PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20080205

Tangani isu makanan tidak selamat, meragukan

SEIRING dengan kecanggihan teknologi dalam industri pemakanan, Malaysia telah berjaya menghasilkan pelbagai produk makanan bagi menampung dan memenuhi keperluan penduduknya.

Namun begitu, adakah kesemua produk makanan tersebut menepati tahap kebersihan, kualiti dan selamat dimakan?

Sejak akhir-akhir ini, kita sering digemparkan dengan isu produk makanan yang dikatakan berbahaya dan tidak selamat untuk dimakan.

Antaranya ialah pendedahan tentang sebuah kilang belacan dan cencaluk di Batu Berendam yang menggunakan pewarna plastik dan tekstil dalam produk keluaran kilangnya.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menerusi kajian yang dilakukan mendapati pewarna yang dicampur itu mengandungi rhodamine B, iaitu sejenis bahan pewarna merah yang diharamkan oleh kerajaan sejak lebih 30 tahun lalu kerana boleh menyebabkan kanser.
Selain itu, CAP mendapati rhodamine B turut digunakan dalam lima sampel belacan dan lapan sampel kuih Cina seperti mi ku, siew koo dan huat kuih yang diambil dari Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Antara kes lain ialah kemunculan ‘kopi maut’ di pasaran yang mengandungi bahan kimia berbahaya iaitu sintetik sildenafil nitrat yang boleh menyebabkan peminumnya mati mengejut selepas mengambilnya.

Kebanyakan produk makanan yang sering menjadi sasaran penyalahgunaan kandungan bahan oleh pengeluar adalah jenis instant atau segera.

Selain itu, aspek kebersihan adalah antara yang sering diabaikan oleh pengeluar. Banyak aduan diterima oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengenainya.

Terbaru ialah penemuan 15 ekor anak lipas yang bertakung di permukaan sebotol kicap. Ini membuktikan bahawa persekitaran kilang yang mengeluarkan kicap tersebut adalah kotor dan tidak diselenggara dengan baik.

Sebuah kilang lagi dipercayai menyimpan bahan mentah untuk memproses bebola ikan diletakkan di dalam bilik sejuk beku yang bercampur aduk dengan daging dan perut babi.
Keadaan ini ternyata menimbulkan keraguan dalam kalangan pengguna, sementelah banyak kilang yang menggunakan logo halal palsu bagi mendapatkan keyakinan pengguna Islam.
Tindakan segera perlu diambil oleh pihak berwajib dengan melakukan penguatkuasaan berterusan.

Dalam hal ini, Kementerian Kesihatan diminta lebih aktif menjalankan penguatkuasaan bagi menangani masalah makanan dan ubat-ubatan yang mengandungi bahan kimia berbahaya di pasaran.

Selain itu, kementerian perlu menjalankan kajian sampel bahan makanan dan ubatan secara berkala untuk mengesan jika ia mengandungi bahan kimia berbahaya.

Jika didapati terdapat kandungan berbahaya, ia perlu ditarik balik serta-merta daripada pasaran. Pengguna seharusnya dimaklumkan mengenai jenama bahan makanan atau ubatan yang sudah ditarik balik supaya pengguna dapat melindungi diri mereka daripada bahan kimia yang memudaratkan kesihatan.

Kesimpulannya, selaku pengguna, kita hendaklah sentiasa mengambil pendekatan berhati-hati, teliti dan cermat dengan setiap produk yang digunakan supaya tiada kesan sampingan memudaratkan terhadap diri dan keluarga.

No comments: