PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20080225

K-Bestari banteras gejala sosial

Kes pecah rumah, curi didorong masalah kesempitan wang, tanggungan banyak

Komuniti Bestari (K-Bestari) yang dilancarkan pada 17 November 2007 adalah bermatlamat membanteras gejala sosial, kata Menteri Muda Alam Sekitar Dr Abang Abdul Rauf Abang Zen.

Menurut beliau, 80 peratus kejadian pecah rumah dan mencuri di sekitar bandar raya ini didorong oleh masalah kesempitan wang manakala tanggungan yang banyak menjadi faktor kedua.

“Keadaan ini bukan sahaja memaksa mereka mencuri malah berkemungkinan melakukan sesuatu di luar jangkaan,” ujar beliau.

Justeru, bagi mereka yang tidak berkemampuan amat wajar jika golongan ini menyertai program-program usahawan kecil dan sederhana bagi meningkatkan pendapatan keluarga, kata Dr Rauf.

“Kita (K-Bestari) sedang berusaha menggerakkan minda masyarakat dengan memfokus kepada usaha meningkatkan sosioekonomi penduduk di sesebuah komuniti menerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kebajikan Kampung (JKKK) serta golongan belia,” kata beliau ketika berucap pada majlis kesyukuran bersama pemimpin sempena Karnival Sukan K-Bestari dan JKKK Kampung Tabuan Hilir di sini semalam.

Dr Rauf berkata lagi, selain menambah pendapatan rakyat, K-Bestari pada masa sama melengkapkan masyarakat dengan pengetahuan menerusi aktiviti-aktiviti yang dianjur.
Ini katanya, sejajar dengan objektif asal penubuhan K-Bestari untuk membentuk masyarakat bermaklumat dan bijaksana.

“Kita lebih menumpukan kepada pembangunan intelek dan modal insan tetapi pada masa sama cuba meningkatkan pendapatan penduduk kampung dengan memperkenalkan produk bernilai pasaran,” tambah beliau.

Sementara itu dalam isu berlainan, beliau berkata Barisan Nasional (BN) amat memerlukan sokongan dan kesabaran daripada rakyat bagi melaksana projek-projek kampung.
“Kita akan buat segala perancangan projek tetapi Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK haruslah terlebih dahulu memainkan peranan dengan memberi senarai keperluan (kampung) kepada wakil rakyat.

“Jika ia perlu, kita akan berusaha untuk menunaikannya tetapi masih juga tertakluk kepada peruntukan,” tambah beliau.

Hadir sama, Pengerusi Komuniti Bestari Kampung Tabuan Hilir Othman Bujang dan Pengerusi Pengelola Mahmud Ibrahim.

No comments: