PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20080201

Kestabilan negara yakinkan pelabur - PM

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yakin pelabur-pelabur asing akan terus memilih Malaysia berikutan asas-asas ekonomi negara yang baik.

Perdana Menteri berkata, keadaan Malaysia yang stabil dan aman memberi keyakinan kepada pelabur asing bahawa mereka akan memperoleh pulangan yang baik.

Beliau berkata, dalam hubungan ini adalah menjadi dasar dan pendekatan kerajaan untuk memudahkan pelaksanaan sesuatu urusan dan bukan menyusahkan pelabur asing.
''Pelabur asing juga akan terus memilih negara ini kerana kestabilan, keamanan dan sokongan kerajaan dalam memberi semua kemudahan yang perlu untuk melabur kepada sektor swasta.
''Kerajaan juga sentiasa mesra dengan sektor swasta,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pusat beli-belah bertaraf dunia Pavilion Kuala Lumpur di Jalan Bukit Bintang di sini hari ini.

Turut hadir isteri beliau, Datin Seri Jeanne Abdullah; Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique.
Abdullah menambah, undang-undang yang berkesan turut memberi keyakinan kepada pelabur asing bahawa pelaburan mereka dilindungi dengan baik di negara ini.
''Kos hidup juga rendah dan cara hidup yang selesa di negara ini juga menyebabkan warga asing gembira untuk berada di Malaysia,'' katanya.

Beliau turut melahirkan keyakinan pelabur dari Asia Barat akan terus mengadakan kerjasama dengan syarikat tempatan untuk melabur di Malaysia.

Pavilion Kuala Lumpur dimajukan oleh gabungan pelaburan syarikat tempatan, Syarikat Urusharta Cemerlang Sdn. Bhd. dan Kuwait Finance House serta Qatar Investment Authority.
Kompleks perniagaan tujuh tingkat itu menempatkan 450 kedai dengan 20 peratus penyewa menjual pelbagai barangan jenama antarabangsa.

No comments: