PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20090820

Sarawak: Bapa 13 anak cipta mesin buat belacan

Tanpa pendidikan formal Musa mampu pamer hasil inovasi, kreativiti

Tanpa pernah menjejakkan kaki ke bangku sekolah dan tidak pernah kenal huruf, seorang ayah kepada 13 anak berjaya mencipta mesin pembuat belacan dan mesin pengisar kulit udang kering, seterusnya muncul antara pengeluar utama belacan di Bandaraya Kuching ketika ini.

Musa Saee, 57, dari Kampung Tambirat adalah antara 80 peserta yang mengambil bahagian mempamerkan hasil inovasi dan kreativiti pada Karnival Inovasi dan Kreativiti Sarawak anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Kerajaan Sarawak dan Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) di Kuching mulai 14 hingga 16 Ogos lalu.

Beliau yang pernah bekerja di kem balak, seterusnya berkebun pisang dan kelapa, mula mencipta mesin pembuat belacan pada 1989, beberapa tahun selepas menghasilkan belacan untuk dijual secara kecil-kecilan di kampung.

Dua minggu lalu, beliau menghasilkan mesinp engisar kulit udang kering. Sejak menggunakan mesin pembuat belacan, Musa berjaya meningkatkan pendapatannya daripada RM300 sebulan kepada RM10,000 sebulan terutama ketika musim udang kecil atau lebih dikenali sebagai bubuk di Sarawak antara April hingga Julai.

"Saya menggunakan kayu belian, besi, aluminium dan pelbagai barang terbuang untuk menghasilkan kedua-dua mesin ini. Mesin pembuat belacan disiapkan dalam sebulan tetapi mesin pengisar kulit udang kering saya siapkan dalam masa tiga hari.

"Saya mendapat idea untuk mencipta sendiri dua mesin ini bagi mempercepatkan kerja pemprosesan belacan. Kini saya mampu membekalkan belacan bukan saja untuk seluruh Sarawak, tetapi turut dihantar ke Semenanjung," katanya kepada Berita Harian.

Bagi Engang anak Tukan, 40, dari Rumah Panjang Gaat, Baleh, Kapit, yang menghasilkan pelbagai barang daripada manik sejak di bangku sekolah rendah, karnival seperti itu memberi peluang untuk mereka bukan saja memperkenalkan hasil kreativiti dan inovasi, tetapi juga peluang pasaran baru. Pelbagai aksesori sehinggalah kepada pakaian dan perhiasan rumah daripada manik dihasilkan dengan harga jualan daripada semurah RM5 sehinggalah RM2,000 setiap satu.


"Saya belajar menghasilkan anyaman manik daripada mendiang nenek saya dan bagi setiap anyaman yang agak rumit misalnya kain yang dipakai wanita, saya mengambil masa lebih sebulan untuk menyiapkannya. "Corak dipilih sama ada tumbuhan atau haiwan terutama harimau, burung dan ular.

Setiap corak melambangkan kekuatan kaum Iban atau si pemakainya," katanya sambil berharap karnival seperti itu diteruskan pada masa akan datang. Turut mempamerkan hasil inovasi dan kreativiti pada karnival itu ialah pelajar Sekolah Menengah Teknik (SMT) Sejingkat yang menjuarai pertandingan robotik peringkat negeri Sarawak tahun ini. Robot yang bermain gitar tanpa wayar dihasilkan kebanyakannya menggunakan alat permainan lego, dinamakan 'Streemuse' adalah idea tiga pelajarnya, Azrul Hafiz, 17, Zulsyafiq Puasa, 17, dan Mohd Adri Hashim, 16. Azrul pelajar Kejuruteraan Awam, Zulsyafiq pelajar Kejuruteraan Mekanikal dan Mohd Adri pelajar Kejuruteraan Elektrik mengambil masa sebulan untuk menyiapkan robot berkenaan yang akan bertanding pada peringkat kebangsaan.

Bagi sekumpulan pelajar Sekolah Menengah (SM) Sains Kuching, hasil ciptaan mereka Sistem Penggera Banjir turut menarik perhatian di karnival berkenaan, berikutan ia mampu memberikan amaran banjir kepada orang pekak dan buta. Ini kerana sistem penggera berkenaan mengeluarkan bunyi yang kuat dan mengeluarkan api apabila banjir mencapai paras bahaya.

Enam pelajar tingkatan empat SM Sains, Mohd Hanif Mortadza, Mohd Asraf Yaakub, Mohd Firdaus Jamadi, Mohd Yusri Abdul Razak, Abdul Hanif Haron dan Mazelan Mustapha, berkongsi idea untuk menghasilkan ciptaan itu yang disiapkan dalam tempoh tiga bulan. Tidak ketinggalan mempamerkan inovasi dan kreativiti ialah pembuat Tumpik, sejenis makanan tradisional kaum Melayu di Sarawak, Dayang Rahmah Abang Hashim, 1, dari Bintangor.

Selepas 14 tahun menghasilkan Tumpik, beliau menggunakan kreativiti untuk mempelbagaikannya daripada cuma menghasilkan Tumpik biasa kepada Tumpik istimewa yang berinti sama ada udang atau ikan.

Malah menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Maximus Johnity Ongkili, hasil inovasi yang dipamerkan di situ akan didokumentasikan oleh YIM dengan kerjasama Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) sebagai bank data. Bagi inovasi yang berpotensi dikomersialkan akan diberi perlindungan harta intelek oleh kerajaan.

No comments: