PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20100308

Akta Kerja 1955 akan dipinda

7 Mac – Kerajaan akan meminda Akta Kerja 1955 bagi membolehkan golongan suri rumah, pelajar dan orang kurang upaya (OKU) diserap sebagai pekerja separuh masa bagi mengisi keperluan dalam sektor pekerjaan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Senator Datuk Maznah Mazlan berkata, sejurus pindaan akta itu dibuat, golongan berkenaan bakal menikmati beberapa faedah termasuk berhak mendapat cuti bersalin, cuti perayaan selain pembiayaan kos perubatan.

Beliau memberitahu, buat masa ini, pihaknya masih dalam proses terakhir menyiapkan draf bagi pindaan akta tersebut.

‘‘Langkah itu dilakukan kerajaan dalam usaha mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga kerja asing berikutan penurunan jumlah pekerja asing berdaftar di negara ini daripada dua juta orang pada 2008 kepada 1.6 juta orang,” katanya.

Beliau menyatakan demikian selepas merasmikan pelancaran Rangkaian Pemasaran di Auditorium Mahyuddin, Fakulti Pengurusan Ekonomi, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini hari ini.

Turut hadir Naib Canselor UMT, Prof. Aziz Deraman.

Program itu merupakan anjuran bersama Jabatan Pengurusan dan Pemasaran (JPP) universiti berkenaan dengan MarkPlus Institute of Marketing (MIM).

Mengulas lanjut, Maznah berkata, jika tidak dibendung kemasukan pekerja asing, jumlahnya mungkin meningkat lagi terutama apabila ekonomi semakin pulih.

Beliau menambah, kerajaan mendapati golongan suri rumah berpotensi untuk menyumbang dalam sektor pekerjaan di negara ini selain tenaga pelajar dan OKU.

Menurutnya, buat masa ini terdapat 6.5 juta tenaga kerja di negara ini dan daripada jumlah itu, hampir 47 peratus membabitkan golongan wanita.

“Jika kita tingkatkan jumlah pekerja wanita kepada 60 peratus, kita akan ada tenaga kerja yang berpotensi di kalangan mereka,” ujarnya.

Maznah juga menambah, setakat ini, sebanyak 143,000 peluang pekerjaan untuk pelbagai peringkat jawatan disediakan kerajaan dan mereka yang berminat boleh melayari laman web portal, JobsMalaysia.gov.my.

No comments: