yang menyelinap melalui laluan haram kerana nampak peluang rezeki di bumi Malaysia secara langsung merampas peluang yang sepatutnya diraih oleh penduduk tempatan.

Warga asing yang berstatus PATI ini turut mendedahkan rakyat kita kepada risiko penyakit berjangkit lantar mereka tiada saringan kesihatan. Mereka juga menyumbang kepada peningkatan jenayah serta masalah sosial.

Dalam menangani warga asing yang tidak dikehendaki di negara kita, kerajaan terpaksa mengeluarkan biaya yang bukan sedikit. Operasi memberkas, menahan walaupun secara sementara di depoh sebelum menghantar mereka ke negara asal, semuanya melibatkan kos.

Semasa di negara kita juga, mereka banyak memperoleh kemudahan yang sepatutnya dinikmati oleh penduduk tempatan. Ia termasuklah subsidi bahan makanan, petrol dan perkhidmatan kesihatan awam.

Jadi, tumpuan perlu diberikan kepada soal membendung kemasukan rakyat asing secara haram ke negara kita. Kita mahu satu masa kelak, peruntukan yang saban tahun diberikan bagi menguruskan PATI, dapat disalurkan kepada kebajikan rakyat kita.

No comments: