PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20080203

Tali pinggang keledar di belakang wajib

Kerajaan memutuskan untuk mewajibkan pemakaian tali pinggang keledar kepada penumpang bahagian belakang bagi mengurangkan risiko kecederaan akibat kemalangan dalam masa terdekat.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy, berkata berikutan keputusan mesyuarat Kabinet minggu lalu itu, pelaksanaan pemakaian tali pinggang keledar itu akan diadakan tidak lama lagi selepas meneliti kertas cadangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan polis.

"Saya sedang menunggu kertas cadangan untuk pelaksanaan itu... jadi biarlah JPJ, JKJR, Miros dan polis melakukan penelitian terlebih dulu mengenai program pelaksanaan pemakaian tali pinggang keledar itu.

"Bagaimanapun, saya nak mengingatkan penumpang (di bahagian belakang) jangan tunggu undang-undang baru nak pakai tali pinggang keledar," katanya selepas menghadiri Majlis Pelancaran Kempen Bersepadu Keselamatan Jalan Raya Sempena Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2008, di sini, semalam.

Hadir sama, Datin Seri Jeanne Abdullah; Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; Ketua Pengarah JKJR, Datuk Suret Singh, Ketua Pengarah Miros, Prof Dr Radin Umar Radin Sohadi dan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Zakaria Bahari. Mengikut Peraturan Tali Pinggang Keledar Akta Pengangkutan Jalan, hanya pemandu dan penumpang depan diwajibkan memakai tali pinggang keledar.

Beliau berkata, sejak 10 tahun lalu, jumlah kecederaan membabitkan pengguna jalan raya sehingga tahun lalu berkurangan sehingga 39 peratus, walaupun dianggarkan sejumlah 400,000 pemandu baru dicatatkan setiap tahun.

"Jumlah kecederaan yang berlaku pada 1998 ialah 55,693 kes berbanding 33,999 kes tahun lalu, ini menunjukkan penurunan sehingga 39 peratus dan ini boleh dianggap sebagai fenomena. Jumlah kenderaan meningkat setiap masa dan sehingga kini dianggarkan ada kira-kira 16 juta kenderaan berdaftar," katanya.

Bagaimanapun, Chan kecewa kerana kajian Miros mendapati 91 peratus kenderaan di negara ini dilengkapi tali pinggang keledar di bahagian penumpang belakang, tetapi kebanyakan mereka enggan menggunakannya.

Berdasarkan statistik, Chan berkata, pada 2007 sejumlah 6,282 kes kematian akibat kemalangan dicatatkan dan daripada jumlah itu, 3,646 atau 58 peratus kes kematian membabitkan penumpang dan pembonceng motosikal, 1,228 adalah pemandu dan penumpang motokar dan 636 bagi pejalan kaki.

Selain itu, katanya, indeks kematian juga turun dari 4.5 peratus kematian bagi setiap 10,000 kenderaan berdaftar pada 2004 kepada 3.7 peratus kematian pada 2007.

"Ini bermakna, pencapaian indeks kematian bagi kategori kereta di Malaysia kini adalah setaraf negara maju iaitu di bawah dua kematian setiap 10,000 kenderaan berdaftar," katanya.

3 comments:

Anonymous said...

Satu lagi projek Bn-Semua rakyat yang mempunyai anak yang duduk belakang perlu pakai tali pinggang keledar.Berapa usia yg wajib???.12 tahun atau ???.bagaimana dgn mereka yg ada >2anak utk kereta Kancil dan 3anak untuk kereta sedan.Maka katalah pak2 turut cdgkan naik bas/keretapi atau mampu tukar dgn MPV spt Citra,Avanza dll.Kayalah pejual tali pinggang keledar,Syarikat kereta MPV dll.

Anonymous said...

Jgnlah BN dah kalah 5 negeri sibuk fikir perkara lain dan menambahkan lagi kemarahan rakyat.jika nak pastikan rakyat selamat semasa memandu pastikan undang2 yang dah tersedia ada dikuti bukannya menambah masalah rakyat melalui undang2 yg baru dluluskan Feb'08 lalu.Patutlah mereka cepat2 lulus undang2 krn mereka tau bn telah kalah.harap pihak berkenaan mempertimbangkannya jgn fikir jln singkat apa sudah jadi dgn kajian keselamatan penumpang bas.

Anonymous said...

Anak 5:Jgnlah BN dah kalah 5 negeri sibuk fikir perkara lain dan menambahkan lagi kemarahan rakyat.jika nak pastikan rakyat selamat semasa memandu pastikan undang2 yang dah tersedia ada dikuti bukannya menambah masalah rakyat melalui undang2 yg baru dluluskan Feb'08 lalu.Patutlah mereka cepat2 lulus undang2 krn mereka tau bn telah kalah.harap pihak berkenaan mempertimbangkannya jgn fikir jln singkat apa sudah jadi dgn kajian keselamatan penumpang bas