PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20080530

AirAsia untung RM110 juta

AirAsia Bhd. (AirAsia) mencatatkan peningkatan keuntungan sebelum cukai sebanyak 156 peratus kepada RM110 juta bagi suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Mac 2008 berbanding RM43 juta untuk tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Menurut AirAsia, bagi tempoh yang sama, perolehan syarikat penerbangan tambang murah itu turut meningkat kepada RM535 juta berbanding RM406 juta.

Pertumbuhan positif itu didorong oleh jumlah penumpang yang tinggi, iaitu naik sebanyak 21 peratus pada tempoh itu selain sumbangan daripada pendapatan tambahan.

Tambang purata melonjak sebanyak 10 peratus kepada RM189 berbanding RM171 yang dicatatkan pada suku pertama 2007.

Jumlah pertambahan penumpang dan faktor muatan penumpang juga turut menyumbang kepada peningkatan lagi hasil syarikat.

Akta umur persaraan 58 tahun dilulus, berkuatkuasa 1 Julai 2008

Lanjutan usia pencen dianggap peluang kakitangan awam tabur bakti, jasa kepada negara

Dewan Rakyat semalam meluluskan pindaan kepada Akta Pencen 1980 yang diberi nama Akta Pencen (Pindaan) 2008 bagi membolehkan umur persaraan kakitangan awam dilanjutkan daripada 56 kepada 58 tahun, berkuat kuasa 1 Julai ini.

Akta itu membabitkan pegawai dan kakitangan yang bekerja sepenuh masa, namun mereka diberi pilihan untuk bersara pada umur persaraan wajib, 55 atau 56 tahun seperti pilihan mereka sebelum 1 Julai ini.

Kerajaan juga akan menimbangkan untuk melanjutkan umur persaraan sehingga 60 tahun secara berperingkat.

20080529

Dua harga jual petrol, diesel

Kerajaan mungkin melaksanakan sistem harga berperingkat bagi petrol dan diesel untuk kenderaan yang didaftarkan di negara ini serta negara asing, dalam usaha memastikan subsidi yang diberikan hanya dinikmati rakyat tempatan.

Melalui sistem harga berperingkat itu, semua pemilik kenderaan yang didaftarkan di luar negara perlu membeli petrol atau diesel mengikut harga pasaran dunia jika memasuki negara ini.

Pelaksanaan langkah itu dapat membantu memastikan hanya rakyat tempatan menikmati subsidi minyak yang diberikan kerajaan, manakala kenderaan asing dikehendaki membayar harga penuh (mengikut pasaran semasa).

Malaysia yakin capai sasaran KDNK 5 hingga 6 peratus

Malaysia berkeyakinan mencapai pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) lima hingga enam peratus disebabkan pengurusan ekonomi yang berhemat, tanpa perlu mempunyai satu pelan rangsangan ekonomi, kata Menteri Kewangan II, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Katanya, negara sudah mencapai satu pertumbuhan menggalakkan bagi suku tahun pertama 2008 yang melepasi angka sasaran awal antara lima hingga enam dari KDNK.

“Untuk suku pertama kita mencapai lebih dari anggaran itu, semua sektor menunjukkan prestasi yang baik, termasuk sektor pertanian, pembinaan, pembuatan dan perkhidmatan yang menunjukkan pertumbuhan yang positif.”

“Pada masa ini, kita akan menguruskan langkah untuk menjana ekonomi tetapi tidak memerlukan satu pelan yang khusus sebab kita bukan dalam keadaan lembab...kita berada dalam trend pertumbuhan, saya sangat positif kita akan mencapai sasaran lima hingga enam peratus berasaskan dengan dasar yang kita ambil dan laksanakan menerusi pengurusan berhati-hati dan berhemat ekonomi kita,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri penyampaian anugerah kecemerlangan kementerian itu di sini hari ini.

Semalam, Bank Negara Malaysia mengumumkan bahawa ekonomi berkembang pada kadar tahunan lebih cepat dari yang dijangka 7.1 peratus dalam suku tahun pertama, yang dirangsang oleh permintaan domestik dan eksport.

“Kita memang dapat memperolehi satu kadar pertumbuhan yang memberangsangkan (dan) kita memang gembira 7.1 peratus (pada suku tahun pertama) walaupun pada awal tahun kita memaklumkan bahawa kadar pertumbuhan 2008 dianggarkan di antara lima hingga enam peratus," katanya.

- Bernama

20080528

Siaran langsung sidang Dewan Negara mulai Isnin ini

Selepas sesi soal jawab lisan persidangan Dewan Rakyat disiarkan secara langsung oleh RTM1, sesi persidangan Dewan Negara pula akan disiarkan secara langsung mulai Isnin ini.

Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata siaran langsung setengah jam itu akan menggantikan slot sesi soal jawab Dewan Rakyat yang disiarkan pada masa kini.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi sebagai menjawab persoalan yang dibangkitkan Senator Datuk Wira Syed Ali Abbas Al-Habshee semasa perbahasan usul menjunjung kasih Titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Negara, yang menuntut persidangan Dewan Negara turut diberi peluang untuk muncul di kaca televisyen.

Dewan Negara bersidang dari 26 Mei hingga 4 Jun.

Terdahulu, Syed Ali, yang mencelah meminta pandangan Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir semasa perbahasan itu, melahirkan rasa terkilan kerana persidangan Dewan Negara yang juga komponen kedua tertinggi dalam struktur Parlimen tidak diberikan peluang sama seperti mana yang diberikan Dewan Rakyat.

- Bernama

Jangan spekulasi minyak naik 1 Jun

27 Mei - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta semua pihak tidak membuat spekulasi bahawa harga minyak akan naik pada 1 Jun ini.

Sebaliknya beliau berkata, kerajaan menerima banyak cadangan untuk menangani inflasi dan kesemua cadangan tersebut perlu dikaji oleh Kabinet terlebih dulu.

Ekonomi : Malaysia catat KDNK 7.1% suku pertama

Malaysia mencatatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 7.1 peratus pada suku pertama 2008.

28/05/2008 6:17pm UM.

Langkah atasi krisis minyak Jumaat 30 Mei 2008 ini

Kerajaan dijangka mengumumkan beberapa langkah bagi mengurangkan kesan kenaikan harga minyak terhadap rakyat dan ekonomi negara selepas mesyuarat Jemaah Menteri, Jumaat ini, kata Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata, mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Menangani Inflasi yang dipengerusikannya kelmarin membentangkan beberapa cadangan berhubung perkara itu dan ia akan diputuskan dalam mesyuarat Kabinet pada Jumaat.

30,757 lepasan SPM ke IPTA tahun 2008 ini.

9,000 tempat penuntut Program Persediaan, selebihnya pelajar Program Diploma

Kerajaan menawarkan 30,757 tempat untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan yang setaraf dengannya untuk mengikuti program diploma serta persediaan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi sesi akademik 2008/2009.

Jumlah itu meningkat 17.2 peratus atau 5,281 tempat berbanding 25,476 yang ditawarkan mengikuti program berkenaan di

Program yang ditawarkan IPTA bagi lepasan SPM dan setaraf untuk sesi akademik 2008/2009 itu membabitkan 169 program dengan 36 daripadanya Persediaan (Asasi/Tamhidi), manakala 133 lagi diploma.

Kerajaan mensasarkan 50 peratus rakyat lingkungan 17 hingga 23 tahun berkelulusan pendidikan tinggi menjelang 2020, berbanding 36 peratus ketika ini.

20080527

PERTAHANKAN WILAYAH

PERSEMPADANAN maritim sejak sekian lama ditetapkan berdasarkan konvensyen tradisi dengan merujuk kepada sejarah dan asal-usul persempadanan negara yang terbentuk sewaktu zaman penjajahan.

Justeru apabila wujudnya tuntutan ber- tindih ke atas sesebuah pulau yang menjadi tanda aras kepada persempadanan maritim antarabangsa, fakta sejarah akan menjadi rujukan utama dalam menentukan kedaulatannya ke atas sesebuah negara.

Menguatkan tuntutan sesebuah negara seperti yang berlaku dalam kes Batu Putih, apabila ia diuruskan oleh Singapura termasuk membina rumah api dan menjalankan aktiviti yang menunjukkan kehadiran negara berkenaan di pulau ter- sebut.

Dalam pertimbangan seperti itu, jarak pulau yang dituntut tidak lagi menjadi faktor utama biarpun dalam ukuran pemetaan, pulau berkenaan lebih dekat dengan negara yang dinafikan kedaulatannya berbanding negara yang diberikan hak.

Merentasi zaman, setiap negara ketika ini bagaimanapun perlu menetapkan sempadan maritim secara terperinci mengikut lunas-lunas yang termaktub di bawah undang-undang laut antarabangsa (UNCLOS III) atau juga disebut Konvensyen Undang-Undang Laut (KUUL) 1982.
Dalam mematuhi lunas-lunas berhubung persempadanan maritim negara itu, Malaysia ketika ini telah pun menggariskan lokasi titik-titik pangkal negara di bawah Akta Garis Pangkal Zon Maritim 2006 yang akan diwartakan tidak lama lagi.

Ia mengguna pendekatan prinsip garis pangkal lurus (straight base line) seperti yang termaktub di bawah KUUL sekali gus membolehkannya diterima pakai di peringkat antarabangsa.

Garis Pangkal dan Titik Pangkal itu kemudiannya perlu dideposit kepada Per- tubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selewat-lewatnya pada tahun hadapan bagi membolehkan negara melebarkan wilayah perairan berlandaskan lokasi titik pangkal yang dikenal pasti oleh Pusat Hidrografi Negara (PHN) dan Jabatan Pemetaan (JUPEM).

Bagaimanapun bagi bahagian perairan selatan semenanjung berikutan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menyerahkan Batu Putih kepada Singapura, kedudukan garis pangkal yang terbentuk di bawah zon maritim negara di kawasan itu adalah bersifat separuh (partial submittion) dan pembahagian sempadan akan ditentukan oleh jawatankuasa teknikal kedua-dua negara.

Dengan kewujudan akta itu nanti, ia membolehkan negara luar melihat dengan jelas di mana kedudukan wilayah perairan negara seterusnya mengelak pertikaian mengenai persempadanan maritim antarabangsa atau pertindihan tuntutan pulau-pulau tertentu pada masa depan.

Pertindihan sedia ada di Laut China Selatan dan Laut Sulawesi bagaimanapun dijangka berterusan meskipun dengan adanya akta ini, memandangkan isu berkenaan telah timbul lebih awal berdasarkan wilayah maritim negara berdasarkan peta lama.

Sejauh mana perubahan terhadap pe- ta lama dengan wujudnya Akta Garis Pangkal Zon Maritim 2006 itu nanti juga menjadi isu yang bakal mengundang rundingan lanjut khususnya dengan negara jiran.

Melihat kepada situasi negara ketika ini, Dekan Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Madya Dr. Nasrudin Mohammed berkata, Malaysia sebenarnya agak ketinggalan dalam isu persempadanan maritim.

Malah, tuntutan-tuntutan bertindih ke atas kedaulatan pulau yang sebelum ini dirasakan milik Malaysia juga adalah satu prosedur yang baru dan asing buat negara.

Justeru ujar beliau, apabila perkara itu dibangkitkan seperti yang berlaku dalam kes tuntutan Batu Putih, negara ter- paksa mendepaninya dengan situasi yang agak kelam kabut kerana kurangnya pe- ngetahuan dan pemahaman mengenai perkara tersebut.

MembanterasKes tuntutan pulau atau lebih tepat kedaulatan persempadanan maritim bermula apabila berlakunya serangan lanun secara berterusan ke atas nelayan dan kapal perdagangan yang melalui perairan Selat Melaka.

Ancaman maritim itu menimbulkan pertikaian di kalangan negara di rantau ini berhubung negara manakah yang se- harusnya memastikan keselamatan perairan tersebut seterusnya membanteras aktiviti lanun.

Ia kemudiannya membawa kepada tindakan negara-negara tertentu membina rumah api di pulau itu dan tanpa sebarang bantahan dari mana-mana negara, aktiviti di pulau tersebut dipertingkatkan.

"Justeru apabila wujud tuntutan bertindih berhubung kedaulatan pulau itu seperti yang berlaku dalam kes Batu Putih, perundangan pastinya memihak kepada negara yang menunjukkan kehadiran dan mengesahkan kedudukan mereka di pulau berkenaan sejak sekian lama," katanya.

Menurut Nasrudin, disebabkan pertindihan tuntutan pulau melibatkan persempadanan dan kedaulatan negara, ia memberikan impak yang cukup besar dan melibatkan soal masa depan, lebih- lebih lagi dalam percaturan politik antarabangsa.

Untuk itu jelasnya, kerajaan perlu merangka satu tindakan menyeluruh dengan segera berhubung persempadanan maritim bagi memastikan kes kehilangan kedaulatan Batu Putih tidak berulang dalam kes tuntutan bertindih lain yang sedang dihadapi ketika ini.

Dalam menetapkan persempadanan maritim negara pula seperti yang dijelaskan oleh Lt. Jeneral (B), Datuk Seri Zaini Mohd. Said, selain perlu berlandaskan kepada persetujuan undang-undang maritim antarabangsa, ia juga seharusnya mengambil kira undang-undang negara selain mendapat persetujuan bersama daripada negara jiran.

Namun dalam situasi ketika ini tambah bekas Panglima Medan Tentera Darat itu, tidak ada penetapan sempadan maritim yang dipersetujui oleh dua buah negara bersempadan menyebabkan ia ditentukan secara unilateral atau hanya sebelah pihak sahaja.

"Justeru, pihak maritim dan jabatan laut perlu menandakan sempadan perairan negara sebagai panduan kepada nelayan supaya tidak memasuki kawasan yang di tetapkan bagi mengelak se- barang kejadian yang tidak diingini," je- lasnya.

Merujuk kepada situasi di Pulau Pisang, Zaini berkata, kerajaan perlu berunding dengan Singapura untuk mengambil alih pengurusan rumah api yang dibangunkan oleh negara berkenaan sejak sekian lama.

Meskipun kedudukan Pulau Pisang itu terletak di wilayah maritim negara, namun apa yang dibimbangkan ia bakal mencetuskan satu lagi tuntutan bertindih dengan Singapura pada masa depan.

Mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku dalam kehilangan kedaulatan ke atas Batu Putih, kerajaan ujar beliau, perlu bertindak segera membangunkan pulau itu sekali gus mempertahankan kedaulatan wilayah yang merupakan hak negara.

BNM kekalkan OPR 3.50 peratus

26 Mei - Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengambil keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.50 peratus.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, BNM menyatakan ekonomi terus menunjukkan prestasi yang baik dalam tempoh suku pertama 2008, didorong oleh permintaan dalam negeri yang kukuh.

Ia berkata, walaupun eksport barangan elektrik dan elektronik telah berkurangan, eksport bersih terus mapan, disokong oleh eksport komoditi dan barangan perkilangan berasaskan sumber yang lebih kukuh.

"Bagaimanapun, sekarang ini terdapat bukti tanda-tanda yang lebih jelas pertumbuhan ekonomi utama dunia menjadi perlahan. Pertumbuhan ekonomi yang sederhana ini dijangka akan memberi kesan terhadap ekonomi serantau termasuk Malaysia pada separuh kedua tahun ini," katanya.

BNM menyatakan meskipun terdapat petunjuk pertumbuhan global yang perlahan, harga komoditi dan makanan meningkat secara berterusan.

Ia berkata, harga minyak telah meningkat dalam beberapa minggu kebelakangan ini dan inflasi harga pengguna dalam negeri meningkat kepada tiga peratus pada April 2008 dan didorong terutamanya oleh harga makanan yang lebih tinggi.

"Terdapat risiko peningkatan yang kukuh bagi inflasi global disebabkan harga makanan dan tenaga yang terus tinggi.

"Sementara tekanan sebegitu dijangka akan menurun sekiranya pertumbuhan global menjadi sederhana, tekanan harga dalam negeri dijangka berterusan dalam tempoh terdekat," katanya.

- Bernama

Kerajaan beri penekanan terhadap media baru

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan memberikan penekanan yang lebih kepada aspek media baru seperti blog dalam usaha untuk memastikan rakyat menerima maklumat yang tepat.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ia perlu memandangkan tohmahan yang dilemparkan kepada kerajaan melalui platform media baru telah membawa kesan diluar jangkaan seperti yang dapat dilihat melalui keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu.

"Kita sememangnya telah terlepas pandang kaedah terbaik untuk menguruskan media baru (sebelum ini), saya juga mengakui kita tidak terlalu arif akan kaedah untuk berhadapan dan meneutralkan tohmahan yang dilemparkan melalui teknologi baru," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab selepas merasmikan Sidang Kemuncak Media Asia di sini hari ini.

- Utusan

20080526

Kerajaan kaji keledek ganti beras

KRISIS MAKANAN: Ketua Pengarah Mardi, Datuk Dr. Shukur Abdul Rahman (kanan) memberi penerangan kepada Mustapha mengenai keledek Vitato di Gong Macang, Besut.

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui Institut Pembangunan dan Penyelidikan Pertanian (Mardi) sedang mengkaji cadangan menjadikan keledek bervitamin (Vitato) sebagai makanan alternatif menggantikan beras bagi mengurangkan kebergantungan kepada makanan berasaskan beras sekali gus menangani krisis kekurangan bekalan itu.

Menterinya, Datuk Mustapa Mohamed, berkata Mardi kini dalam penyelidikan melihat penerimaannya di kalangan pengguna termasuk mengkaji sama ada ia mempunyai zat dan khasiat yang sama dengan beras.

"Jika tidak ada bezanya khasiat Vitato dengan beras dan boleh dijadikan makanan alternatif menggantikan beras, maka ia boleh digunakan kerana ketika ini harga beras yang paling murah adalah RM1.80 sekilogram (sekg) sedangkan harga sekg Vitato cuma antara 80 sen hingga RM1.00.

"Jika lebih murah, ia boleh dijadikan alternatif.. kita bukan nak ganti sepenuhnya cuma selang selikan pengambilan pada waktu pagi atau malam," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Projek Tanaman Keledek Vitato di Kampung Gong Machang, di sini semalam.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Rozi Mamat dan Ahli Parlimen Setiu, Datuk Mohd Jidin Shafee serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jertih, Datuk Seri Idris Jusoh. Mustapa berkata, selain itu Mardi juga sedang mengkaji potensi memproses Vitato untuk dijadikan tepung bagi menggantikan penggunaan tepung gandum untuk kegunaan harian rakyat Malaysia.


Katanya, jika Vitato boleh diproses dan berupaya menggantikan penggunaan tepung gandum, ia boleh mengurangkan kebergantungan terhadap gandum yang kos mengimportnya setiap tahun untuk dijadikan tepung mencecah ratusan juta ringgit.

Terdahulu, Mustapa menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) kontrak pemasaran di antara empat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) bagi memasarkan Vitato.

Katanya, kontrak pemasaran itu dapat menjamin pasaran dan hasil jualan Vitato yang dikeluarkan oleh empat PPK terbabit. Ia membabitkan PPK Pelagat dan Setiu di Terengganu dan PPK Bachok Utara serta Kandis di Kelantan.


Subsidi minyak ikut cc kenderaan

Fomca cadang harga petrol berdasarkan jenis kenderaan

Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) mencadangkan supaya pemberian subsidi petrol dilakukan mengikut kuasa enjin kereta (cc) yang digunakan pengguna.

Pengarah Komunikasi Fomca, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata langkah itu bagi memberi keadilan kepada mereka yang tidak berkemampuan yang kebanyakannya menggunakan kereta berkuasa rendah.

"Apa yang berlaku ketika ini, mereka yang mampu membeli kereta besar membayar harga petrol sama dengan pemilik kereta kecil," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata, langkah itu adalah antara cadangan dikemukakan Fomca pada dialog bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengenai skim subsidi minyak untuk dinikmati penduduk negara ini. Mohd Yusof berkata, kerajaan perlu menetapkan tempoh sekurang-kurangnya 10 tahun kepada pengguna jika mahu menghapuskan subsidi minyak dinikmati selama ini supaya segala tindakan untuk mengurangkan beban dapat diambil dalam tempoh itu.

Beliau berkata, langkah itu juga membolehkan kerajaan mencari bahan api serta tenaga alternatif menggantikan minyak.

"Di negara maju, penggunaan bahan api untuk kenderaan persendirian berjaya dikurangkan melalui perkhidmatan pengangkutan awam yang berkesan sebagai langkah awal. Ia dipertingkatkan dengan menyepadukan semua kaedah pengangkutan menjadi satu entiti yang berkesan," katanya.

Beliau berkata, tempoh masa tertentu diperlukan rakyat supaya tiada kenaikan mendadak terhadap kos kehidupan sekiranya subsidi minyak dihapuskan.

Sambil menegaskan pengumuman beberapa langkah kerajaan sejak kebelakangan ini dilihat mampu mengatasi masalah itu, Mohd Yusof yakin demonstrasi seperti berlaku di Indonesia berikutan kenaikan harga bahan apinya sehingga 30 peratus, tidak akan berlaku di negara ini.

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan akan mengkaji dan memperhalusi semula skim subsidi minyak ketika ini berikutan kenaikan harga minyak di pasaran dunia, mengikut kaedah yang tidak membebankan rakyat terutama berpendapatan rendah.

Sebelum ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad, dilaporkan berkata pengguna negara ini dijangka menikmati harga petrol biasa lebih rendah tidak lama lagi, berikutan cadangan kerajaan untuk menstruktur semula jenis petrol di pasaran dan pemberian lebih banyak subsidi bagi petrol biasa. Shahrir berkata, perubahan harga petrol itu akan dibuat melalui kajian semula subsidi petrol di pasaran seperti petrol berplumbum dan tanpa plumbum, iaitu RON 92 dan RON 97.

20080525

'Keputusan ICJ cetus pertindihan hak'

Keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda semalam yang memberikan Singapura hak ke atas Pulau Batu Puteh, manakala Batuan Tengah menjadi milik Malaysia, mungkin boleh mencetuskan isu pertindihan hak kawasan antara kedua-dua negara. Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, berkata isu pertindihan hak kawasan antara Malaysia dan Singapura itu timbul berikutan kedudukan Pulau Batu Puteh dan Pulau Batuan Tengah yang terlalu hampir antara satu sama lain.

"Agak menarik keputusan ICJ kerana kedua-dua pulau ini berdekatan tetapi kedaulatan berlainan," katanya pada sidang media selepas merasmikan kedai rekaan landskap Massif Design di Taman Universiti, Skudai, di sini, semalam.

ICJ melalui pengundian 12-4 yang berpihak kepada Singapura terhadap hak kedaulatan Pulau Batu Puteh, manakala Malaysia pula melalui pengundian 15-1 diberikan hak kedaulatan Pulau Batuan Tengah. Pulau Batu Puteh sebesar separuh padang bola sepak terletak kira-kira 12.8 kilometer (km) dari Pengerang, Johor dan 64 km ke Timur Singapura.

Jarak antara Batuan Tengah dengan Pulau Batu Puteh ialah 0.96 km, manakala Terumbu Karang Selatan dengan Pulau Batu Puteh kira-kira 4 km. Berikutan itu, kata Ghani, Johor menyerahkan kepada Kerajaan Pusat untuk membuat keputusan seterusnya terhadap pulau Batuan Tengah selepas sah ia menjadi hak Malaysia.

Katanya, Kerajaan Pusat mempunyai kuasa penuh untuk melaksanakan apa juga bentuk pembangunan yang mungkin boleh dijalankan di pulau berhampiran Teluk Ramunia, Pengerang itu.

Ghani berkata, Johor berpendapat Malaysia dan Singapura perlu menunggu rumusan terperinci daripada Jawatankuasa Teknikal sebelum mengambil sebarang tindakan terhadap kedua-dua pulau yang sah menjadi hak masing-masing itu bagi mengelak pertindihan hak kewilayahan.

"Saya percaya jawatankuasa itu akan membuat pertimbangan terbaik dan mengambil kira semua aspek, terutama berkaitan hak dan kawasan perairan serta kesannya terhadap subjek lain termasuk kegiatan nelayan di Pengerang.

"Johor menerima keputusan ICJ dengan hati terbuka dan yang jelas ialah kedaulatan Johor khususnya daripada segi sejarah adalah tepat dan benar terhadap semua pulau yang ada di situ dan Singapura sendiri. Daripada aspek sejarah, kedaulatan Johor diterima ICJ," katanya.

Selain Batu Puteh, beliau berkata setakat ini tidak ada lagi pulau di negeri ini yang mempunyai masalah berbangkit, terutama berkaitan tuntutan hak milik dan kedaulatan membabitkan Johor dengan negara lain. Katanya, Pulau Pisang di Pontian tidak menghadapi masalah tuntutan hak dari negara lain kerana jelas pulau itu adalah hak milik Johor berdasarkan kepada pendaftaran tanah yang dilakukan di negeri ini.

"Kita tidak menghadapi masalah pertikaian hak dan kedaulatan berhubung Pulau Pisang kerana ia adalah sah milik Johor dan tidak boleh dituntut negara lain," katanya.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia berkata, proses menentukan garis sempadan baru antara kedua-dua negara mungkin mengambil sedikit masa.

"Sebelum ini Pulau Batu Puteh adalah garis sempadan yang memisahkan negara kita dengan negara jiran itu dan kini ia sudah pasti berubah," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Bagaimanapun, jurucakap itu mengakui tindakan segera perlu diambil bagi menentukan sempadan baru maritim negara.

"Saya percaya, ketika ini sudah pasti ramai nelayan yang tidak akan pergi ke kawasan sana (Pulau Batu Puteh dan Batuan Tengah) kerana bimbang kemungkinan tersilap masuk ke perairan negara jiran itu," katanya.

Batu Puteh hak Singapura

Penghakiman setebal 81 halaman putuskan Batuan Tengah milik Malaysia

THE HAQUE: Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) semalam memutuskan Singapura mempunyai hak ke atas Pulau Batu Puteh, manakala Batuan Tengah yang terletak tidak sampai satu kilometer dari pulau itu milik Malaysia. Bagaimanapun, ICJ memutuskan hak milik Tubir Selatan, kira-kira empat kilometer dari Pulau Batu Puteh, akan ditentukan mengikut persempadanan perairan negara yang menguasainya.

Penghakiman setebal 81 halaman itu yang dibacakan oleh Naib Presiden ICJ, Hakim Awn Shawkat Al-Khasawneh, selama kira-kira sejam 45 minit mulai 10 pagi itu, (4 petang waktu Malaysia), menamatkan pertikaian lebih 28 tahun oleh kedua-dua negara ke atas muka bumi itu.

Dalam keputusan berhubung Pulau Batu Puteh yang dikenali di Singapura sebagai Pedra Blanca, 12 hakim memihak kepada Singapura manakala empat Malaysia, Batuan Tengah (15-1). Bagi Tubir Selatan ICJ mengundi 15-1, ia hak negara yang memiliki perairannya.

Mereka mengiktiraf tuntutan Kesultanan Johor terhadap hak kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh serta dua lagi, tetapi mengambil kira bahawa lebih 100 tahun Malaysia tidak berbuat apa-apa untuk menunjukkan haknya ke atas pulau itu.

Selain itu, surat Penolong Setiausaha kerajaan Johor pada 1953 kepada Singapura yang tidak menuntut hak milik ke atas Pulau Batu Puteh, dianggap mahkamah sebagai pengakuan penyerahan kedaulatan pulau berkenaan kepada republik itu.

Keputusan ICJ yang juga badan perundangan tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu, adalah muktamad dan mengikat kedua-dua negara serta tidak boleh dirayu lagi.

Keputusan itu disiarkan secara langsung oleh RTM1. Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim yang mengetuai rombongan Malaysia mendengar penghakiman itu, menyifatkan keputusan berkenaan sebagai menang-menang kerana Singapura tidak memperoleh semua yang dituntut, sebaliknya Malaysia diberi hak kedaulatan ke atas Batuan Tengah.

Sehubungan itu, katanya, Jawatankuasa Teknikal yang dibentuk kedua-dua negara bagi mengkaji hasil keputusan itu akan memulakan segera mesyuarat untuk mencari kaedah penyelesaian kedudukan Tubir Selatan, yang tidak diputuskan pemiliknya dalam penghakiman berkenaan.

ICJ mula membicarakan tuntutan terhadap Pulau Batu Puteh pada 6 November 2007.

Dokumen ratifikasi perjanjian khas untuk memeterai persetujuan kedua-dua negara membawa dan menerima sebarang keputusan ICJ berhubung kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan itu ditandatangani Malaysia dan Singapura pada 6 Februari 2003 ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

Ini kali kedua ICJ membuat keputusan berhubung tuntutan wilayah bertindih membabitkan Malaysia. Pada Disember 2002, ICJ memutuskan Malaysia mempunyai hak kedaulatan terhadap Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan di pantai Sabah, yang turut dituntut Indonesia.

Dalam menolak tuntutan Singapura ke atas Batuan Tengah, Awn Shawkat berkata, 15 hakim mendapati hak milik asal Batuan Tengah perlu dikekal kepada Malaysia sebagai pengganti Kesultanan Johor.

Beliau berkata, mahkamah tidak menerima tuntutan Singapura berhubung negara yang memiliki kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh, sekali gus mempunyai hak yang sama ke atas Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

Berhubung Pulau Batu Puteh, mahkamah menerima hujah Malaysia bahawa Kesultanan Johor mempunyai hak kedaulatan ke atas pulau berkenaan bermula sebelum 1800 hingga 1840 dan melalui surat pegawai kanan kerajaan Johor hak itu diserahkan kepada kerajaan British Singapura pada 1953.

"Mahkamah memutuskan Kesultanan Johor mempunyai hak milik asal ke atas Pulau Batu Puteh dan hak itu disokong serta disahkan melalui tindakan Sultan Johor mengambil tindakan ke atas Orang Laut yang tinggal di kepulauan di Selat Singapura termasuk Pulau Batu Puteh serta menjadi kawasan marin itu tempat penginapan mereka," katanya.

Katanya, hak kedaulatan pulau berkenaan terus berada di bawah Kesultanan Johor melalui perjanjian British-Belanda 1824, Triti Crawfurd 1824 dan apabila Sultan Johor bersetuju menyerahkan Singapura kepada Syarikat Hindia Timur (EIC).

Mengenai kedudukan perundangan ke atas pulau itu selepas 1840, Awn Shawkat berkata, mahkamah menimbang fakta yang berkaitan, terutama mengenai kegiatan atau tindakan yang dilakukan oleh pihak terbabit dalam tempoh itu.

"Kami meneliti kejadian yang berlaku dalam tempoh itu seperti proses pembinaan rumah api dan kegiatan yang berlaku pada 1852-1952, iaitu pengenalan peraturan mengenai rumah api serta sistem lampu selat, perkembangan perlembagaan Malaysia dan Singapura serta peraturan perikanan Johor pada 1860 tetapi semuanya tidak dapat membantu memuktamadkan kes di depan mahkamah ini.

"Bagaimanapun, mahkamah mengambil kira surat Penolong Setiausaha Kerajaan Johor dan mentafsirkan sebagai satu yang amat penting untuk menentukan persefahaman perkembangan kedua-dua pihak berhubung kedaulatan Pulau Batu Puteh.

"Justeru mahkamah mendapati surat jawapan Johor itu menunjukkan sejak 1953 lagi negeri itu sedar ia tidak lagi mempunyai hak kedaulatan ke atas pulau berkenaan," katanya.

Awn Shawkat berkata, mahkamah akhirnya meneliti tindakan atau kegiatan yang dilakukan kedua-dua pihak selepas 1953 dan membuat kesimpulan tindakan tertentu seperti penyiasatan Singapura berhubung kapal karam dalam perairannya, permohonan kebenaran pegawai Malaysia membuat kerja ukur di perairan pulau itu, sebagai tindak-tanduk melaksanakan hak kedaulatan.

Selain itu, katanya, mahkamah menimbang tindakan pihak lain yang menyokong tuntutan Singapura seperti tindakan Malaysia mendiamkan diri apabila Singapura mengibarkan bendera di Pulau Batu Puteh, pemasangan alat komunikasi tentera pada 1977, cadangan kerja penambakan laut, penerbitan tertentu serta peta.

Berdasarkan fakta itu, katanya, mahkamah memutuskan bahawa Singapura sudah mempunyai hak kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh sejak 1980, iaitu tarikh pertikaian kes itu bermula.

INFO: Pulau Batu Puteh

Pulau Batu Puteh sebesar separuh padang bola sepak itu terletak kira-kira 12.8 kilometer (km) dari Pengerang, Johor dan 64 km ke timur Singapura.

Batuan Tengah dan Tubir Selatan secara geologi bersambung dengan Pulau Batu Puteh.

Jarak di antara Batuan Tengah dengan Pulau Batu Puteh ialah 0.96 kilometer manakala Tubir Selatan dengan Pulau Batu Puteh kira-kira empat kilometer.

Malaysia dan Singapura bersetuju membawa kes itu ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 2003 ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

ICJ mula membicarakan tuntutan terhadap pulau itu pada 6 November 2007.

Delegasi Malaysia terdiri daripada ejen, Tan Sri Abdul Kadir Mohamad; ejen bersama, Datuk Noor Farida Ariffin; Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Tan Sri Rastam Mohd Isa dan wakil kerajaan Johor, Datuk Hamsan Saringat.

Delegasi Singapura pula terdiri daripada Timbalan Perdana Menterinya, S Jayakumar; Ketua Hakim Negara, Chan Sek Keong; Peguam Negara, Chao Hick Tin dan ejennya, Prof Tommy Koh.

20080521

Ikrar setia pada PM - Ahli-ahli Parlimen UMNO mahu Abdullah terus terajui parti, negara

20 Mei – Ahli- ahli Parlimen UMNO berikrar akan terus kekal dalam parti dan setia dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menerajui parti dan negara.

Mereka memberi jaminan tidak akan mengikut jejak langkah bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengisytiharkan keluar daripada UMNO semalam.

Ikrar ini dilafazkan dalam pertemuan ahli-ahli Parlimen UMNO dengan Perdana Menteri di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, pertemuan yang berlangsung hampir sejam itu menyaksikan beberapa ahli Parlimen berucap dengan mereka sepakat menegaskan bahawa tindakan Dr. Mahathir itu bukanlah satu isu.

Kata beliau, berikutan itu mereka memberi jaminan akan terus berkhidmat bersama UMNO dan memberi sokongan tidak berbelah-bahagi kepada Abdullah untuk memimpin UMNO, Barisan Nasional (BN) dan negara.

‘‘Malah Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) mewakili yang hadir bangun memaklumkan bahawa tidak ada dalam pengetahuan akan ada dalam kalangan mereka yang akan meninggalkan parti bersabit dengan gesaan Dr. Mahathir.

‘‘Sebaliknya mereka mengulangi ikrar kepada Perdana Menteri bahawa ‘kami tidak akan tinggalkan UMNO sebaliknya akan terus tinggal dalam UMNO’,” katanya pada sidang akhbar selepas pertemuan di lobi bangunan Parlimen hari ini.

Menurut Mohamed Nazri, pertemuan tersebut dihadiri kira-kira 95 peratus daripada ahli Parlimen UMNO termasuk kebanyakan anggota Kabinet.

Namun Mohamed Nazri tidak pasti secara tepat sama ada pertemuan tersebut turut dihadiri oleh Mukhriz (BN-Jerlun).

‘‘Kita tak catit kehadiran pula, mencari siapa yang hadir, siapa yang tak hadir.

“Mengenai Mukhriz, dia juga Ahli Parlimen UMNO jadi tak perlulah hendak meletakkan beliau seolah-olah kita semua marah kepada dia, kita tak diskriminasi sesiapa,” ujarnya.

Sementara itu, Nazri memaklumkan pertemuan tersebut turut mencapai kata sepakat untuk menghidupkan semula Kumpulan Ahli Parlimen UMNO (UMPG) yang pada penggal lalu tidak diaktifkan.

“Datuk Anifah Aman (BN-Kimanis) dipilih secara sebulat suara sebagai Pengerusi.

“Kewujudan kumpulan ini penting kerana ada perkara yang menyentuh tentang UMNO sahaja seperti mana dalam isu hari ini (berhubung gesaan Dr. Mahathir),” jelasnya.

Dalam pada itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, isu Dr. Mahathir sebenarnya bukan agenda utama yang dibincangkan pada mesyuarat tersebut.

Menurut beliau, kesemua ahli Parlimen yang mewakili UMNO faham bahawa keputusan Dr. Mahathir itu merupakan hak beliau dan mereka menghormatinya.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said pula berkata, walaupun Dr. Mahathir banyak berjasa kepada parti tetapi sudah menjadi kebiasaan pemimpin utama UMNO meninggalkan parti selepas bersara.

‘‘Walaupun kita berasa sedih dengan tindakan Dr. Mahathir tetapi kita akan tetap bersama-sama menyokong kepimpinan Abdullah,” katanya.

Razali Ibrahim (BN-Muar) berkata, ahli-ahli Parlimen UMNO perlu memainkan peranan untuk mengukuhkan kedudukan kerajaan dan juga BN.

‘‘Sebagai wakil rakyat dari UMNO, kita akan tetap berada dalam parti dan setia bersama parti. Dalam pertemuan dengan Perdana Menteri tadi, kita hanya bincangkan selama lima minit sahaja isu Dr. Mahathir,” ujarnya.

Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) berkata, ahlia-ahli Parlimen UMNO dari Sabah turut menyatakan sokongan mereka kepada kepimpinan Abdullah.

‘‘Tidak semestinya dalam sidang Dewan Rakyat kita lantang bersuara bermakna kita mahu lompat parti atau tidak menyokong BN.

‘‘Kita bersuara kerana mahu menyampaikan masalah rakyat. Itu sahaja. Kepimpinan Presiden parti tetap kita sokong. Apa yang kita dapat lihat dalam perjumpaan tadi ialah Perdana Menteri sangat terbuka dan menerima pendapat dan cadangan setiap ahli Parlimen,” ujarnya.

Ahmad Maslan (BN-Pontian) berkata, kesemua ahli Parlimen UMNO yang menghadiri mesyuarat itu meminta Perdana Menteri selaku Presiden parti untuk terus memimpin UMNO.
‘‘Perdana Menteri turut berkata dalam mesyuarat itu, sebagai ahli UMNO, Dr. Mahathir tidak seharusnya bertindak demikian.

Bagaimanapun, kami semua menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan Abdullah,” katanya.

20080520

Pak Lah tak akan tunduk desakan Dr M

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan beliau tidak akan tunduk terhadap tekanan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya beliau melepaskan jawatan dalam parti dan kerajaan.

Perdana Menteri berkata, beliau akan terus memimpin negara serta Umno kerana masih banyak kerja yang perlu dilakukannya.

"Kenapa saya nak letak jawatan, saya ada kerja nak dibuat, akan teruskan tugas," katanya pada sidang media selepas merasmikan inisiatif Koridor Raya Multimedia (MSC) Sarawak di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, semalam.

Abdullah berkata demikian ketika mengulas tindakan Dr Mahathir keluar daripada Umno dan mengajak ahli parti itu menyertainya sebagai protes terhadap kepemimpinan parti sekarang.

Presiden Umno itu berkata, beliau akan terus bersama Umno dan berharap semua ahli turut berbuat begitu.

"Saya sebagai ahli Umno dari dulu sampai sekarang, tak pernah keluar Umno dan akan teruskan perjuangan Umno," katanya.

Ditanya reaksi pertamanya apabila mengetahui Dr Mahathir mengumumkan keluar daripada Umno, Abdullah berkata: "Saya terkejut dengar Tun Dr Mahathir letak jawatan, tak mahu jadi ahli Umno lagi dah. Bila saya fikir itu, saya ingat tentu dia sudah fikir habis-habis.

Dr Mahathir kata bila dia nak buat sesuatu perkara, dia tidak kisah, apa orang nak kata pada dia, dia buat."

Ditanya kemungkinan ramai ahli Umno akan keluar parti termasuk Ahli Parlimen Umno, Perdana Menteri: "Saya tak tahu apa ahli Umno akan buat. Saya nak yakin bahawa ahli Umno tidak akan meninggalkan Umno."

Abdullah bagaimanapun mengakui kemungkinan ada yang menyertai Dr Mahathir, tetapi berkata, ahli Umno akan faham.

"Orang yang sayangkan Umno, akan terus bersama, kalau nak tinggalkan dan hancurkan Umno... itu pilihan mereka," katanya.

Perdana Menteri berkata, jika ahli parti mahu terus melihat Umno bertambah kuat, maka tidak ada alasan bagi mereka untuk meninggalkan Umno.

"Saya percaya ahli Umno sayang kepada parti dan terus berjuang dan sama-sama dalam parti untuk teruskan perjuangan kita bersama. Jadi mereka tidak akan keluar dari Umno, saya percaya begitu.

"Adakah kita mahu tinggalkan Umno. Kalau kita benar-benar ahli Umno, maka kita mesti bersama Umno, kalau tak mahu bersama Umno, tak ada lagi perjuangan Umno," katanya.

Tanpa menolak kemungkinan kedudukan beliau juga akan terjejas dengan tindakan Dr Mahathir itu, Abdullah berkata, apa yang lebih penting majoriti ahli Umno mahu supaya beliau terus berada dalam Umno dan berjuang bersama-sama.

"Saya harap ahli Umno akan taat setia. Apa jadi jika kita tidak tak ada parti. Umno hari ini yang banyak berjasa kepada bangsa, negara dan rakyat semua kaum di Malaysia.

"Kita mahu parti kita terus meneruskan perjuangan dan saya percaya semua ini bergantung kepada kita. Majoriti ahli Umno, hari ini sayang kepada Umno dan beri kekuatan kepada kita untuk teruskan perjuangan," katanya.

Perdana Menteri berkata, tindakan Dr Mahathir keluar daripada Umno tentu akan dibangkitkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi parti akan datang, tetapi beliau yakin ia tidak akan melemahkan parti.

Mahathir keluar Umno

KEJUTAN: Dr Mahathir menjelaskan keputusannya meletak jawatan sebagai ahli Umno sambil diperhati Khalid selepas menyampaikan ceramah Nasib Kedudukan Bangsa Melayu Pasca Pilihan Raya Umum Ke-12 anjuran Dewan Perhimpunan Melayu Kedah di Alor Star, semalam.

Bekas PM sertai semula parti jika Abdullah letak jawatan
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga ahli Umno seumur hidup, semalam mengumumkan keluar daripada parti itu, berkuat kuasa serta-merta. Dr Mahathir menegaskan, tindakan itu diambil kerana beliau hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan Umno sekarang, terutama Presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang didakwanya gagal memperjuangkan nasib bangsa Melayu.

"Saya dengan ini mengumumkan keluar parti hari ini sehingga Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah meletakkan jawatan.
"Saya juga meminta ahli Umno yang sayangkan parti, mengambil tindakan yang berani ini untuk keluar parti dan kita menyertai semula Umno apabila Datuk Seri Abdullah melepaskan jawatan," katanya di hadapan lebih 1,500 hadirin, kebanyakannya ahli Umno Kedah pada majlis dialog 'Nasib Kedudukan Bangsa Melayu' di sebuah hotel di sini semalam.
Dr Mahathir membuat pengumuman itu sebagai menyahut cabaran seorang hadirin pada majlis berkenaan yang meminta beliau terlebih dulu mengumumkan keluar parti.
Sebelum itu, dalam ucapan kira-kira sejam, beliau mencadangkan ahli Umno supaya keluar parti secara sementara bagi memaksa Abdullah meletakkan jawatan dalam parti dan kerajaan.

Bagaimanapun, Ismail Jaziz yang mewakili sebuah badan bukan kerajaan memperjuangkan hak orang Melayu, mencabar Dr Mahathir mengetuai usaha berkenaan supaya boleh dicontohi ramai lagi ahli Umno. Berikutan itu, Dr Mahathir mengumumkan keluar parti dan disambut tepukan gemuruh hadirin.
Majlis anjuran Dewan Perhimpunan Melayu Kedah (DPMK) itu turut dihadiri Ketua Umno Bahagian Jerlun, Datuk Abdul Rahman Ariffin; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Nerang yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Padang Terap, Datuk Syed Sobri Syed Hashim; Adun Sungai Tiang, Suraya Yaacob; bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid dan Pengerusi DPMK, Tan Sri Khalid Abdullah.
Pada sidang media selepas itu, Dr Mahathir berkata, beliau akan menulis surat kepada Setiausaha Agung Umno, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor untuk memaklumkan secara rasmi keputusannya itu. Ditanya adakah beliau yakin ramai ahli Umno akan menyertainya, Dr Mahathir berkata, terpulang kepada mereka sama ada mahu terus mengutamakan Abdullah atau perjuangan parti.

Menjawab soalan sama ada beliau akan menyertai parti lain, bekas Perdana Menteri itu berkata, ahli Umno yang keluar parti jangan menyertai mana-mana parti.
Beliau berkata, sebagai ahli Umno yang sayangkan parti sudah tiba masanya mereka mengambil tindakan berani demi masa depan orang Melayu kerana tindakan sementara itu tidak akan menyebabkan orang Melayu hilang kuasa politik.
"Politik Melayu tak hilang. Kalau orang Melayu nak betulkan, bukan sebab kerana nak keluar saja. Kalau orang Melayu berani untuk memelihara parti dan perjuangan orang Melayu, mereka harus berani bertindak. "Ini sampai kita nak adakan perjumpaan, ahli Umno tak boleh hadir, Ketua Bahagian tak boleh hadir... ini apa?" katanya.
Secara berkias, Dr Mahathir berkata, mengikut amalan kedoktoran jika sesuatu anggota pada tubuh manusia tidak boleh lagi digunakan kerana penyakit serius, ia perlu dibuang supaya tidak merebak dan mengancam nyawa individu berkenaan.
Ditanya adakah Adun dan Ahli Parlimen Umno juga perlu keluar parti, Dr Mahathir berkata, mereka wajar berbuat demikian jika benar-benar sayang kepada Umno.
Sambil menyatakan rasa tidak puas hatinya, Dr Mahathir mendakwa Umno kini hanyalah dijadikan parti untuk mengiktiraf Abdullah sebagai Presiden Umno dan mengutamakan kepentingan keluarganya (Abdullah) sehingga membelakangkan negara.
"Saya boleh senaraikan perkara-perkara yang dia (Abdullah) lakukan sehingga merugikan negara kita. "Umno yang wujud hari ini tidak lagi berpegang kepada hasrat parti yang ditubuhkan 62 tahun lepas. Sebab itu saya tidak teragak-agak untuk keluar dari Umno," katanya.
Dr Mahathir bagaimanapun menafikan tindakannya itu mempunyai kaitan dengan arahan terbaru Kabinet supaya Peguam Negara memulakan siasatan serta merta berhubung segala tuduhan terhadap individu yang dinamakan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai klip video peguam Datuk V K Lingam.
"Ini soal mahkamah... dia boleh tuduh dan kalau saya salah masuk jail. Kalau tak salah, janganlah tangkap saya juga," katanya sambil ketawa.
Beliau berkata, ahli Umno perlu memberi mesej yang keras dan jelas kepada kepimpinan parti supaya mereka mendengar kehendak ahli dan bukan hanya mendengar nasihat serta menuruti arahan sekelompok manusia yang lebih berkuasa, termasuk anak dan menantu Abdullah. Dr Mahathir juga mendakwa Abdullah tidak sesuai menjadi pemimpin kerana terlalu lembut dan lembik apabila terlalu mudah tunduk kepada Singapura, Amerika Syarikat, Barisan Pejuang Hak-hak Hindu (Hindraf) dan Majlis Peguam.
Katanya, Abdullah tidak mahu menerima hakikat bahawa parti yang dipimpinnya, termasuk komponen Barisan Nasional (BN) kini di ambang kehancuran apabila tewas di lima negeri, termasuk Wilayah Persekutuan serta gagal merampas semula Kelantan.
"Beliaulah yang menghancurkan parti komponen BN iaitu MCA, MIC, Gerakan dan PPP apabila parti berkenaan kalah teruk dalam pilihan raya umum lalu. Hasilnya masyarakat Cina dan India yang sebelum ini amat menaruh kepercayaan kepada BN kini tidak percaya lagi kepada BN," katanya.
Dr Mahathir berkata, rakyat Kedah juga wajar berbuat sesuatu kerana dilayan secara tidak adil apabila mereka tiada wakil dalam Kabinet sedangkan di sesetengah negeri jumlahnya terlalu ramai.
"Perak, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan walaupun kalah ada wakil dalam Kabinet tetapi mengapa Kedah tiada seorang pun dilantik sebagai menteri penuh," katanya.
Pada akhir majlis itu, Dr Mahathir turut melahirkan kekecewaannya terhadap pemimpin Umno sekarang kerana bukan saja tidak mempertahankannya, sebaliknya turut mengkritiknya.
"Kalau dulu orang kata kononnya saya berkhidmat kepada negara, cium tangan naik asap tapi bila saya kritik Datuk Seri Abdullah pasai tak buat jambatan, orang maki saya. Tiada siapa dalam Umno mempertahankan saya," katanya.
Dr Mahathir, 83, melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri pada Oktober 2003 selepas 22 tahun memimpin kerajaan dan memilih Abdullah sebagai penggantinya.
Beliau bagaimanapun lantang mengkritik Abdullah yang dianggap gagal meneruskan dasar pemerintahannya. Sejarah Dr Mahathir dalam Umno menyaksikan beliau pernah dipecat daripada parti itu pada 1969 kerana melanggar disiplin parti apabila mengkritik kepimpinan Umno ketika itu, tetapi diterima kembali ke dalam parti pada 1972.
Sementara itu, Dr Mahathir turut mengesahkan keluar parti dalam blognya, www.chedet.com pada jam 10.11 malam tadi. Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau keluar dari Umno berkuat kuasa serta-merta bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang bernombor keahlian '2'.
Beliau turut menegaskan bahawa "saya bebas dan tidak menyokong mana-mana parti lawan." Laporan Dr Mahathir keluar Umno turut disiarkan kebanyakan blog lain, sama ada penyokong atau penentang beliau bersama komen pembaca.
Bagaimanapun, sehingga lewat malam tadi tiada laporan terkini mengenai ahli atau pemimpin Umno lain mengikut jejak bekas Presiden parti berkenaan.

20080516

Internet lebih pantas - * Komunikasi cepat berkali ganda * Impak besar kepada rakyat

Pengguna Internet di negara ini bakal menikmati kemudahan lebih pantas berkali ganda, setanding dengan komuniti maya negara-negara maju melalui projek pembangunan infrastruktur jalur lebar yang diumumkan oleh kerajaan hari ini.

Kemudahan baru itu bakal melonjakkan Malaysia ke tahap dunia siber seperti di Hong Kong, Korea dan Singapura yang memberi impak besar kepada sosioekonomi rakyat.

Ia umpama pembukaan sebuah lebuh raya yang akan memudahkan pelbagai aplikasi dimanfaatkan sepenuhnya seperti e-kerajaan, e-kesihatan, e-pendidikan, telekerja (bekerja dari rumah), e-pembayaran dan TV dengan Protokol Internet (IPTV).

Melalui kemudahan itu, orang ramai akan lebih mudah berurusan dengan kerajaan secara dalam talian.

Penekanan juga akan diberikan kepada aspek pembangunan kandungan dan pelbagai aplikasi dalam talian seperti perkhidmatan perbankan dan pembelian tiket.

20080514

14 Mei 2008 - Program PLKN tidak akan ditamatkan: Najib

Datuk Seri Najib Razak berkata Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) tetap diteruskan kerana ia mampu mencapai hasrat Negara Bangsa Malaysia yang menyatukan semua bangsa dan kaum di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sehubungan itu cadangan supaya PLKN menggunakan kaedah penyertaan sukarela daripada kalangan remaja atau lepasan pelajar adalah tidak sesuai kerana langkah itu hanya akan menyaksikan penyertaan satu-satu kaum sahaja berikutan kaum lain tidak berminat.

“Program ini penting bagi mewujudkan perpaduan bangsa Malaysia yang kuat dan membentuk jati diri sebagai rakyat yang bersatu padu dan mengamalkan nilai-nilai murni,” katanya ketika menggulung perbahasan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi Kementerian Pertahanan di Dewan Rakyat hari ini.

20080513

Harga beras kekal - * RM1.65-RM1.80 sekilo * Padi dari RM650 ke RM750 setan

12 Mei – Ketika kebanyakan negara dunia mengalami kenaikan harga makanan secara mendadak ekoran krisis bekalan, kerajaan hari ini sebaliknya membuat keputusan mengekalkan harga kawalan beras Super Tempatan 15 peratus antara RM1.65 sekilogram hingga RM1.80 sekilogram yang ditetapkan mengikut zon.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, selain meneruskan status beras hancur 15 peratus sebagai barang kawalan yang banyak digunakan oleh sebahagian besar rakyat, kerajaan juga membuat keputusan untuk menetapkan harga siling beras Super Special Tempatan (SST) lima peratus dan SST 10 peratus.

Sebelum ini, kedua-dua beras gred itu tidak dikenakan kawalan harga.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, Abdullah memberitahu, bagi beras SST lima peratus, harga siling yang ditetapkan ialah RM2.80 sekilogram manakala harga siling SST 10 peratus ialah RM2.70 sekilogram.

Kedua-dua harga siling itu akan berkuat kuasa mulai 1 Jun ini.

Keputusan tersebut dibuat pada Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Menangani Inflasi yang dipengerusikan oleh Abdullah di Parlimen hari ini.

Selepas mesyuarat itu, Abdullah mengeluarkan kenyataan yang menggariskan lima tindakan komprehensif bagi menangani isu kenaikan harga padi dan beras.

“Pihak jawatankuasa juga telah membuat ketetapan untuk mengapungkan harga beras import termasuk beras putih Thai di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

“Kerajaan turut membenarkan pemindahan padi di antara negeri-negeri secara berperingkat selain bersetuju menaikkan Harga Minimum Terjamin (HMT) padi daripada RM650 setan metrik kepada RM750 setan metrik,’’ katanya.

HMT pada paras RM750 setan metrik kini ialah harga terendah padi yang dijamin oleh kerajaan.
Kerajaan sebelum ini melarang penjualan padi antara negeri-negeri.

Pada masa lepas, padi yang dihasilkan di Selangor, misalnya, hanya dibenarkan dijual di Selangor. Walaupun ada kilang padi dari Kedah ingin membeli padi seseorang pesawah dari Selangor pada harga lebih tinggi, ia tidak dibenarkan.

Dasar itu akan dihapuskan secara berperingkat-peringkat.

Berhubung kenaikan harga HMT padi daripada RM650 setan metrik kepada RM750 setan metrik yang menguntungkan petani, Perdana Menteri berkata, ia wajar dinaikkan ke paras lebih tinggi untuk faedah pesawah-pesawah padi berikutan kenaikan harga beras.

“Pemindahan padi antara negeri-negeri juga perlu dikaji bagi menjadikan harga jualan padi lebih kompetitif dan dapat membantu menambah pendapatan pesawah-pesawah,’’ tambah beliau.

Berdasarkan rekod Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, harga beras ST 15 peratus pada tahun lalu hanyalah RM1.52 sekilogram berbanding harga pada ketika ini antara RM1.65 hingga RM1.80 sekilogram.

Harga beras SST lima peratus pada tahun lalu pula adalah RM1.95 sekilogram sementara harganya ketika ini mencecah sehingga RM3.26 sekilogram.

Justeru, langkah kerajaan menetapkan harga SST lima peratus pada paras RM2.80 sekilogram adalah 46 sen lebih rendah daripada harga pasaran semasa.

Dalam kenyataannya, Perdana Menteri turut menjelaskan mengenai implikasi lima langkah khusus yang diambil oleh kerajaan untuk menangani harga padi dan beras.

Katanya, apabila kesemua langkah itu diambil, kerajaan terpaksa membelanjakan sekurang-kurangnya RM725 juta sebagai subsidi untuk pengimportan 500,000 tan beras bagi memastikan harga runcitnya di negara ini dapat dikekalkan.

Beliau berkata, langkah-langkah yang diputuskan itu berkuat kuasa serta-merta kecuali penetapan harga siling bagi beras SST lima peratus dan SST 10 peratus.

“Keputusan yang diambil oleh jawatankuasa hari ini adalah berasaskan kepada kepentingan semua pihak dengan bermatlamatkan kebajikan pengguna dan pesawah padi terpelihara.
“Dengan cara ini sahaja kerajaan dapat meringankan beban pengguna ketika harga barangan semakin meningkat,’’ katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri mengakui kenaikan harga beras di pasaran dunia telah memberi tekanan kepada harga padi dan beras di Malaysia.

“Harga beras di pasaran dunia naik mendadak berbanding tahun lalu. Harga beras putih Thai lima peratus telah meningkat sebanyak 164 peratus iaitu daripada AS$371 setan metrik (2007) kepada AS$980 setan metrik pada ketika ini.

“Beras putih Vietnam pula telah naik sebanyak 212 peratus iaitu daripada AS$352 pada tahun lalu kepada AS$1,100 setan metrik pada tahun ini,’’ katanya lagi.

Mengenai langkah menetapkan harga siling beras SST lima peratus dan 10 peratus, Abdullah memberitahu, harga kedua-dua beras gred itu telah naik mendadak kerana kerajaan tidak mengenakan kawalan harga ke atas beras gred tersebut.

“Kerajaan hanya mengawal beras ST 15 peratus tetapi isunya sekarang berlaku kekurangan bekalan di pasaran kerana pengilang lebih berminat untuk mengeluarkan SST lima peratus dan 10 peratus.

“Keadaan itu memerlukan kerajaan bertindak segera bagi memastikan bekalan beras ST 15 peratus mencukupi dan pada masa sama membendung kenaikan berterusan harga beras SST lima peratus dan 10 peratus,’’ katanya.

20080512

Kerajaan tetapkan harga siling beras super special tempatan mulai 1 Jun

Harga beras Super Special Tempatan 5 peratus dan Super Special Tempatan 10 peratus yang kini tidak dikawal akan ditetapkan mulai 1 Jun ini dengan harga siling masing-masing pada RM2.80 sekilogram dan RM2.70 sekilogram bagi meringankan beban rakyat.

Pada masa sama, kerajaan juga menaikkan Harga Minimum Terjamin (GMP) padi daripada RM650 setan (metrik) kepada RM750 setan, berkuat kuasa serta merta, bagi menambah pendapatan pesawah.

Harga beras Super Tempatan 15 peratus pula dikekalkan di antara RM1.65 sekilogram dan RM1.80 sekilogram mengikut zon.

Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Menangani Inflasi ini diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, menerusi satu kenyataan media di sini, petang ini.

20080511

Bersara wajib 58 tahun

Abdullah bersalaman dengan anggota Cuepacs sambil diperhatikan Presiden Cuepacs, Omar Osman (kanan) selepas majlis Perhimpunan Hari Pekerja 2008 Sektor Awam, di PICC

Kerajaan perkenal insentif baru penuhi sebahagian tuntutan Cuepacs: PM

Had umur persaraan wajib bagi kakitangan awam dilanjutkan daripada 56 tahun kepada 58 tahun mulai 1 Julai ini, manakala pencen pula akan dikira mengikut formula berasaskan tempoh perkhidmatan sehingga maksimum 30 tahun, berkuat kuasa 1 Januari 2009. Selain itu, kerajaan turut bersetuju menghapuskan syarat penyusutan pencen terbitan juga mulai 1 Januari depan dan menambah baik ujian Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dari segi kaedah pelaksanaannya dari semasa ke semasa.


Ketika mengumumkan keputusan kerajaan itu pada Majlis Perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam 2008 di sini semalam, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata insentif berkenaan adalah sebahagian daripada tuntutan Cuepacs sebelum ini.

Perdana Menteri berkata, insentif lain ialah bagi pegawai kerajaan yang meninggal dunia tanpa meninggalkan waris, kerajaan bersetuju membayar pemberian sekali atau ex-gratia, bukan pencen terbitan kepada ibu atau bapa kakitangan berkenaan.

"Bagi tuntutan Cuepacs lain termasuk kadar imbuhan tetap perumahan dan penyerapan masuk kakitangan kontrak sebagai kakitangan tetap, ia masih dalam penelitian kerajaan dan akan diumumkan selewat-lewatnya pembentangan Bajet 2009," katanya.


Majlis perhimpunan sempena Hari Pekerja yang bertemakan 'Sektor Awam Cemerlang Negara Gemilang' di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu dihadiri kira-kira 3,000 kakitangan awam. Perdana Menteri diberi tepukan gemuruh oleh hadirin sebaik mengumumkan insentif itu.

Hadir sama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam; Presiden Cuepacs, Omar Osman dan beberapa Menteri Kabinet. Mengenai umur persaraan yang dilanjutkan, Abdullah yang juga Menteri Kewangan berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira kadar jangka hayat di kalangan rakyat.

"Berdasarkan kajian kerajaan, pelaksanaan ini tidak akan menjejaskan peluang pekerjaan kepada graduan baru. Ini penting supaya penjawat awam generasi muda tidak berasakan peluang mereka untuk maju dalam kerjaya semakin tipis, malah sebaliknya ia kian bertambah baik," katanya.


Berhubung pencen yang dihitung mengikut formula berasaskan tempoh perkhidmatan sehingga maksimum 30 tahun, Perdana Menteri berkata sebelum ini pencen pegawai perkhidmatan awam dihitung dengan mengambil kira tempoh perkhidmatan sehingga maksimum 25 tahun.

Katanya, dasar baru itu juga meliputi persaraan dan kematian dalam perkhidmatan sebelum tarikh kuat kuasa, tetapi kadar pencen yang dihitung semula akan hanya diberi mulai 1 Januari 2009 tanpa bayaran tunggakan.

"Kedua-dua dasar baru mengenai pencen ini akan membabitkan belanja tambahan RM718 juta setahun dan memberi manfaat kepada kira-kira 310,000 pesara dan penerima pencen," katanya.

Mengenai PTK pula, Abdullah berkata sebenarnya sejak 2003 kerajaan sudah menambah baik pelaksanaannya, termasuk menambah kekerapan pelaksanaannya agar urusan pengembangan kerjaya pegawai dapat dipercepatkan.

Perdana Menteri berkata, tahun ini kerajaan bersetuju membuat beberapa penambahbaikan seperti tidak menggunakan kaedah ujian bertulis untuk PTK bagi pegawai Gred 1 hingga 16 dan kaedah lain akan ditentukan oleh Lembaga Penilaian Kompetensi Kementerian, negeri dan agensi sebagai ganti.

Bagi pegawai gred lain pula, katanya, kaedah yang sedang dilaksanakan akan dikaji semula dan dilaksanakan secara berperingkat.

Beliau berkata, dengan penghapusan syarat penyusutan pencen terbitan pula bermakna waris kakitangan awam yang meninggal dunia akan dibayar 100 peratus pencen berkenaan yang kadarnya sebelum ini disusutkan kepada 70 peratus selepas 12 setengah tahun kakitangan terbabit bersara atau meninggal dunia.

Katanya, berdasarkan kajian terperinci, bagi keluarga yang mempunyai anak kecil ketika kematian gemulah (simati), syarat ini agak membebankan daripada segi kewangan.

Untuk mengurangkan beban ini, kerajaan bersetuju untuk menghapuskan syarat penyusutan pencen terbitan ini. Abdullah turut meminta kakitangan sektor awam terus meningkatkan kecekapan dan bertindak pantas dalam membuat keputusan supaya perkhidmatan awam dihormati bukan saja oleh rakyat negara ini tetapi juga di peringkat antarabangsa.

Katanya, perkhidmatan baik dan pantas akan juga dapat menarik pelabur yang sentiasa mahukan layanan yang efisien kerana jika tidak, Malaysia akan ketinggalan.

INFO: INSENTIF BARU KAKITANGAN AWAM

1. Umur persaraan dilanjutkan kepada 58 tahun mulai 1 Julai 2008.

2. Penambahbaikan ujian Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dari segi kaedah pelaksanaan.

3. Pencen terbitan dibayar 100 peratus kepada ahli keluarga kakitangan awam yang meninggal dunia mulai 1 Januari 2009.

4. Bayaran pencen mengikut formula berasaskan tempoh perkhidmatan sehingga maksimum 30 tahun berkuatkuasa 1 Januari 2009.

5. Ibu atau bapa kakitangan awam meninggal dunia tanpa meninggalkan waris akan dibayar pemberian sekali atau ex-gratia.

FAKTA NOMBOR Insentif baru pencen

RM718j - Perbelanjaan

310,000 - Pesara dapat manfaat


20080509

Thailand says Malaysia to buy emergency rice supplies

Thailand said Thursday it would provide 500,000 tonnes of rice to Malaysia in an emergency purchase as the latter's national stockpile had enough supplies to last only 15 days.

Government spokesman Wichainchot Sukchotrat said Malaysian agriculture minister Mustafa Mohamed met with Thai Prime Minister Samak Sundaravej on Thursday to discuss the deal.

"Malaysia seeks an emergency purchase as a precaution to avert a rice shortage," Wichainchot told reporters.

"Thailand will help by sending at least 100,000 tonnes or up to half the requested amount by today."

The rest will be sent within the next three days, he said, adding that Thailand would sell the rice at market price.

As Malaysia seeks to protect its rice supply, it has said it is considering blocking the movement of the subsidised commodity across its borders.

Malaysia, which produces 70 percent of its rice needs and imports the rest from Thailand, heavily subsidises more than 20 daily food items, including milk and salt.

World rice prices have soared this year, a trend blamed on higher energy and fertiliser costs, greater global demand, droughts, the loss of rice farmland to biofuel plantations, and price speculation.

The benchmark Thai variety, Pathumthani fragrant rice, was priced this week at 1,053 dollars per tonne for export, up from 512 dollars in January this year, the Thai Rice Exporters Association said in a survey.


Agence France-Presse - 5/8/2008 8:53 AM GMT

Kerajaan jamin stok penimbal beras cukup - PM

Kerajaan memberi jaminan akan memastikan stok penimbal beras negara sentiasa mencukupi melalui beberapa langkah persediaan awal yang diambil termasuk menambahkan jumlah import.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Menteri Pertanian, Datuk Mustapa Mohamed telah berunding dengan Thailand yang bersetuju menambahkan jumlah eksport mereka.

''Langkah menambahkan stok penimbal beras penting kerana kalau tak beli sekarang harganya mungkin naik pada masa depan.

''Selain itu ia juga bagi mengelakkan kemungkinan negara pengeksport tidak lagi mahu mengeksport kerana mereka juga memerlukan untuk bekalan dalam negara,'' katanya

Kira-kira 30 peratus daripada keperluan beras negara bergantung pada import dengan sebahagian besar bekalan diperoleh dari Thailand.

Ia melibatkan jumlah import sebanyak 480,000 tan metrik setahun dari Thailand manakala bekalan selebihnya dari negara seperti Vietnam dan India.

Dunia kini berhadapan krisis bekalan makanan termasuk beras akibat beberapa faktor termasuk pengeluaran yang berkurangan selain harga yang melonjak akibat kenaikan kos pengeluaran.

Iran jangka minyak naik AS$200 setong

Menteri Minyak Iran, Gholam Hossein Nozar menjangkakan harga minyak akan naik sehingga AS$200 setong (RM642 setong) tidak lama lagi, menurut laporan agensi berita IRNA.

Harga minyak telah mencatatkan paras baru tertinggi menghampiri AS$124 setong (RM398.04 setong) pada minggu ini.

‘‘Tidak lama lagi kita akan menyaksikan kenaikan harga minyak pada paras AS$200,’’ katanya.
Beliau berkata, kenaikan harga minyak itu berpunca daripada kesukaran bagi pengeluaran minyak di Nigeria, selain kelemahan dolar Amerika Syarikat (AS) berbanding mata wang-mata wang lain.

“Sebenarnya harga minyak tidak mahal tetapi dolar AS yang lemah,’’ katanya.
Iran adalah pengeluar minyak kedua terbesar di dunia.

– AP

Harga minyak hampiri AS$124 setong

Harga minyak mentah dunia terus melonjak hari ini menghampiri paras AS$124 (RM398.04) setong berikutan momentum harga pasaran menaik yang menidakkan peningkatan bekalan minyak mentah dan gasolin di Amerika Syarikat (AS).
Kenaikan itu turut didorong oleh kelemahan dolar AS berbanding euro sejak pertengahan tahun lepas dengan para pelabur melihat tekanan terhadap inflasi.
Momentum pasaran yang menggalakkan menyebabkan para pelabur mengabaikan permintaan tinggi minyak mentah dan gasolin.
Para penganalisis menyifatkan peningkatan minyak yang berterusan daripada pertambahan pembelian yang mendadak menyebabkan harga melonjak lebih daripada AS$120 setong (RM385.20) pada awal minggu ini.
Harga minyak mentah dilihat tidak menurun selepas inventori mingguan AS melaporkan bahawa pasaran akan mengalami peningkatan lagi.
Sementara itu, harga minyak mentah berkualiti tinggi Light Sweet jatuh 28 cent (90 sen) kepada AS$122.25 (RM392.42) setong semasa didagangkan pada New York Mercantile Exchange di Singapura, tengah hari ini.

Kontrak hadapan mencatatkan rekod apabila naik pada paras AS$123.53 (RM396.53) setong dan terus meningkat pada paras AS$123.93 (RM397.82) setong.

Kenaikan harga minyak berlaku berikutan dilema bekalan minyak mentah dan gasolin dan kekhuatiran permintaan tinggi serta kekurangan simpanan bagi bahan bakar itu.

Jabatan Tenaga di AS mengesahkan bahawa kekurangan inventori minyak termasuk diesel dan minyak yang digunakan untuk tujuan pemanasan yang mendadak manakala permintaan gasolin telah meningkat pada minggu lalu.

Terdapat bukti bahawa para pelabur melakukan pembelian semata-mata untuk mengikut momentumpasaran manakala nilai dolar AS yang kukuh tidak memberi sebarang impak terhadap urusniaga.

- AP

20080508

Penstrukturan subsidi tak jejas rakyat gaji kecil

Kerajaan memberi jaminan golongan berpendapatan sederhana dan rendah akan terus mendapat manfaat apabila skim subsidi distruktur semula berikutan kenaikan harga minyak mentah yang semakin melonjak di pasaran dunia.

Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, berkata kenaikan harga minyak mentah dunia antara AS$100 hingga AS$120 setong menyebabkan tanggungan subsidi kerajaan meningkat kepada RM45 bilion tahun ini.

Daripada jumlah itu, RM18 bilion adalah bagi subsidi produk petroleum, RM7 bilion dalam bentuk pelepasan cukai dan RM20 bilion tanggungan subsidi gas Petronas.

Harga minyak melonjak ke paras tertinggi baru sebanyak AS$122.73 setong di pasaran dunia berikutan kebimbangan bekalan dan kelemahan dolar Amerika Syarikat. Harga komoditi itu berada pada paras melebihi AS$122 setong, semalam .

Walaupun beliau tidak menyatakan bila kerajaan akan melaksanakan penstrukturan semula skim subsidi itu, penganalisis menjangkakan perkara itu akan diumumkan dalam pembentangan Bajet 2009, Ogos ini.

20080506

Harga minyak mentah lepasi AS$120 setong

Harga minyak mentah global melepasi AS$120 setong (RM378 setong) pagi ini sebelum jatuh semula pada paras AS$119 setong (RM374 setong) berikutan kebimbangan kejatuhan ekonomi Amerika Syarikat.

06/05/2008 3:30pm (UM)

Malaysian minister shoots down proposed travel curbs on women

Malaysia's home minister Monday shot down a proposal that would require women travelling abroad on their own to produce consent letters from parents or employers to prevent them being used as drug "mules".

Newly installed foreign minister Rais Yatim caused uproar on the weekend with the suggestion, which he reportedly said had been put to the cabinet after being approved by his ministry and the Home Ministry.

However, Home Minister Syed Hamid Albar -- a long-serving foreign minister until a recent cabinet reshuffle -- poured cold water on the controversial idea, saying it was impractical and would infringe on human rights.

"In so far as travelling is concerned, we can't impose any regulations. I think Dr Rais was just throwing ideas," he said according to the official Bernama news agency.

"To me, if you are an adult, even within the country it is difficult to ask them to inform their family where they are going. So if you are an adult, you have to act on your own," he said.
Syed Hamid said it was the right of every Malaysian to apply for a passport and to obtain a visa to travel to other countries.

"Even if you ask permission from parents, we can't be sure this thing will not happen. The parents can't be following the person everywhere. So it has to be education to tell them the dangers of this sort of activities," he said.

Rais floated the idea after reports that 119 Malaysians, 90 percent of who are women, have been imprisoned worldwide on drug-related charges, with the majority believed to have been duped into transporting drugs.

He said many of the women involved left Malaysia purportedly to attend courses and seminars.
The New Straits Times said Malaysians have become prime targets for syndicates wanting to smuggle drugs into the European Union because they do not require visas for short stays or to transit in those countries.

Women's groups quickly criticised the suggestion, saying that the proposal was impossible to enforce and that women should not be further victimised because of their involvement in drug-smuggling rackets.

Agence France-Presse - 5/5/2008 5:25 AM GMT

'Sokonglah DEB'

Rakyat pelbagai lapisan perlu memberi sokongan penuh terhadap Dasar Ekonomi Baru (DEB) dalam memastikan negara ini terus maju, moden dan bersatu padu.

Perpaduan nasional adalah asas kepada kestabilan dan kemakmuran negara untuk mencapai kemajuan yang menerus.

Apa yang dikecapi pada hari ini sama ada perpaduan kaum serta pembangunan ekonomi adalah hasil daripada dasar-dasar yang telah dilaksanakan oleh kerajaan memerintah termasuk DEB.

DEB telah terbukti memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat khususnya kaum bumiputera sejak dilaksanakan. Selain itu, dasar tersebut telah melahirkan ramai modal insan yang telah memberi sumbangan kepada pembangunan negara.

Kita perlu ingat bahawa perpaduan yang dibina kukuh selama ini mesti dipelihara supaya membolehkan rakyat mempunyai tumpuan masa dan tenaga bagi membangunkan negeri ini.

Jangan disebabkan perbezaan budaya, kepercayaan dan adat resam menjadi penghalang kepada usaha-usaha pembangunan sebaliknya kepelbagaian itu harus dijadikan sumber kekuatan dalam mengharungi arus modenisasi serta mengejar kemajuan