PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20090827

Angka kematian meningkat 71


ORANG ramai masih tidak mengendahkan pemakaian topeng hidung dan mulut bagi menghentikan penularan wabak H1N1

Wanita korban baru selesema babi semalam

Satu lagi kematian akibat Influenza A (H1N1) dicatatkan semalam membabitkan seorang wanita berusia 24 tahun, menjadikan angka korban meningkat kepada 71 orang di seluruh negara sehingga kini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata wanita itu mula mengalami demam, batuk serta sakit kepala pada 8 Ogos lalu dan dimasukkan ke hospital swasta di Kuantan pada 10 Ogos kerana radang paru-paru.



"Dua hari selepas itu, pesakit dirujuk ke hospital kerajaan kerana keadaannya bertambah teruk dan seterusnya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada hari yang sama serta diberi rawatan antiviral.

"Ujian makmal mendapati kes positif H1N1 17 Ogos dan beliau meninggal dunia pada 19 Ogos lalu," katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Dr Mohd Ismail berkata, hingga semalam, sejumlah 324 pesakit baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan dalam masa yang sama sejumlah 223 pesakit ILI dibenarkan keluar.

"Seramai 1,446 pesakit ILI sedang menerima rawatan di 98 buah hospital, termasuk dua hospital swasta di seluruh negara dan daripada jumlah itu, hanya 217 pesakit yang disahkan positif H1N1.

"Daripada 217 kes yang disahkan H1N1, 51 kes berada di ICU, dengan 39 kes mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (21), obesiti (sembilan), kanak-kanak dan bayi (enam) dan Sindrom Down (dua)," katanya.

No comments: