Program homestay atau inap desa semakin mendapat tempat di kalangan para pelancong terutamanya dari luar negara.
Malah, program itu menjadi salah satu produk pelancongan utama bagi menarik pelancong luar yang mahu melihat secara dekat serta merasai sendiri pengalaman dan gaya kehidupan rakyat pelbagai kaum di negara ini.
Maka, tidak menghairankan ada di kalangan penduduk di negeri ini turut mengambil peluang daripada perkembangan industri homestay dengan menawarkan perkhidmatan untuk program tersebut.
Kebiasaannya, pelancong yang mengikuti program berkenaan akan menginap bersama pemilik rumah bagi tempoh tertentu, makan bersama di samping menjalani aktiviti bersama tuan rumah yang secara tidak langsung mengeratkan hubungan antara penduduk dengan pelancong.
No comments:
Post a Comment