PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20080228

BN penuhi janji pilihan raya

Barisan Nasional (BN) adalah sebuah kerajaan yang konsisten dan telah melaksanakan semua manifesto yang dijanjikannya pada pilihan raya umum 2004, termasuk rancangan pembangunan pendidikan.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, semua rancangan pembangunan dalam bidang pendidikan tersebut telah pun diterjemah kepada pelan tindakan dan ia bukan hanya janji kosong kerajaan kepada rakyat.

Beliau berkata, sepanjang tempoh tersebut pelbagai bantuan telah diwujudkan seperti bantuan makanan, buku teks percuma, pelepasan yuran peperiksaan sehinggalah pembinaan sekolah-sekolah dan rumah-rumah guru yang lengkap termasuk di luar bandar.

Katanya, untuk tujuan tersebut, kerajaan telah membelanjakan peruntukan yang besar iaitu RM3 bilion setahun.

“Janji-janji menyediakan kemudahan ini dilaksanakan secara berterusan dan bukan hanya ketika menjelangnya pilihan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pecah Tanah Sekolah Menengah Sains Batu Pahat di Jalan Tanjong Laboh yang turut dihadiri oleh calon Parlimen Batu Pahat, Dr. Mohd. Fuad Zarkhasi di sini hari ini.

Hishammuddin berkata, beliau berbangga kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam manifesto pilihan raya BN kali ini tetap memasukkan agenda pendidikan sebagai antara keutamaan kepada rakyat.

Sehubungan itu, beliau tidak terkejut dengan janji-janji yang dikemukakan oleh pembangkang termasuk mewujudkan sebuah negara kebajikan kerana pada hakikatnya kerajaan BN memang telah menyediakan bidang pendidikan secara percuma kepada rakyat.

Katanya, jika tidak masakan badan antarabangsa seperti UNESCO mahu mengiktiraf pemimpin Malaysia memegang peranan penting dalam badan dunia itu.

Mengenai manifesto parti DAP, Hishammuddin menempelak parti itu sebagai tidak mempunyai visi kerana apa yang diketengahkan oleh mereka kini adalah semata-mata mencari kesalahan kerajaan.

Beliau berkata, jika mencari kesalahan itu dijadikan satu visi, BN juga boleh menghasilkan sebuah buku yang boleh mendedahkan mengenai kelemahan dan janji-janji kosong mereka selama ini.

Mengenai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula, beliau yakin pilihan raya kali ini adalah yang terakhir untuk PKR dan penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, kali ini PKR hanya dapat berbangga kerana boleh bertanding di banyak kawasan, tetapi dengan mengemukakan calon-calon secara tangkap muat dan tidak dikenali langsung oleh rakyat.

Katanya, kehadiran sekadar beberapa orang penyokong PKR dan parti pembangkang lain semasa hari penamaan calon seperti di kawasannya iaitu di Parlimen Sembrong juga sebagai tanda parti itu tidak serius untuk menghadapi calon BN.

No comments: